BAB 2 🌻

3.4K 188 4
                                    

SUASANA di luar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu menjadi bingit. Rata-rata yang hadir sudah beransur untuk pulang. Kesesakan kereta juga semakin bertambah.

Isa duduk bersandar di kerusi keretanya. Fikirannya mula terbang. Rasa negatif mula memasuki ruang hati. Dia sedang berfikir sama ada mahu berjumpa dengan Kaysa atau tidak. Tetapi itu sahajalah peluang yang ada. Dia akan pulang ke Lumut, Perak sebentar sahaja lagi.

Belum sempat Isa membuka pintu kereta, pintu di sebelah kiri terbuka tiba-tiba. Isa terus membulatkan matanya saat memandang seorang wanita di luar. Wanita itu terus mengambil jambak bunga di atas tempat duduk dan masuk ke dalam kereta.

"Awak bawa bunga ni untuk saya ke?" Soal Kaysa dan memandang jambangan bunga ros merah itu.

Isa menelan air liur kerana terkejut dengan kehadiran Kaysa di situ. Dia baru sahaja berfikir mahu pergi berjumpa dengan Kaysa.

"Assalamualaikum Isa. Awak okay tak ni?" Soal Kaysa selepas melihat Isa mendiamkan diri.

"Waalaikumussalam. Saya okay. Kenapa tak tunggu dekat dalam? Kalau wartawan nampak macam mana?" Soal Isa dan sempat memandang sekeliling.

"Kalau saya tunggu dekat dalam, awak akan datang ke?"

Kaysa menghidu bau bunga ros itu dan tersenyum. Wangi.

Isa hanya mengunci mulut dan memandang keluar kereta. Dia tidak tahu mahu meluahkan apa saat itu.

"Jangan risau. Miranda ada dalam kereta depan tu. Saya datang kejap je. Lagipun takde wartawan nampak saya masuk kereta awak," jelas Kaysa.

"Saya ucapkan tahniah atas anugerah yang awak dapat tadi. Impian awak dah tercapai," ucap Isa dan tersenyum tipis.

"Terima kasih. Awak dengar kan ucapan saya dalam tu? Thank you for giving your support to me." Kaysa menoleh ke arah Isa dan tersenyum.

Isa hanya tersenyum kelat. Di ingatannya masih segar dengan ayat Kaysa itu.

"Awak mesti akan balik ke Perak semula kan kejap lagi?" Soal Kaysa.

"Nampaknya macam tu. Lepas ni saya ada operasi dekat Sabah. Saya tak tahu bila pula saya boleh balik," ucap Isa.

"Oh...jauhnya. Jadi tiga bulan kita macam mana?" Soal Kaysa dengan nada kendur.

"Are you sure Kaysa? Kalau awak tak berdaya lagi, saya boleh ssgerakan." Isa cuba kuat dalam menyatakan hal itu.

"Itu kan dah jadi perjanjian kita. Kita kena teruskan juga. Saya akan kira tiga bulan tu selepas awak balik dari operasi. Boleh? Atau awak dah calon lain?" Duga Kaysa dan tersenyum kelat.

"Awak pun tahu siapa dalam hati saya sekarang Kaysa. Saya ikut cadangan awak."

Kaysa tersenyum tipis apabila mendengarkan ayat Isa. Dia tahu semuanya tentang lelaki itu. Mereka berdua sudah berkahwin sejak 2 tahun yang lalu.

Tetapi lama-kelamaan semuanya mula berubah. Bukan kerana orang ketiga tetapi kerana dirinya sendiri. Dia tidak nampak hala tuju perkahwinan mereka berdua lagi.

Justeru, dia memutuskan untuk berpisah. Tetapi Isa memberi satu syarat supaya mereka kekal menjadi suami isteri dan melakukan semua hal suami isteri selama 3 bulan. Dan dia cuba untuk menerima syarat itu dengan hati yang terbuka.

Tetapi sekarang ianya menjadi semakin panjang dengan operasi Isa yang tidak tahu bila habisnya. Malah dia juga akan sibuk dengan drama baru yang bakal diterbitkan.

"Okay lah Isa. Saya keluar dulu. Ada rezeki kita teruskan macam dulu."

Kaysa menghulur tangannya untuk menyalam tangan Isa. Isa hanya menghulur dan menyambut tangan lembut itu. Selepas itu, dia hanya memerhati Kaysa yang keluar dari keretanya bersama jambangan bunga ros itu.

