TILAM empuk menjadi tempat tubuhnya berehat pada pagi itu selepas dia dan Muadz bersarapan.
Mereka kini berada di rumah mereka sendiri.
Seusai bersarapan, Muadz terus meminta Himayah duduk tanpa membuat sebarang pekerjaan rumah. Sekurang-kurangnya 30 minit. Barulah Himayah boleh berbaring.
Muadz melarang Himayah untuk terus berbaring kerana itu satu tabiat yang tidak sihat dan boleh menyebabkan acid dari perut melimpah ke dalam oesophagus dan menyebabkan irritasi.
Matanya hanya memandang siling sambil menunggu Muadz masuk ke dalam bilik.
"Sayang..." Muadz maju dan naik ke atas katil. Dia turut membaringkan tubuh menghadap isterinya.
"Abang..." Tubuhnya dipusing agar menghadap suaminya.
Himayah memejam matanya saat merasakan tangan besar Muadz mengusap-usap kepalanya.
"Penat ke sayang?" soal Muadz walaupun Himayah tidak melakukan apapun kerana larangannya. Namun begitu, isterinya tetap membawa berat zuriat mereka beberapa bulan ini.
"Taklah." Sebelah lengan Muadz menjadi bantal untuk tengkuknya.
"Sayang, abang tak pernah pun tengok sayang mengeluh masa mengandung ni... Kenapa?" Ingin tahu juga apa yang membuatkan isterinya ini begitu kuat tanpa merungut.
"Erm... sebab bagi Ima, ni semua nikmat yang Allah bagi. Kita dah meminta kan? Nak zuriat. Jadi ini memang prosesnya, perjalanannya. Kenapa Ima kena merungut sedangkan ini yang kita doa setiap hari," terang Himayah dengan senyuman yang kian melebar. Tak sabar rasanya hendak melihat cahaya mata mereka berdua lahir.
Senyuman Muadz juga mula terukir. Sepintar itu isterinya berfikir.
"Alhamdulillah. Pandai isteri abang ni." Rambut hitam pekat Himayah yang terurai diacak.
"Ermm... tapi satu ajelah yang Ima belum pernah rasa masa mengandung ni."
"Apa dia?"
"Mengidam. Yelah Ima tengok orang lain selalu mengidam pelik-pelik bila mengandung, tapi Ima tak. Ada jugak kadang-kadang rasa nak mengada macam tu kat abang tapi tak ada." Kedua tangan diangkat sekali dengan bahu. Kemudian sengihan dilempar.
Muadz perasan wajah Himayah yang sedikit sedih tapi dia berusaha menutup dengan bersangka baik terhadap Tuhan.
"Sayang nak tahu tak kenapa Allah tak bagi sayang mengidam?"
"Kenapa?"
"Sebab Allah tak nak bagi sayang makan pelik-pelik, benda bukan-bukan. Dan... Allah tak nak susahkan abang." Selamba Muadz berkata begitu.
Terbuntang kedua mata Himayah. Sampai hati dia cakap kita menyusahkan!
"Oh, jadi Ima menyusahkan abanglah kalau mengidam?" tanyanya tidak puas hati. Terasa juga dengan perkataan Muadz tadi.
"Nedeeee... abang tak cakap macam tu pun. Abang cuma cakap, Allah tak nak susahkan abang. Itu aje," nafi Muadz sekeras-kerasnya walaupun nadanya manja.
"Yelah, tak nak susahkan abang dengan melayan Ima yang mengidam kan?" Cemberut. Berlapis-lapis dahi Himayah sekarang. Bibirnya sudah muncung sedepa.
"Bukan, sayang..." nafinya lagi tetapi meleret. Tangan Himayah cuba diraih namun ditepis manja.
"Hmphh! Tak nak! Tak nak kawan abang! Sana!" halaunya manja walhal sebenarnya tidak berniat pun.
Buktinya badannya semakin dijarakkan dari Muadz tetapi kepalanya masih berbantalkan lengan Muadz.
ANDA SEDANG MEMBACA
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...
