PINTU bilik ditolak perlahan. Isa melangkah masuk dengan salam yang diberi. Bibirnya terus mengukir senyum saat melihat Kaysa yang sudah bergelumang dengan selimutnya. Kepala Kaysa juga sudah tertutup.
Isa meletakkan pinggan nasi dan gelas air ke atas meja. Selepas itu dia berjalan menghampiri Kaysa. Isa terus duduk bertinggung dan mengadap Kaysa.
"Saya tahu awak tak tidur lagi. Kalau awak macam ni terus sampai esok, nanti awak jadi mayat paling cantik," ucap Isa.
Kaysa masih mengeras di dalam selimut itu. Nampaknya cara Isa tidak berjaya.
"Man Rabbuka," sebut Isa dengan suara garaunya.
Kaysa terus membuka selimutnya dan menjeling tajam ke arah Isa. Dia berasa bengang dengan cara Isa mengusiknya.
"Bangun pun. Susah juga nak kejut bidadari saya ni. Mari makan," ucap Isa dan berdiri semula.
"Saya tak nak makan!" Bantah Kaysa dan menyilangkan tangannya tanda mogok.
Isa menggeleng perlahan sebelum kedua-dua belah tangannya mendukung tubuh Kaysa. Kaysa yang terkejut dengan cara Isa tidak sempat untuk melarikan diri.
"Awak nak buat apa ni? Turunkan saya!" Ronta Kaysa. Sudahlah selimutnya masih menyelebungi tubuhnya. Serupa ulat gonggok pula.
"Nak makan nasi atau nak makan saya?" Soal Isa sambil merenung ke dalam mata Kaysa.
"Soalan apa ni? Takde jawapan lain ke?" Balas Kaysa dan melarikan bola matanya.
"Ke nak saya makan awak?" Tekan Isa dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Kaysa.
"Okay. Okay. Saya nak makan nasi," jawab Kaysa dengan laju.
"Apa dia? Saya makan awak?" Tanya Isa sekali lagi. Sengaja mahu menguji.
"Eeee. Saya nak makan nasi! N-A-S-I," eja Kaysa dengan nada geram.
"Baru clear suara tu."
Isa membawa Kaysa ke sebuah kerusi dan dia terus duduk. Kaysa yang seperti ulat gonggok itu masih di ribanya.
"Dah sampai sini kan. Lepaskan saya!" Bentak Kaysa dan cuba untuk turun.
Tetapi lengan sasa Isa lebih pantas memaut pinggang Kaysa supaya tidak jatuh.
"Biar saya yang suapkan awak makan. Baru cepat sikit. Dapat pahala," tutur Isa dan mengambil sesudu nasi.
Kaysa hanya mencebik sahaja dan menggigit sudu berisi nasi itu dengan rasa sebal. Jujurnya dia malas hendak bertekak dengan Isa. Perutnya sudah menjerit untuk diisi.
"Sedap tak?" Soal Isa sambil memandang Kaysa yang mengunyah.
"Bolehlah," jawab Kaysa dengan nada malas.
"Sampai hati cakap macam tu. Umi yang masak tau. Tak baik," usik Isa dan dia dapat melihat raut wajah Kaysa yang berubah takut.
"Saya ingatkan awak yang masak." Kaysa sudah cuak.
"Tak lah. Kan awak dah dengar tadi yang saya pergi masjid," jelas Isa dan tersenyum.
"Eeee..." Kaysa terus mengepit hidung Isa dengan kuat. Isa terus mengaduh sakit.
"Jadi awak dengan Umi dah tahu lah yang saya lari tadi?" Perasaan malu mula menyerbu dirinya.
"Oh. Awak lari ke tadi. Patut saya dengar bunyi macam kucing larikan diri sebab kena kejar," usik Isa lagi.
"Bencilah Isa. Semuanya awak tahu," ucap Kaysa dengan nada rajuk.
"Apa sahaja isteri saya buat, semua saya tahu. Maafkan saya ya pasal petang tadi. Saya tak sengaja dah buatkan awak risau," pintanya tiba-tiba.
Kaysa hanya menunduk diam. Dia juga kesal dengan sikapnya yang agak cengeng.
"Maafkan saya tak?" Soal Isa.
"Iya. Saya maafkan. Awak buat macam tu lagi, saya lari jauh daripada awak," ugut Kaysa.
