BAB 23 🌻

2.5K 205 20
                                    

KAYSA merebahkan badannya di atas katil selepas memasang cadar. Isa pula masih berada di bilik air. Suasana bilik yang tidak pernah berubah itu membuatkan hati Kaysa berasa sayu. Sudah lama dia tidak pulang. Kali terakhir dia ke situ adalah hari raya bulan 5 hari tu. Waktu itu juga Isa tiada bersamanya kerana mempunyai operasi.

"Woii!!!" Jerkah Isa dari dalam bilik air.

Kaysa yang sedang berbaring terus berdiri. Dia agak terkejut dengan bunyi suara Isa yang agak kuat itu.

"Awak okay tak Isa?" Soal Kaysa dan berjalan menghampiri bilik air.

"Saya okay," sahut Isa.

Kaysa hanya mengangguk sendiri dan berpusing semula. Dia mahu mengambil telefon di dalam beg. Mahu menelefon Puan Jihan. Risau uminya terkejut jika pulang nanti.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pintu bilik air yang dibuka. Kaysa terus berpusing dan lansung menjerit.

"Argh!!!!"

"Eh Kaysa jangan jerit. Nanti..."

Belum sempat Isa menghabiskan ayatnya, Kaysa sudah berlari naik ke atas katil. Air mata juga sudah mengalir ke pipi.

"Apa ni Isa!" Marah Kaysa dan melihat seekor katak kembung di atas lantai biliknya.

"Bukan salah saya. Dia dah duduk dalam bilik air itu sejak saya masuk. Saya dah bagi arahan untuk keluar, dia tak nak. Sudahnya dia keluar sama-sama dengan saya. Nak buat suprise kut dekat awak," jelas Isa dan tersengih.

"Banyaklah awak suprise. Pergi buang. Saya geli!!" Jerit Kaysa dengan badan yang sudi menahan geli.

"Tapi dia tak nak dengar arahan saya. Macam mana?"

"Lantak dia lah. Awak kan lelaki. Pegang dan buang dia dekat luar," arah Kaysa. Dia sudah berasa geram dengan Isa saat itu.

Isa terus berfikir dan berlalu keluar dari bilik. Kaysa yang masih berada di atas katil terus tercenggang. Boleh Isa tinggalkan dia dan katak kembung itu begitu sahaja.

"Isa!!!!" Jeritnya nyaring.

Beberapa detik kemudian muncul Isa dengan penyapu dan penyodok.

"Jangan jerit Kaysa. Hilang suara awak nanti. Cuba bersabar. Saya nak angkut dia dah ni," ucap Isa dan menolak katak itu masuk ke dalam penyodok.

Kaysa hanya memerhati Isa yang sudah berlalu keluar bersama dengan katak kembung itu. Dadanya juga masih berdebar kerana masih teringat.

Tak lama selepas itu, muncul Isa dengan tangan yang dicekak di pinggang.

"Dah settle. Saya dah minta dia pergi berkawad dekat luar rumah," ucapnya selamba.

"Ish. Ingat kelakar ke. Pergi pakai baju lah. Terlucut tuala tu, tercemar mata saya," bebel Kaysa dan mengambil tuala dan bajunya untuk pergi ke dalam bilik air.

"Eleh. Cakap je lah suka," perli Isa.

Tak lama selepas itu, kepala Isa terus terkena gayung dari dalam bilik air. Isa terus ternganga melihat Kaysa yang menjeling tajam ke arahnya dan menutup pintu bilik air.

"Aik. Aku pula yang kena. Lepastu, dia nak mandi guna apa?" Soal Isa sendiri dan mengambil gayung di lantai itu.

Ketukan di pintu bilik air membuatkan Kaysa berasa geram. Apa lagi yang suami dia nak ni?

"Kenapa?" Jeritnya dari dalam.

"Gayung ni tak nak ke? Macam mana nak mandi," ucap Isa.

"Tak apa. Ada gayung lagi satu dalam ni."

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now