ZAKI dan Dani menarik nafas selepas latihan mereka selesai. Di hadapan mereka masih ada beberapa anggota yang sedang melaksanakan latihan bagi bahagian mereka. Dani sudah terbaring di sebelah kerana kepenatan.
"Aku ingatkan dia dah berubah lepas bercinta dengan Kaysa. Tapi sama je aku tengok," bebel Dani.
"Lambat lagi Isa tu nak jadi hati lembut dengan kita. Mamat tu asal usul dia dingin dengan beku. Kau expect dia jadi barbie Ken ke kalau balik sini lepas berbaik dengan Kaysa?" Tutur Zaki dengan nada geram.
"Lelaki kejam." Dani hanya menjeling ke arah Isa yang sedang memerhati anggota melakukan latihan.
"Korang dah habis rehat?" Muncul Megat dengan wajah ketat.
Mereka yang sedang berehat terus berdiri selepas melihat kemunculan Megat. Apa pula kali ini?
"Gerak pergi kolam. Latihan seterusnya," arah Megat dengan tegas.
Mereka semua terus berlari ke arah bahagian yang disebut. Semuanya sedang dikerahkan tenaga untuk tampil bersiap sedia bagi operasi mereka kelak.
Megat berjalan ke arah Isa yang masih memandang tajam ke arah anggota.
"Kepten Mujahid nak jumpa kau. Rasanya kes dekat Terengganu hari tu," ujar Megat selepas menepuk bahu Isa.
"Ganti aku," balas Isa dan terus berlalu pergi.
🌻
PADA petang itu Isa duduk berehat di tepi padang yang luas itu. Dia baru sahaja selesai memusing padang itu untuk kali ke 20. Sedang dia berehat, muncul Megat dan duduk di sisinya.
"Settle dah ke lari?" Soal Megat dan menghulurkan botol mineral.
"Settle dah."
Isa terus meneguk air itu sehingga habis. Selepas itu dia menongkat tangannya ke belakang dan mengangkat kepalanya memandang ke arah langit.
"Esok kau balik KL ke?" Soal Megat. Mereka semua diberikan cuti untuk berehat.
"Sudah semestinya. Aku dah rindu separuh nyawa dekat buah hati aku tu," ucap Isa dan tersenyum tipis.
"Kemain. Itu kalau aku tak tolong, beku je lah manjang. Silap-silap kau dah jadi duda," bebel Megat.
"Mulut kau. Kurang ajar juga. Tapi berkat kau juga aku dapat tarik semula hati isteri aku. Susah juga rupanya nak jadi romantis."
"Benda ni senang je kalau kau sayang dia. Kalau rasa sayang tu tak pernah hadir, dia memang akan jadi susah," tegur Megat dan menyumbat roti jagung ke dalam mulutnya.
"Betul juga tu. Kalau kita sendiri tak berusaha, macam mana nak benda tu jadi kan."
Isa merenung ke arah Megat yang sedang berselera mengunyah roti jagung. Mamat ni kalau jumpa makanan, tak ingat dah orang sebelah cakap apa.
"Macam mana dengan Rania? Aku dengar dari Zaki yang dia dah bersalin," tanya Isa.
"Alhamdulillah. Aku dah jadi ayah. Lama aku dengan Rania tunggu rezeki ni. Akhirnya Allah bagi juga dekat kita orang lepas 8 tahun kahwin," ucap Megat dengan rasa syukur.
"Alhamdulillah. Berkat sabar kau dengan Rania. Baby boy ke girl?" Soal Isa.
"Baby boy. Nama dia Raifal Harith. Hebat tak bapa dia pilih nama?" Ucap Megat dengan nada bangga.
"Sedap juga tu. Kali ni aku puji."
"Kau tak nak ada anak ke dengan Kaysa?" Soalan Megat membuatkan Isa berfikir semula.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...