BAB 43 🌻

2.4K 208 19
                                    

HASSAN memetik pemetik api dan membakar putung rokoknya. Dia berasa puas apabila semuanya berjalan dengan  lancar. Sekarang tiada apa lagi yang tersimpan di dalam hati. Dendamnya pada lelaki bernama Isa itu sudah tertunai.

Apa jua yang bakal berlaku selepas ini, dia sudah tidak kisah. Belum sempat Hassan duduk di kerusi usang itu tiba-tiba muncul peluru tepat mengenai bahagian pinggangnya. Tubuhnya terus jatuh di atas lantai kayu itu.

"Kau dah dikepung Hassan. Jangan cuba untuk serang semula," ucap Megat dan menghalakan senjatanya ke arah Hassan.

Anggota UTK yang lain juga sudah mengepung rumah air itu. Irshad lantas memberi arahan supaya menyerang hendap rumah itu dari belah belakang.

Hassan memegang luka di pinggangnya dan berpusing mengadap mereka semua. Dia sudah merelakan tubuhnya dibunuh oleh mereka semua.

"Cari apa huh?" Soalnya sinis.

"Mana isteri aku!" Ucap Isa dengan senjata yang dihalakan tepat ke dahi Hassan.

Isa juga berasa berdebar saat melihat tubuh Maleeq yang berada di atas lantai kayu itu dengan darah yang banyak. Dia dapat mengagak bahawa lelaki itu sudah meninggal.

"Bini kau dah mati lah, Leftenan Komander!!" Ucap Hassan dengan ketawa yang cukup galak.

Isa memandang dengan penuh marah. Tangannya juga dikepal dengan cukup kemas. Air matanya mula mengalir lebat.

"Kau jangan cabar aku, Hassan!!!" Jerkah Isa dan melepaskan satu tembakan ke arah lantai kayu itu.

Hassan hanya ketawa bagaikan orang gila. Dia suka melihat keadaan Isa yang hampir gila saat itu. Itulah keinginannya sejak dulu.

"Kau lambat lah Isa. Bini kau dah mati," ucap Hassan sekali lagi.

Irshad yang sudah masuk ke dalam rumah itu terus bergerak keluar dan mengangkat tangannya tanda isi rumah itu sudah kosong.

Hassan hanya ketawa dan memandang Irshad yang berdiri tidak jauh darinya dengan pandangan menghina. Irshad dan anggota yang lain terus menangkap Hassan dan membuang senjata yang ada pada tubuh lelaki itu.

Megat melirik ke arah Isa yang sudah basah dengan air mata itu. Dia dapat melihat wajah Isa yang cukup tegang itu.

"Aku minta maaf Hassan. Tapi tolonglah beritahu aku mana isteri aku," pinta Isa dan melepaskan senjatanya ke atas lantai bot itu.

Hassan terus tersenyum lebar saat mendengar kata maaf daripada Isa.

Ya.

Itulah ayat yang paling dia nantikan sejak dahulu. Ego lelaki itu akhirnya sudah tercalar.

"Mayat bini kau dah jadi makanan naga dalam tasik ni. HAHAHAHA," gelaknya cukup puas. 

Selepas itu kedengaran bunyi sesuatu yang jatuh menghempap bumi. Darah juga mula mengalir dengan begitu banyak.

Irshad terus terkejut saat melihat leher Hassan yang dikelar sendiri oleh kerambit kecil yang berada di jari tengah lelaki itu. Sekelip mata lelaki itu meninggal di tempat kejadian.

Isa pula tidak menunggu lama dan terus terjun ke dalam tasik. Megat pula tidak sempat untuk menghalang Isa saat itu. Dia langsung memberi arahan kepada yang lain supaya mencari di mana Kaysa berada.

'Saya tak kan tinggalkan awak,' bisik Isa di dalam hati dengan air mata yang mengalir.

Tasik yang tidak berapa jernih itu cukup menyekat pandangan Isa untuk menyelam lebih dalam. Dia juga cuba mencari di kawasan sekitar manakala Megat dan yang lain mencari di kawasan yang bertentangan.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now