KAYSA duduk di birai katil dengan rambut yang masih basah. Dia baru sahaja membersihkan diri sebentar tadi. Isa pula masih di dalam bilik air. Matanya juga terasa perit kerana puas menangis. Malah dia dan Isa juga tidak bercakap antara satu sama lain sejak tiba di bilik hotel.
Sedang Kaysa termenung, tiba-tiba muncul satu tuala di atas kepalanya. Kaysa terus melihat Isa yang sedang mengosok rambutnya supaya menjadi kering.
Selepas itu, Isa melutut di hadapan Kaysa. Kaysa terus terkejut dengan tindakan Isa itu. Dia terus berasa berdebar. Sudah lama dia tidak melihat rambut Isa yang ke depan itu. Tambah pula rambut itu masih ada titisan air.
"Kenapa awak duduk dekat tepi jalan sorang-sorang macam tu?" Soal Isa.
"Saya cari awak. Saya tunggu awak sejak petang tadi lagi," balas Kaysa dan menoleh ke arah lain.
"Pandang mata saya Kaysa. Saya nak cakap dengan awak," pinta Isa dan memaut lembut tangan Kaysa.
Kaysa terus memandang ke arah mata Isa. Jantungnya sudah mula mengepam laju. Pandangan mata Isa saat itu membuatkan dia berdebar dan berasa bersalah.
"Jantung saya hampir terhenti bila saya tengok bilik ni kosong. Saya risau kalau awak diculik oleh orang jahat. Mujur saya jumpa awak dekat sana. Kalau orang lain yang jumpa awak dulu macam mana? Saya bukan nak marah awak, cuma saya bimbangkan awak. Saya sayangkan awak. Jadi please, jangan buat saya jadi gila macam tadi," jelas Isa dengan serius.
"Tapi panggilan saya, awak tak jawab. Saya risau kalau awak terlibat dalam kemalangan. Saya risau kalau jadi benda buruk pada awak. Saya tak kisah awak PASKAL atau apa pun sekalipun, tapi awak masih suami saya," lirih Kaysa dengan air mata yang sudah lebat di pipi.
Isa mengangkat tangannya dan menyentuh pipi Kaysa. Air mata yang mengalir diusap lembut.
"Saya minta maaf. Saya minta maaf sebab tinggalkan awak sendirian tadi. Saya fikirkan awak okay kalau saya takde," ucap Isa dengan rasa sebak.
"Macam mana saya boleh okay kalau hati saya ada dekat awak, Isa. Selama kita kahwin, awak yang pegang hati saya," luah Kaysa dan memandang ke wajah Isa walaupun kabur.
"Saya minta maaf. Saya fikirkan awak memang dah tak suka pada saya. Saya terima segala yang awak nak untuk kebahagiaan awak. Kalau berpisah itu yang awak nak, saya sanggup. Saya tak nak awak sengsara bila ada dengan saya. Tapi saya silap. Saya sendiri kunci pada hati awak," tutur Isa dan melagakan dahinya dan dahi Kaysa.
"Saya sentiasa sayangkan awak. Cuma saya penat bila awak tak usaha untuk yakinkan saya. Saya cuba untuk terima awak tapi awak lebihkan kerja awak berbanding saya. Jadi saya minta untuk kita berpisah supaya awak dapat fokuskan pada kerja awak. Saya buat semua tu demi awak, Isa," ujar Kaysa pula.
Isa hanya dia dan mengucup lembut dahi, mata, hidung dan bibir Kaysa. Itulah pertama kali dia melakukan semua itu pada isterinya sendiri. Dan dia berasa cukup bersalah selama 2 tahun mereka berkahwin. Dia telah abaikan perasaan Kaysa.
"Saya sayangkan awak Kaysa Jameela. Cuma saya tak pandai nak taut hati awak," ungkapnya dengan sebak.
"Saya sudi untuk beri diri saya pada awak, Isa Khaleed. Hanya saya sahaja yang halal untuk awak bahagiakan," balas Kaysa dan merenung dalam mata Isa.
Dan Isa terus menjatuhkan Kaysa di atas katil. Itulah pertama kali mereka meluahkan rasa masing-masing dari hati ke hati. Dan itulah pertama kali Kaysa merasakan dirinya benar-benar dicintai oleh Isa.
Kali ini bukan dia seorang sahaja yang berjuang, tetapi Isa juga.
🌻
ISA mengelus lembut rambut panjang Kaysa. Kaysa pula masih diulit dengan mimpi indah. Jam pula baru sahaja menunjukkan pukul 5 pagi.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...