BAB 50 🌻

2.8K 195 13
                                    

ISA duduk sambil bermain dengan kucing bewarna putih itu. Suka dia melihat kucing itu melompat-lompat dalam mengejar loceng yang diayun dari tangannya.

"Apa nama dia Isa?" Soal Kaysa dan duduk di sebelah Isa.

"Sayang beri nama. Ini anak pertama kita ni sebelum yang ini," ucap Isa sambil mengusap perut Kaysa.

"Hahaha. Ini bukan anak, Isa. Tapi ini majikan," ujar Kaysa dan tergelak kecil.

"Alamak. Saya bawa balik majikan baru lah pula. Takpe, nanti saya masukkan dia dalam kem ketahanan diri dekat Lumut. Biar badan dia berotot sikit," seloroh Isa.

"Pandai sangat. Saya nak bagi nama dia Sun boleh ke?" Soal Kaysa.

"Sayang ni memang suka dengan matahari ke? Bunga pun minat sunflower je."

"Sebab cantik bunga tu. Boleh tak Isa? Ke awak dah ada nama untuk dia? Dia jantan kan?" Kaysa terus bermain dengan Sun yang sedang bertindak manja itu.

"Untuk sayang semuanya boleh. Kan ini hadiah untuk sayang." Pipi Kaysa dicium manja.

"Makasih suamiku. Sun tidur dengan mama ya," ucap Kaysa dan mendukung Sun.

"Aik? Dah lain ni. Ini sudah lain. Mana boleh macam tu yang," tutur Isa dan berdiri dalam menuruti langkah Kaysa ke arah tangga.

"Nanti dia takut kalau tidur sorang-sorang dekat bawah. Awak tak kejam kan Isa?"

"Tapi sayang yang kejam dengan saya sekarang ni. Saya nak bermanja dengan sayang. Baru sehari dapat peluk sayang. Tak puas lagi," rengek Isa dan mencebik bibirnya.

"HAHAHAH. Mengada lah suami saya ni. Kita tidur sama-sama lah atas katil tu. Praktis," ucap Kaysa dan mencubit manja pipi Isa.

"Okay lah. Jom tidur."

Isa terus mencempung tubuh Kaysa. Kaysa hanya tergelak kecil. Sun di dalam pelukan Kaysa hanya diam sahaja.

🌻

MIRANDA tersenyum melihat Isa yang duduk di sebelah Kaysa di set penggambaran itu. Lelaki itu tidak berganjak walau sedikit pun saat mereka tiba ke situ. Benar-benar menjaga Kaysa.

"Luq. I rasa belah sini tak berapa cantik," tegur Kaysa dan mula berbincang dengan Luqman.

Mereka berdua sudah memulakan penggambaran untuk filem seterusnya. Pakcik Ahmad juga turut terlibat dalam filem tersebut. Hanya pada hari itu sahaja Pakcik Ahmad tiada kerana tiada babaknya lagi.

Isa hanya duduk sambil menyilang sebelah tangannya dan bermain telefon. Dia sanggup duduk tercongok di situ asalkan Kaysa di sisinya. Dia perlu melindungi Kaysa.

Kru-kru yang lain juga tersenyum melihat sikap Isa itu. Nampak betul-betul posesif dalam menjaga Kaysa. Tambah pula Kaysa sedang hamil.

Media juga tidak mengetahui perkara itu dan didiamkan oleh Dato' Ashari. Dato' Ashari tidak mahu para media menganggu kehidupan Kaysa dan Isa. Cukuplah peminat Kaysa mengetahui bahawa Kaysa sudah berkahwin. Selebihnya biarlah orang terdekat sahaja yang mengetahui.

"Isa. Isa," tegur Kaysa sambil menepuk lembut tangan Isa.

"Ya sayang. Kenapa?" Isa mula menayangkan wajah hairan.

"Saya haus lah. Boleh tak awak beli air strawberri? Saya teringin," pinta Kaysa.

"Aku pun nak juga Isa," celah Luqman pula.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now