ISA menayangkan senyum tipis saat melihat wajah masam Kaysa. Kaysa terus menyalam tangan Isa dan dengan pantas dia cuba menarik tangannya. Tetapi dirinya pula yang terdorong ke depan sehingga membuatkan dirinya berada sehasta sahaja dengan tubuh Isa.
"Lepaskan tangan saya!" Marah Kaysa.
Isa hanya mengunci mulut dan memegang tangan kiri Kaysa. Kaysa sudah cuak dengan tindakan Isa itu. Perbuatan Isa sukar untuk ditebak.
Jari jemari Kaysa dibuka dan Isa mempamerkan pula tangan kirinya. Kaysa hanya memerhati cincin nikah mereka yang berada di jari manis mereka berdua.
"Saya milik awak. Dan awak milik saya," ucap Isa dengan senyum tipis.
Kaysa terus menarik tangannya kembali. Dia sudah tahu Isa akan muncul dengan ayat sweetnya.
"Lepas ni kalau awak terlupa. Kita buat hal masing-masing. Biar dua-dua lupa dengan kewujudan masing-masing," ucap Kaysa dan menyilangkan tangannya.
Isa terus mencubit pipi Kaysa dengan agak kuat sehingga membuatkan Kaysa menjerit. Kaysa juga terus mencubit kedua-dua belah pipi Isa. Masing-masing cuba menahan geram dan tidak mahu kalah.
"Sakit!!!" Jerit Kaysa dan menepis tangan Isa dan melepaskan cubitannya pada pipi Isa. Dia tidak berdaya menahan rasa sakit akibat tangan Isa itu.
Wajahnya terus merah kerana berasa marah. Isa pula hanya tersenyum tenang.
"Saya benci awak, Isa!" Tutur Kaysa dengan rasa bengkak di hati.
Belum sempat Kaysa berdiri, tubuhnya sudah ditarik oleh Isa dan dia jatuh di riba lelaki itu. Kaysa terus bergelut untuk meloloskan dirinya tetapi tidak berjaya. Dia berasa bagaikan dikunci oleh Isa saat itu.
"Kalau awak cakap macam tu lagi, saya akan cubit pipi awak tak pun gigit pipi awak," ucap Isa dan menggigit lembut pipi Kaysa yang dicubitnya tadi.
"Cakap apa?" Soal Kaysa. Rasa marahnya mula bertukar kepada rasa debar.
"Cakap yang kita berdua ni akan melupakan satu sama lain. Saya tak suka dengar ayat tu."
"Awak kan dah tua. Jadi memang mudahlah awak lupa," sindir Kaysa dan menyilangkan tangannya di sebalik telekung yang dipakai.
"Cakap dekat orang pula yang tua. Awak pun sama ya." Hidung Kaysa dicuit lembut.
"Saya baru je 32. Tak tua lagi." Cebiknya.
"Takpe. Tua-tua pun masih cantik kan?" Usik Isa dan memeluk kemas tubuh Kaysa.
"Ini kan Kaysa Jameela. Mestilah sentiasa cantik. Awak kena bersyukur ada isteri secantik saya ni," ucap Kaysa dengan rasa bangga.
"Cantik atau tak, dia tetap Kaysa Jameela. Buah hati saya, bidadari saya, isteri solehah saya. No one can beats her," bisik Isa dengan lembut.
Kaysa yang berwajah masam sebentar tadi terus tersenyum malu. Dia suka apabila Isa memujinya seperti itu. Barulah rasa disayangi oleh lelaki berjiwa dingin itu. Bukan mudah nak dengar ayat manis Isa ini.
🌻
KAYSA memandang ke arah signboard yang tertera perkataan Kek Look Tong itu. Itu adalah kali pertama dia menjejak kaki ke situ. Rasa tidak sabar mula menyerbu dirinya. Dia mahu meneroka ke dalam gua besar itu.
"Excited dah ke?" Soal Isa dan berdiri di sebelah Kaysa.
"Mestilah excited. First time saya datang sini."
"Okay. Jom masuk," ucap Isa dan memaut jari jemari Kaysa dan berjalan masuk ke pintu masuk gua tersebut.
Kaysa tidak henti-henti bercakap saat mereka berjalan masuk ke dalam gua itu. Manakala Isa hanya mendengar dan melayan segala pertanyaan Kaysa. Malah telefonnya juga digunakan untuk mengambil gambar Kaysa. Dia senang apabila melihat mood Kaysa sudah membaik.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...