BAB 6 🌻

2.7K 167 9
                                    

BUNYI tembakan kedengaran cukup rancak. Puluhan peluru dilepaskan bagi menentukan siapa pemenang sebenar. Jeritan bagaikan menggila di kawasan perairan itu.

Selama beberapa minit pasukan unit khas TLDM cuba membanteras kumpulan lanun yang disyaki telah membuat onar di kawasan perairan negara. Semuanya bergerak seiring dengan arahan daripada Leftenan Komander mereka iaitu Isa dan juga Megat. 

"Handle bahagian ni Megat. Aku akan teruskan ikut rancangan kita," ucap Isa dan mengundur secara perlahan-lahan. 

Dani dan Zaki juga melakukan hal yang sama. Mereka berdua akan bersama-sama dengan Isa dalam menyerang pihak musuh secara dekat. 

Megat hanya mengangguk dan cuba menghalang pandangan pihak musuh daripada terlihat Isa dan yang lain.

Seorang lelaki yang berada agak belakang mengecilkan matanya. Bibirnya mengukir senyuman sinis saat melihat cara Megat dan pasukan mengawal pergerakan mereka. 

"Kau tak kan dapat hapuskan aku, Isa," gumamnya dengan wajah yang penuh muslihat.

"Tembak lagi!!!" Arahnya lantang.

Anak buahnya yang lain terus menjerit kegirangan bagaikan orang gila. Mereka terus melepaskan tembakan secara rambang. Megat dengan segera menukar arahan. 

"Jangan bergerak," 

Muncul satu suara garau dari arah belakang mereka. Mereka semua serentak menghentikan tembakan dan berkalih ke belakang. Masing-masing terkesima saat melihat seorang pasukan PASKAL berada di atas bot mereka. 

"Kau memang berani datang seorang diri," ucap lelaki yang boleh dikatakan sebagai seorang ketua itu.

"Korang boleh teruskan tembak anak tikus dekat depan tu. Yang ni aku sendiri yang akan settlekan," ucapnya penuh santai. 

Isa mengetap giginya dengan kuat dan melepaskan satu tembakan ke atas. Semua mereka mula tergamam buat seketika.

"Hei Isa! Ini kawan lama kau lah. Kau ingat aku tak tahu taktik bodoh kau tu?" sindir lelaki itu dengan gelakan yang penuh galak.

"Hei Hassan...Ini Isa Khaleed lah," balas Isa dan mengangkat kedua-dua belah tangannya. 

Pandangan mata Isa dapat dilihat oleh Hassan. Pandangan mata yang cukup garang dan sinis. Itulah mata yang paling dia benci. 

Hassan mengerutkan dahinya sedikit. Dia pelik dengan perbuatan Isa yang tiba-tiba itu. Selepas itu, Isa terus merebahkan badannya ke dalam air laut yang agak garang itu.

"Lahanat!!!" tengking Hasssan sekuat hati sebelum bot mereka meletup dan berkecai.

Megat terus mengambil teropongnya dan melihat tangan Isa yang menunjukkan lambang "okay" di tengah laut itu. Sebuah senyuman diukir kerana rancangan mereka berjaya. Dengan serangan tembakan tadi, pihak musuh tidak sedar bahawa sudah ada pasukan PASKAL yang menyelinap dari dalam laut untuk memasang bom.

Cara Isa hanyalah untuk memprovok Hassan dan pihak musuh yang lain. Masa yang dianggarkan oleh Isa juga adalah tepat dan semuanya adalah nasib. Jika Isa terlewat untuk terjun ke dalam laut, nyawanya juga boleh melayang.  

🌻

ANGIN di tepi sawah padi itu dapat dirasakan oleh Kaysa. Begitu tenang situasi saat itu seolah menghapus masalah yang berligar di dalam kotak fikirannya. Topi yang berada di atas pahanya dipandang dengan senyuman tipis. 

"Kamu nampak lebih tenang sekarang." Muncul Wan Maimunah. Beliau merupakan isteri kepada Pakcik Ahmad.

"Alhamdulillah Wan. Duduk sini Wan." 

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now