EPILOG 🌻

4.4K 286 34
                                    

3 TAHUN BERLALU...

ISA merenggangkan tubuhnya selepas tiba di rumah. Perjalanan yang hanya dengan motorbikenya itu membuatkan pinggangnya berasa sedikit sakit. Tambah pula dia memang malas hendak membawa kereta kerana kesesakan lalu lintas yang sudah dimaklumkan akan berlaku di sepanjang jalan Perak ke Selangor itu.

Topi keledar diletakkan di dalam almari sebelum dia membuka kasut. Salam diberi dan Isa terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Papa!!"

Jeritan suara kecil itu membuatkan Isa tersenyum. Tetapi yang tiba padanya adalah Sun. Anaknya sedang berlari ke arahnya.

Isa mendukung Sun terlebih dahulu kerana kucing itu asyik mengelus kakinya. Iklil terus mencebik saat melihat Isa mencium kepala Sun.

"Papa tak cayang Iky kan? Papa jahat," omel Iklil dan menyilangkan tangannya sambil mengadap ke bahagian lain.

Isa terus tergelak kecil dan menurunkan Sun ke bawah. Dia terus mendukung tubuh Iklil dengan agak tinggi.

"Anak papa ni merajuk dengan papa ke?" Soal Isa dan mencuit hidung Iklil.

"Papa lagi cayang dekat Sun. Iky bukan anak papa ke?" Soal Iklil dengan wajah yang ketat.

"Papa sayang dua-duanya. Tapi sayang papa pada Iky lebih daripada Sun," pujuk Isa.

"Yeay. Iky cayang papa!" Jerit Iklil dan mencium pipi Isa.

Isa hanya trrsenyum dan memandang ke arah Aunty Saleha yang baru muncul dari dapur. Aunty Saleha merupakan pengasuh Iklil. Cuma pada hari itu sahaja Aunty Saleha berada di rumah mereka kerana Kaysa yang terpaksa pergi Langkawi kerana mempunyai kerja.

"Tuan baru sampai?" Soalnya ramah.

"Aah. Iklil dah makan petang ke?" Soal Isa dan menoleh ke arah jam dinding.

"Iky dah makan lah papa. Onty macak pancake," jawab Iklil pula.

Aunty Saleha hanya tersenyum mendengar suara Iklil. Mujurlah Iklil mudah dijaga. Jika tidak patah tulangnya untuk mengurus Iklil. Tambah pula usianya sudah 60 tahun. Kerja itu juga diambil kerana bosan di rumah.

"Good anak papa. Aunty nak balik dah ke?" Isa perasan dengan beg yang dipegang oleh Aunty Saleha.

"Aah Tuan. Kebetulan Tuan dah sampai ni kan. Anak saya pun cakap dah dalam perjalanan," jelas Aunty Saleha.

"Ohh. Terima kasih Aunty sebab jagakan Iklil. Maaf susahkan."

"Tak susah pun lah. Itu bunyi hon. Dah sampai lah tu. Aunty balik dulu ya Iky. Iky dengar cakap papa tau," ucap Aunty Saleha.

Isa terus menurunkan Iklil ke bawah. Iklil terus menyalam tangan Aunty Saleha. Selepas melambai pergi barulah mereka berdua masuk ke dalam rumah semula.

"Iky tengok Tv dulu boleh? Papa nak solat Asar kejap," ucap Isa dengan lembut. Pintu rumah sudah dikunci dari awal.

"Boyeh papa. Sun ada tuk teman Iky," jawab mulut comel itu.

"Good girl."

Isa melihat ke arah Iklil yang sudah berbaring di atas bean bag di atas karpet itu sambil memeluk ekor Sun. Bibirnya terus mengukir senyum saat melihat dua kesayangannya itu.

🌻

IKLIL mengintai dari dinding dapur. Hidungnya menghidu bau yang agak enak. Dia dapat melihat Isa yang sedang berdiri di kabinet dapur sambil mengacau sesuatu.

"Anak papa lapar ke?" Soal Isa sambil menoleh ke arah Iklil yang hanya separuh di dinding masuk dapur itu.

"Canner papa boyeh tau?" Soal Iklil dengan bibir yang dicebik ke depan.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now