Air matanya bergenang di tubir mata saat melihat bayang Kaysa hilang di dalam kereta Miranda. Rasa sakit di dalam hatinya mula mencucuk. Stereng kereta dipegang dengan kemas.

Jujur dia tidak mahu berpisah dengan Kaysa. Itu isterinya. Dia masih mencintai isterinya. Tetapi kekangan masa dan ruang buat mereka berdua semakin berkurang.

Dia mula kehilangan rasa disayangi oleh Kaysa. Dia telah membuatkan Kaysa berasa sunyi selama mereka berkahwin. Kesibukkan dirinya membuatkan rasa cinta Kaysa yang dulunya menggunung tinggi buatnya hilang perlahan-lahan.

Dan dia cuba mempertahankannya selagi yang dia mampu.

🌻

MIRANDA memandang ke arah Kaysa di sebelahnya. Dia perasan Kaysa yang asyik termenung dan memandang ke luar kereta.

"Jauh termenung. Tak lepas rindu ke?" Soal Miranda sekadar usikan.

"Rindu pada dia sentiasa ada." Kaysa memejam mata bagi menutup rasa sedih.

"Kenapa kau tak cakap dengan dia yang kau nak ajak dinner sama-sama malam ni? Mesti dia tak jadi balik Perak malam ni," ujar Miranda.

"Aku tak nak dia rosakkan plan yang dia dah susun dalam kepala. Dia tak suka kalau orang kacau plan yang dia dah buat," jelas Kaysa dan mengeluh perlahan.

"Untuk bini sendiri takkan tak boleh. Kau kena luahkan rasa sebenar kau Kaysa. Selagi kau pendam, selagi tu lah kau sakit," pesan Miranda.

"Aku tahu. But I can't feel the spark anymore. I'm lost interested in this relationship," luah Kaysa dan cuba mengawal sebak di dada.

Miranda memperlahankan lagu di radio. Dia tahu semua masalah yang menimpa Kaysa dan Isa. Malah ianya bukan kerana orang ketiga tetapi kerana mereka berdua.

"Aku cuba untuk rasa nikmat bahagia yang dulunya aku fikir tak kan pernah hilang. Tapi bila lama-lama aku tunggu dia habis operasi, aku jadi kecewa. Aku jadi malas menanti. Aku hilang rasa seronok bila dia balik rumah." Sambung Kaysa. Kali ini air matanya mula mengalir ke pipi.

"Tapi kau sedar tak dia cinta pertama kau selama 5 tahun? Macam mana rasa tu boleh hilang selepas korang berdua kahwin?" Soal Miranda.

"Ianya mungkin daripada diri aku sendiri. Aku terlalu letak pengharapan yang tinggi supaya dia sentiasa ada dengan aku lepas kita orang kahwin. Tapi semua harapan tu hancurkan kebahagiaan aku."

Miranda mengeluh perlahan. Dia juga tiada idea untuk memujuk. Dia baru sahaja berkahwin dengan suaminya tahun lepas. Jadi dia tidak berani untuk memberi nasihat dengan lebih.

"Even the spark is gone to me. Aku akan cuba stay selagi mana aku boleh bertahan sebab cinta sejati yang aku rasa, ada pada diri dia. Cuma aku hilang dia. Dan dia juga hilang aku," ucap Kaysa dan mengesat air matanya.

"Kay..."

Miranda terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tubuh Kaysa dipeluk erat bagi meredakan tangisan Kaysa yang semakin menggila.

Dia sudah menjadi pengurus Kaysa sejak 4 tahun yang lalu. Walaupun Kaysa lebih tua daripadanya, dia tetap dilayan seolah adik Kaysa sendiri. Dan dia sudah mengenali diri Isa bagaimana.

Ingatannya tentang pernikahan Kaysa dan Isa cukup romantis di matanya. Dia dapat melihat bagaimana Kaysa tersenyum kerana bahagia bersama dengan Isa. Begitu juga dengan Isa.

Tetapi kenapa sekarang rasa cinta itu mula kelam?

Atas sebab apa dua insan yang bercinta bertahun-tahun menjadi asing seperti mereka berdua?

Dia sendiri juga sudah kehilangan kata-kata.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now