BAB 36

26 2 2
                                        

SELESAI saja membayar barangan tadi, Muadz terus mengajak Himayah ke sebuah restoran yang ada di dalam mall itu juga.

Pelayan yang berlalu itu diberi anggukan dan diucap terima kasih sebelum dia beralih pada Himayah dengan riak gelisahnya.

"Sayang betul ke okey ni?" Bahu Himayah disentuh lembut.

Himayah yang masih blur hanya diam. Okey? Okey apa? Dia mengangkat kening mengisyaratkan tanda tanya.

"Tak ada sakit kat mana-mana ke tadi terlanggar orang? Macam mana boleh terlanggar ni?" Naik bimbang Muadz dibuatnya.

"Oh, tadi tu... taklah. Tak ada sakit pun. Betul!" Bersungguh-sungguh dia mengiyakan.

"Betul?"

"Betul!"

"Macam mana boleh terlanggar? Cuba cerita kat abang," pinta Muadz dengan halus.

"Tadi Ima teruja sangat sebab dapat beli lip balm yang Ima selalu guna tu. Ngam pula tinggal satu tu aje yang ada kat rak tu. Last stock. Ima nak larilah kat abang, nak bagitahu. Tapi, tak sengaja langgar orang pula. Sorry, abang." Nadanya kedengaran polos namun wajahnya penuh dengan rasa bersalah.

Serba salah Muadz hendak menyambung ayatnya. Sudahnya dia menghela nafas perlahan.

"Sayang, lepas ni jangan macam tu lagi, tahu? Nasib baik sayang tak apa-apa. Kalau sayang sakit nanti macam mana? Anak kita macam mana? Abang risau, sayang." Selembut boleh dia menegur. Wanita hamil bukan boleh tebak tindakannya selepas itu apa.

Wanita itu mengangguk perlahan. "Okey, Ima tak buat lagi."

"Okey, tak buat lagi ya?"

"Tak buat lagi!" Laju Himayah mengangguk setuju. Bukan itu saja, telapak tangannya juga diangkat bagi meyakinkan lagi ayatnya.

Terbit senyuman manis Muadz melihat Himayah begitu.

KERANA dia sudah melarang isterinya untuk membuat pekerjaan rumah, dialah yang akan mengerjakan semuanya sekarang.

Sedang elok dia menggosok pakaian khas untuk dirinya pergi ke tempat khusus yang istimewa, dia dikejutkan dengan si isteri yang memeluknya dari belakang.

"Abang nak pergi dah ke?" Dengan muncung panjangnya dia menyoal.

"Ya, sayang. Sekejap lagi abang nak pergi dah." Sebelah telapak tangannya menekup tangan Himayah yang berada di perutnya.

"Alaaa kalau Ima rindu macam mana?" Jari telunjuknya naik bermain di atas tangan besar Muadz.

"Kalau rindu, doakanlah abang banyak-banyak." Dia pula hanya membiarkan tangannya dimain-main.

"Doa apa?"

"Doalah supaya abang boleh balik cepat-cepat."

"Tapi kalau Ima rindu jugak macam manaaa..." Rengekannya kali ini bukan main. Tak tahulah mak atau anak yang terlebih manja.

Terus Muadz menghentikan tangannya dari sambung menggosok jubah putihnya. Nasib baik sudah siap.

"Alelele... abang pergi tak lama pun, sayang. Tak sampai satu jam pun. Masjid depan rumah kita aje sayang, abang nak solat jumaat." Wajahnya yang tadi menunduk menatap jubah kini sudah menatap Himayah. Ubun-ubun Himayah diusap lembut, memujuk halus.

"Hmm... okey." Kedengaran jelas nadanya pasrah.

Laju batang tubuh kecil Himayah yang kini bertambah beratnya didakap kemas.

"Sayang tunggu sekejap aje, boleh? Abang nak solat jumaat sekejap, lepas tu abang terus balik. Abang tak singgah mana-mana. Kalau sayang tak relakan abang pergi, tak senang duduk abang nanti dalam perjalanan nak ke masjid. Hm?" Muadz masih lagi mencuba memujuk Himayah sesabar yang boleh.

"Okey, Ima faham. Ima minta maaf, Ima tak tahulah kenapa Ima rasa macam ni." Dia sedar tidak sepatutnya dia berkelakuan seperti itu sedangkan suaminya ingin menghadap Tuhan yang telah memakbulkan segala doa mereka.

