BAB 33 🌻

2.4K 183 26
                                    

KAYSA membuka mata perlahan-lahan dan terus memegang kepalanya yang terasa perih. Tangan kirinya yang terasa dipegang terus ditoleh ke kiri. Dia dapat melihat Isa yang sedang lena di atas kerusi itu.

"Isa..." Kejut Kaysa dengan nada perlahan. 

Isa terus membuka mata dan melemparkan senyuman tipis ke arah Kaysa.

"Awak okay? Ada rasa sakit dekat mana-mana bahagian?" Soal Isa dengan lembut.

"Saya okay. Tapi awak okay ke Isa? Awak takde luka dekat mana-mana?" Soal Kaysa dengan lembut.

"Saya okay je Kaysa. Awak jangan risau. Kejap lagi mama dengan papa akan sampai sini. Umi pun dalam perjalanan ke sini," jelas Isa. Dia sudah memaklumkan hal itu Subuh tadi.

Puan Jihan dan Kayza terus memutuskan untuk ke Kuala Lumpur. Mereka berdua juga merisaukan keadaan Kaysa.

"Isa. Orang tu nak bunuh saya ke?" Soalan Kaysa membuatkan Isa tersentak.

"Tak lah. Tayar kereta dia meletup jadi dia tak dapat nak kawal stereng dia dan terlanggar kereta saya," jelas Isa.

Dia tidak mahu Kaysa memikirkan perkara negatif tentang semua itu. Cukuplah dia dan Miranda yang tahu tentang hal sebenar. Dato' Ashari juga sudah mengetahui perkara itu dan akan membuat siasatan di dalam syarikatnya itu.

"Ohh. Nasib baik awak okay."

"Saya lagi lega bila awak okay, Kaysa. Maafkan saya sebab dah bahayakan awak," ucap Isa dengan rasa lelah.

"Benda dah nak berlaku Isa. I'm okay."

Tangan Isa digenggam lembut. Dia percaya pada lelaki itu. Dia tahu Isa akan sentiasa melindungi dirinya.

"Lapar tak? Nak roti kaya?" Soal Isa dengan wajah yang cuba diceriakan.

"Nak. Tapi saya tak nak awak tinggalkan saya. Saya takut," ucap Kaysa dan memandang sekelilingnya yang banyak katil kosong.

"Okay takpe. Kita tunggu mama dengan papa sampai, baru saya pergi beli. Petang nanti awak dah boleh balik rumah." Tutur Isa.

"Yeay. Saya tak nak duduk dekat hospital lama-lama."

Kaysa terus tergelak kecil. Dia fobia dengan hospital. Kenangan buruk bersama arwah ayahnya sentiasa ada di dalam isi kepalanya.

"Saya kan ada dengan awak."

Isa melemparkan senyuman lembut buat Kaysa. Rasa bersalahnya kepada Kaysa semakin bertambah. Disebabkan pekerjaannya, keselamatan Kaysa menjadi taruhan.

🌻

PADA petang itu, mereka tiba di rumah bersama dengan Puan Jihan dan Kayza. Tuan Ismail dan Puan Iqlima sudah pulang ke rumah selepas melawat Kaysa di hospital pagi tadi.

"Umi mana adik?" Soal Kaysa yang baru turun ke bawah.

Isa pula keluar sebentar tadi kerana pergi ke balai. Dia juga tidak tahu atas kes apa lagi yang perlu diselesaikan oleh Isa.

"Umi dekat dapur. Katanya nak masak sup ayam untuk kakak," jawab Kayza yang sedang berehat di ruang tamu.

Kaysa terus berjalan ke dapur. Dia dapat mendengar bunyi paip di sinki.

"Umi masak sup ke untuk Kakak?" Soal Kaysa dan memerhati periuk yang sudah ditutup apinya itu.

"Umi panaskan je. Itu Isa yang masak sebelum keluar tadi," jelas Puan Jihan dengan sebuah senyuman.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now