"Awak lari, saya kejar. Begitulah kitarannya. Saya tetap akan cari awak. Sebab saya pelindung yang paling halal buat awak," balas Isa dan melagakan dahinya dan dahi Kaysa.
Kaysa hanya diam di mulut tetapi di dalam hatinya sudah ada lampu kecemasan kerana ayat Isa itu. Lama-lama dia dengan Isa, dia boleh kena diabetes. Isa terlalu manis saat ini.
"Habiskan nasi ni dulu ya. Lepastu rehat then boleh tidur," ucap Isa dan masih menyuap Kaysa.
Kaysa hanya menurut sshaja arahan Isa. Dia suka dimanjakan oleh Isa seperti itu. Rasa sayang pada lelaki itu mula bercambah menjadi banyak. Dia berharap Isa tidak berubah selepas ini.
🌻
PUAN JIHAN memeluk lama tubuh Kaysa. Mereka akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ini. Kaysa juga akan sambung semula penggambarannya di KLCC nanti.
"Jaga diri Kakak baik-baik. Apa-apa hal call Umi ya. Umi lega sangat bila Isa dah balik ni. Ada orang yang boleh jaga anak Umi ni," pesan Puan Jihan.
Isa pula sedang memberi nasihat kepada Kayza. Adik bongsu Kaysa itu sudah dianggap bagaikan adik kandungnya sendiri.
"InsyaAllah Umi. Umi pun sama tau. Nanti adik balik Universiti semula, Umi dah sorang," ucap Kaysa dengan rasa berat hati.
"Jangan risau. Umi dah biasa. Hidup Umi ni memang dekat butik je."
"Baik Umi. Umi jaga diri ya." Tubuh Puan Jihan dipeluk sekali lagi.
Selepas itu, Isa pula yang bersalaman dengan Puan Jihan. Banyak nasihat yang dibisikkan buat menantunya itu. Dia berharap hubungan mereka berdua sentiasa dirahmati.
🌻
MEREKA berdua tiba di kondominium milik Suraya pada jam 10 pagi. Kaysa mahu mengambil beberap barangnya. Selepas ini mereka akan singgah ke rumah mereka dahulu sebelum pergi makan malam bersama Tuan Ismail dan Puan Iqlima. Mertuanya sudah tidak sabar untuk ketemu.
"Mana Isa?" Soal Suraya selepas melihat Kaysa muncul di hadapan pintu.
"Tu ha. Tengah cakap dalam telefon," ucap Kaysa dan melangkah masuk.
Suraya terus mengintai dan melihat Isa yang serius dengan telefonnya. Dia tidak nampak perubahan lelaki itu dari sudut pandangannya sekarang. Harapnya Isa benar-benar berusaha untuk mencuri hati Kaysa.
"Okay ni je yang aku nak bawa balik," ucap Kaysa dan membawa dua beg bagasinya.
"Cis. Dah macam tak nak duduk sini. Mentang-mentang suami dah balik," perli Suraya.
"Hahahah. Banyaklah kau. Dalam ni ada kamera aku dengan buku-buku je. Kebanyakkan baju aku tinggal sini. Kalau Isa pergi operasi, kondo kau ni aku menumpang," jelas Kaysa.
"Hahahah. Aku gurau je lah. Kau elok-elok tau. Ingat, keselamatan kau masih bahaya tau Kay," pesan Suraya. Dia masih risau dengan diri Kaysa selepas teringat dengan ugutan pisau itu.
"InsyaAllah. Kau jangan bimbang. Aku kan ada silat. Nanti aku bantai dia," seloroh Kaysa. Dia manalah berani nak melawan lelaki. Dengan Isa sahaja dia berani menumbuk.
"Main-main eh kau. Dah lah. Si suami kau tu dah tunggu," halau Suraya dan ketawa.
"Nanti aku datang baik. Kau jangan lupa mesej aku kalau berlaku apa-apa."
Tubuh Suraya dipeluk erat. Berasa bagaikan mahu pergi jauh.
"InsyaAllah. Kau pun. Singgah-singgah lah sini."
Kaysa terus mengangguk dan tersenyum. Selepas itu, Suraya melambai pergi ke arah Kaysa yang sudah berjalan ke arah Isa. Isa juga sempat menunduk ke arah Suraya.
"Moga kau bahagia sahabat," gumam Suraya di dalam hati.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...