MALEEQ menilik telefon bimbitnya. Esok mereka semua akan kembali pulang ke Kuala Lumpur. Lokasi penggambaran di Cameron Highland akan selesai pada hari ini. Dia juga berasa sedikit kesal kerana tidak dapat bersama dengan Kaysa untuk masa yang lama.
Kemunculan Isa di situ menimbulkan jurang untuknya bersama dengan Kaysa. Buat sejenak dia memikir adakah Isa lelaki yang mengugut Kaysa selama ini?
Sedang dia berfikir, pintu lif dibuka dan dia terus melihat ke arah Kaysa yang sedang ketawa dan Isa yang hanya menatap wajah Kaysa dengan renungan redup.
"Oh. Maleeq," ucap Kaysa dan melangkah masuk ke dalam lif.
Isa juga menuruti langkah Kaysa ke dalam lif. Dia hanya menunduk sedikit ke arah Maleeq. Senyuman juga tiada di wajah.
Maleeq hanya tersenyum tipis kerana Kaysa yang tersenyum ke arahnya. Dia juga tidak berasa mahu melemparkan senyuman kepada Isa. Lelaki itu agak berlagak di matanya.
"Maleeq. Nanti awak balik sendiri ya ke KL," ucap Kaysa dan memandang ke arah Maleeq.
"Kenapa Cik Kaysa? Nanti Cik Kaysa nak balik dengan siapa?" Soal Maleeq. Hairan.
"Isa ada dengan saya. Awak jangan risau. Nanti saya beritahu Miranda tentang hal ni ya," jelas Kaysa dengan lembut.
Maleeq hanya mengangguk faham. Dia tiada daya untuk bertanya lanjut. Risau menceroboh hak privasi Kaysa sahaja. Isa di sebelah Kaysa hanya memandang ke arah pintu lif. Lelaki itu benar-benar menganggapnya tidak wujud.
Sampai di lobi, Isa terus memaut tangan Kaysa dan berjalan keluar. Maleeq terus tergamam melihat adegan itu. Dia agak terkejut kerana Kaysa tidak melenting. Malah membiarkan sahaja tangannya dipegang oleh Isa.
Rasa cemburu mula terbit dalam dirinya. Dia tidak sangka Kaysa sanggup memberi kebenaran lelaki lain untuk menyentuhnya.
🌻
"ARMAN. Sini kejap!" Jerit Kaysa. Arman yang berada bersama Mira langsung bergerak ke arah Kaysa.
Kaysa terus membetulkan sedikit cara Arman berlakon. Kekurangan yang ada pada setiap pergerakan Arman dan nada suara Arman perlu dibetulkan.
Luqman yang berada di sebelah Kaysa berasa kagum. Dia dapat melihat bagaimana serius Kaysa pada hari itu. Semuanya cukup teliti di mata Kaysa. Dan Luqman tahu semuanya adalah berkat kehadiran Isa di situ.
Sejak Isa hadir di situ, dia dapat melihat kesungguhan Kaysa. Bak kata orang, penangan suami tercinta.
🌻
MALEEQ yang duduk agak belakang hanya memerhati ke arah Kaysa. Perubahan pada gadis itu dapat dilihat dari mata kasarnya. Semuanya berubah saat kemunculan Isa.
"Lama tenung bro," tegur satu suara parau di sebelahnya.
Maleeq terus berpusing ke kanan dan melihat Isa di sisinya. Liur ditelan kerana dia berasa berdebar apabila lelaki itu di situ. Aura Isa saat itu membuatkan dia berasa gentar.
"Saya cuba untuk pastikan Cik Kaysa dalam keadaan selamat. Saya taknak peristiwa lepas jadi lagi," balas Maleeq dan memandang ke depan semula.
"Berapa lama dah kau kerja sebagai bodyguard?" Soal Isa dan menyilangkan tangannya.
"Dalam 2 tahun lebih." Maleeq mula berasa tidak senang. Berasa seperti membuat salah pula.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...