"Rasa macam mana, sayang?"

"Tak nak jauh-jauh dengan abang. Tak nak abang pergi mana-mana. Nak abang kat sini aje, sentiasa dengan Ima," luah Himayah. Jari telunjuk kiri dan kanan bermain sesama sendiri.

"Hey, it's okayyy... abang faham, sayang. Lagipun, sayang kan tengah mengandung zuriat kita. Tak apa, jangan minta maaf, okey? Kan sayang cakap, ini yang kita doa dan minta pada Allah. Jadi kita kenalah terima seadanya. Okie, sayang abang?" Kedua pipi wanita itu ditekup manja.

"Hehe... okieee!" Sekelip mata saja moodnya berubah.

"Abang dah boleh bersiap dah?" Tak tahulah ini perli ke apa tapi Himayah tidak nampak seperti itu langsung.

Terkekek-kekek Himayah mendengar soalan itu.

"Tak apa, biar Ima yang tolong siapkan abang."

Jubah putih khas untuk Solat Jumaat di masjid itu kelihatan sangat sesuai pada Muadz. Bahu Muadz ditepuk-tepuk perlahan bagi menghilangkan kedut yang ada.

Pandai Himayah menjaga sentuhan kulitnya daripada terkena dengan Muadz. Sebelum Muadz berwudhu lagi dia sudah menyalam dan mencium tangan Muadz.

"Abang pergi dulu ya?" izin Muadz.

"Ima teman abang sampai depan pintu." Tudung sarung dicapai. Ini memang sudah menjadi kebiasaannya. Ketika Muadz hendak keluar dan pulang, Himayah sendiri yang akan menghantar dan menyambut kepulangan suaminya.

Untung saja mereka sudah saling ada wudhu, jika tidak sudah pasti mereka akan berpegangan tangan sampai depan pintu rumah.

Sampai saja di situ, Muadz terus melempar senyuman manis.

"Abang pergi dulu ya, sayang?" pamit Muadz buat kali yang terakhir sebelum benar-benar pergi meninggalkan rumah itu.

Himayah turut membalas senyuman itu dengan anggukan.

"Hati-hati, abang." Lembut suaranya berpesan.

Muadz menurunkan tingkap kereta itu dan mengangguk sekali.

"Terima kasih, sayang. Sayang pun hati-hati di rumah. I love you, sayang."

"I love you too, abang." Kepergian Muadz hingga ke luar perkarangan rumah dihantar dengan anak matanya.

Langkah dibawa masuk ke dalam rumah. Sebelum dia hendak menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah, dia duduk sebentar di sofa untuk mengambil nafas dan berehat.

Mengenangkan sifat Muadz yang sentiasa sabar itu membuatkan hatinya tercuit. Dulu, dia tidak pernah percaya akan wujudnya lelaki sebaik ayahnya di dunia ini.

Ayahnya ialah sosok paling dikaguminya. Tuan Hussein ialah seorang yang sangat penyabar, tidak pernah marah apalagi meninggikan suara kepadanya dan ibu. Apabila melihat orang susah, ayahnya akan menolong.

Bahkan ayahnya juga pernah ditipu tetapi dia tidak pernah marah malah tersenyum. Kebaikan ayahnya tidak dapat dia ungkapkan dengan kata-kata. Dan yang paling Himayah suka, ayahnya ialah seorang yang berilmu. Ilmu agama ayahnya luas sehingga apa-apa masalah, dia akan merujuk pada ayahnya sendiri.

"Kalau abah dan ibu ada kat sini, ibu dengan ayah akan bangga tak dengan Ima?" Bergetar suaranya tika mengungkapkan ayat itu.

"Ima akan lahirkan cucu ibu dan abah tak lama lagi. Ima tak pernah pun terbayang saat ni akan datang tanpa ibu dan abah di sisi Ima." Sambungnya. Perut besarnya diusap-usap perlahan.

"Tapi ibu, abah... Ima dapat abang tu dengan cara kotor." Akhirnya air matanya turun juga membasahi pipi.

"Abah, ibu... anak ni bukan anak haram, kan? Anak ni tak berdosa, kan? Dia tak minta pun untuk dilahirkan tapi, Ima yang minta. Dan Allah bagi apa yang Ima minta, Allah makbulkan doa Ima. Baiknya Allah, ibu, abah." Semakin deras air jernih itu keluar sehingga baju di bahagian perutnya turut basah.

Malaikat tak terdugaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang