BAB 1 🌻

5.1K 245 10
                                    

- Kembalikan dia padaku -

🌻

Markas Pasukan Khas (PASKAL), KD Panglima Hitam, TLDM, Lumut, Perak

BUNYI erangan kasar memenuhi ruang latihan renang itu. Masing-masing menguatkan kekuatan tangan untuk menuju ke penghujung titik. Semuanya berwajah serius dalam menyelesaikan latihan pada hari tersebut.

Tiba di penghujung kawasan, wisel ditiup bagi menandakan masa telah tamat. Mereka semua mula naik ke atas dari kolam renang yang besar dan dalam itu. Semuanya mula mencari nafas supaya dapat memulihkan kembali sistem pernafasan yang galak berfungsi. 

"Semua boleh berehat dalam 30 minit. Selepas daripada itu, berkumpul semula di sini!" arah seorang lelaki yang berpakaian lengkap untuk latihan bersama topinya. 

Mereka yang lain segera menyahut arahan ketua mereka. Selepas itu, masing-masing mula beredar untuk merehatkan badan buat seketika. 

Zaki berjalan dengan tuala yang tersidai di bahu. Selepas melihat seorang lelaki berada di hujung kolam itu, tuala di bahu lantas dicampak. Sepantas kilat tuala itu disambut oleh lelaki itu. 

"Kenapa push diri kau sangat ni?" soal Zaki dan merendahkan badannya. 

Isa yang sedang mencari nafas hanya merenung air kolam yang berkocak dan bergerak. Dia lantas mengelap wajahnya dan berdiri. Zaki juga mengikut langkah Isa ke dalam. 

"Sekarang pukul berapa?" soal Isa dan menyarungkan t-shirt hitamnya. 

Baju yang tersarung di tubuh Isa kelihatan agak sesak nafas. Semuanya kerana tubuh badan Isa yang agak tegap. Rambut yang masih basah diselak ke belakang. Wajah dilap sekali lagi dengan tualanya.

"2 petang. Kenapa?" soal Zaki. Hairan. 

"Aku gerak dulu. Kepten Mujahid nak jumpa," balas Isa dan terus berlalu pergi.

Zaki hanya menggeleng perlahan. Dia sudah lali dengan sikap Isa yang lebih banyak berdiam itu. Keperibadian Isa yang agak tegas itu membuatkan anak buah mereka yang lain berasa gentar. 

Dani muncul dan berdiri di sebelah Zaki. Dia juga dapat melihat bagaimana Isa memaksa dirinya berenang sebentar tadi. Nampak seolah sedang memendam sesuatu sahaja. 

"Kenapa dengan dia?" soal Dani.

"Aku pun tak tahu nak cakap," balas Zaki dengan sebuah keluhan. 

"Aku dengar malam ni ada Festival Filem Malaysia tahun 2024. Ke sebab tu dia emosi?" duga Dani.

"Festival Filem Malaysia tu hari ni ke?" Zaki sudah terkejut.

"Aah. Kau tak tahu ke? Filem Panglima Hussin tercalon sebagai filem terbaik tahun ni. Aku harap filem tu menang." 

Dani sememangnya penggemar filem Melayu. Tambah pula ianya filem aksi. Dia sanggup bersengkang mata untuk menonton filem tersebut jika mereka baru selesai operasi. 

"Patutlah dia baran," tutur Zaki dan bercekak pinggang. 

"Huh? Kenapa?" 

Dani sudah terpinga-pinga di sebelah Zaki. Zaki hanya menggelengkan kepala dan berlalu pergi. Lama Dani termenung dan akhirnya dia baru teringat. Tangannya terus memegang kepalanya tanda terkejut. 

"Ya Allah. Macam mana aku boleh lupa," ucap Dani dan menghela sebuah nafas berat. 

🌻

KEPTEN MUJAHID menerangkan operasi yang bakal mereka lakukan pada minggu hadapan. Isa hanya mendengar dengan penuh perhatian setiap butir maklumat yang disampaikan oleh Kepten Mujahid.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now