BAB 13 🌻

2.4K 198 21
                                    

PENGGAMBARAN pada hari-hari berikutnya berjalan dengan baik. Ke semua kru dan barisan pelakon memberi kerjasama yang baik bagi babak-babak yang telah ditetapkan pada hari tersebut.

Kaysa memerhati ke arah pelakon yang sedang berlakon di hadapannya. Skrin daripada kamera di depannya juga dipandang dengan tajam.

Selepas berpuas hati, dia terus melaungkan perkataan 'cut'. Adlina dan Mira lantas mengangguk dan berehat buat seketika. Kaysa menanggalkan topi di atas kepalanya dan diletakkan di atas pahanya.

Kipas mini dihala ke wajah. Walaupun cuaca di Cameron itu sudah sejuk, dia tetap berpeluh. Dia tidak suka dengan keadaan melekit itu.

"Cik Kaysa nak saya pegangkan topi tu?" Soal Maleeq.

Dia melihat Kaysa yang agak tidak selesa dengan topi itu. Dia juga pelik kenapa Kaysa memakainya di cuaca dingin itu. Matahari juga malu-malu untuk keluar pagi itu.

"Tak perlu. Saya tak nak topi ni hilang. Boleh awak ambilkan saya air?" Minta Kaysa.

Maleeq hanya mengangguk dan bergerak ke bekas minuman. Mereka sudah berada di situ selama dua minggu. Kaysa juga berharap supaya penggambaran drama itu selesai kurang daripada tiga bulan.

"Cik Kaysa. Ini airnya," muncul Maleeq dan menghulurkan segelas air kosong.

"Terima kasih Maleeq. Mana Miranda?" Soal Kaysa. Entah ke mana wanita itu menghilang lagi.

"Dia ada dekat sana tu," ucap Maleeq dan menunjuk ke arah Miranda yang sedang berbual bersama dengan Kak Atul.

"Panggil dia kejap boleh?"

Maleeq segera mengangguk dan berjalan mendekati Miranda. Miranda yang sedang berbual bersama Kak Atul terus berhenti. Dia lantas meminta diri untuk pergi ke Kaysa. Kak Atul hanya mengangguk dan bergerak ke arah Adlina di khemahnya.

"Kenapa Kaysa?" Soal Miranda.

"Aku rasa tak sedap badan sikit lah. Boleh kau belikan aku panadol?" Ucapnya sedikit berbisik.

Dia tidak mahu Luqman dan Aliya mendengarnya. Risau nanti mereka menghentikan penggambaran buat seketika demi dirinya.

"Boleh. Aku pergi beli kejap. Maleeq. Jaga Kaysa ya. Saya nak keluar kejap," pesan Miranda dan berlalu pergi.

Maleeq hanya mengangguk dan menoleh ke arah Kaysa. Dia perasan dengan wajah Kaysa yang agak merah itu. Belum sempat dia bertanya, Kaysa sudah menjerit untuk menyambung penggambaran itu.

Maleeq hanya mengeluh perlahan dan duduk di belakang Kaysa sahaja. Sehingga kini, tiada lagi orang yang membuat onar pada Kaysa muncul. Dia juga agak pelik dengan situasi yang agak tenang itu. Seolah semuanya tidak pernah terjadi.

🌻

HARI semakin senja. Masing-masing juga sudah kepenatan. Semuanya sudah berfikir untuk pulang ke hotel dan berehat. Sepanjang hari mereka berada di Cameron Floral Park.

"Malam ni saya belanja kamu semua makan steamboat!" Laung Luqman sebagai penghargaan buat para pekerjanya.

"Seriuslah boss?"

"Mesti. Lepas Isyak nanti berkumpul di Highland Steamboat Cheese & Grill 2," ucap Luqman dengan penuh semangat.

Kru-kru dan pelakon semuanya meluahkan rasa seronok. Semuanya sudah sememangnya lapar. Memang sesuai menyantap juadah panas di tempat sejuk itu.

Kaysa hanya tersenyum melihat kegirangan mereka semua. Kepalanya juga masih pening saat itu.

"Datang ya Kaysa malam ni," ucap Luqman.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now