SEMUA kru produksi dan pelakon drama terbaru itu sudah berkumpul di ladang teh di Cameron Highlands. Masing-masing mempamerkan wajah yang seronok kerana bakal memulakan penggambaran di tempat yang indah itu.
Peralatan juga sudah dikeluarkan dan sedang disiapkan tempatnya. Dua pelakon utama dan sampingan juga sudah hadir di kawasan itu.
Kereta yang membawa Kaysa dan Miranda tiba beberapa minit selepas itu. Luqman segera berlari untuk mendapatkan Kaysa. Miranda pula sudah pergi ke arah khemah untuk meletakkan barang. Maleeq pula setia di sisi Kaysa.
"Semuanya dah bersedia ke? Pelakon semua dah datang?" Soal Kaysa sambil berjalan bersama Luqman ke tengah set penggambaran.
"Semuanya dah datang. Tinggal nak mula je. Tapi Kaysa, ada seorang ni nak jumpa dengan you," ujar Luqman dengan serba salah.
"Siapa?" Kaysa memandang sekelilingnya sebelum matanya jatuh pada seorang perempuan.
"Dia nak apa?" Soal Kaysa.
Luqman segera memanggil Adlina supaya mendekat. Adlina dengan segera berjalan ke arah Kaysa. Kaysa yang sedang memakai topi itu tetap dapat dipandang oleh Adlina melalui matanya. Riak wajah Kaysa yang tegang itu membuatkan dia berasa berdebar.
"Maafkan saya Cik Kaysa. Saya nak minta peluang terakhir daripada Cik Kaysa," rayu Adlina dengan lembut.
Maleeq hanya memandang atas bawah Adlina di depannya. Dia juga kagum melihat kecantikan Adlina yang hanya sering dilihat di media sosial. Tetapi kecantikan Adlina tidak dapat menandingi kecantikan Kaysa di sudut matanya.
"Ada yang kosong lagi ke Luq?" Soal Kaysa dan memandang ke arah Luqman.
Luqman yang terkejut dengan soalan Kaysa terus berubah kalut. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Kaysa.
"I tanya. Ada watak yang kosong lagi ke? Sebab I rasa dia layak sebagai villain. Memandangkan watak utama dah diganti oleh Mira," jelas Kaysa.
Adlina sudah tersenyum lega apabila mendengar ayat Kaysa. Dia mempunyai harapan tika itu.
"Rezeki Cik Adlina lah kalau macam tu Kaysa. Kita memang tengah cari watak jahat dalam drama ni. Pelakon sebelum ni tarik diri sebab ada kontrak dengan negara luar," terang Luqman.
"Awak dengar kan? Be prepair this evening. Your scene will get started by today," tutur Kaysa dan melihat waktu di jam tangannya.
"Terima kasih Cik Kaysa. Terima kasih," ucap Adlina dengan rasa terharu.
Dia tidak kisah watak apa pun yang diberi padanya. Asalkan dia dapat berlakon di bawah arahan Kaysa Jameela. Pengarah yang diidolakan olehnya sejak dulu.
Kaysa hanya tersenyum tipis dan berjalan pergi ke arah penulis skrip. Dia perlu berbincang sesuatu dengannya.
"Lepas ni jangan buat perangai lagi. Last chance dah ni," pesan Luqman sebelum berlalu pergi.
Maleeq juga berlalu pergi untuk mengikut jejak Kaysa. Dia juga kagum dengan cara Kaysa yang agak santai. Semuanya diselesaikan dengan cukup mudah.
Adlina terus bergerak ke arah Kak Atul. Kak Atul juga berasa gembira dengan kata-kata Adlina. Mujurlah Adlina berjanji untuk mengubah sikapnya kelak. Selepas itu, dia terus bergerak untuk mengambil skrip buat Adlina.
🌻
"MALEEQ," panggil Kaysa.
Maleeq yang berdiri tidak jauh daripada Kaysa segera menghampiri. Penggambaran juga berhenti buat seketika kerana mahu menukar tempat.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...