TERBELIAK biji mata Muadz mendengar satu per satu perkataan yang dilontar isterinya. Apa yang bermain di fikiran Himayah sehingga dia sanggup berkata begitu?
Dia yang ingin membuat kejutan untuk Himayah terkesiap. Boleh tahan lama juga dia berdiri mendengar luahan si isteri tapi tidak kesemuanya.
"Astaghfirullahal'azim, sayang!" Dia berlari laju mendapatkan isterinya yang duduk di sofa saat mendengar luahan Himayah tentang anak mereka.
"Abang? Abang dah balik?" kagetnya seraya memalingkan wajah dan mengelap laju air mata yang masih tersisa sedikit.
"Ya, sayang. Sayang kenapa cakap macam tu?" Tenang namun tegas. Dia tidak suka apabila Himayah berkata begitu. Sebagai suami, dia juga tahu dia seharusnya memahami isterinya apalagi di saat Himayah membawa zuriatnya. Dia perlu lebih memahami isterinya.
"Ima rindu ibu dan abah," luah Himayah tanpa basa-basi. Pandangannya lurus dan kosong.
Muadz menarik kepala Himayah supaya bersandar di dadanya.
"Nanti kita pergi melawat ibu dan abah ya?"
Himayah diam tidak berkutik. Fikirannya kosong seperti bayi yang baru lahir.
"Anak ni..."
Muadz juga diam menunggu Himayah menyambung ayatnya.
"Anak ni tak salah, kan? Dia bukan anak haram, kan abang?"
Muadz memejam matanya sambil beristighfar. Apa yang terjadi pada isterinya semasa dia keluar untuk menunaikan solat jumaat tadi?
Kepala Himayah kemudian diusap. "Sayang..."
"Kenapa cakap macam tu? Hm?"
Esakan Himayah semakin nyaring kedengaran.
"Ima dapat dia sebab Ima kahwin dengan abang. Tapi Ima dapatkan abang bukan dengan cara yang betul. Ima main kotor." Peristiwa itu masih segar dan kekal di dalam ingatannya.
"Sayang, itu semua benda lama. Biarkan ia berlalu. Jangan sampai perkara lama menjejaskan diri kita yang sekarang."
"Sekali pun perkara tu terlintas di fikiran sayang, sayang kena ingat. Ini semua takdir, sayang. Cuba sayang fikir, kalau sayang tak buat semua tu, kita mungkin tak macam ni. Mungkin abang belum kahwin lagi sampai sekarang. Kita mungkin tak dapat anak kita ni." Sedaya upaya Muadz memahamkan Himayah tentang takdir yang telah pun tertulis.
"Cuba sayang bagitahu abang, sayang cakap macam tu sebab sayang takut anak ni tak sah ke? Sebab cara kita kahwin bukan macam orang biasa?"
Dia diam mengiyakan pertanyaan Muadz dengan anggukan perlahannya.
"Sayang, dengar abang... pernikahan kita sah di sisi agama, sayang." Muadz mencuba meyakinkan Himayah.
"Ima takut... macam mana kalau ada orang cakap anak ni anak tak sah taraf sebab kita kahwin secara mendadak hari tu?"
"Sayang... tak mendadak pun kita kahwin masa tu. Kalau ya pun, dia orang tak boleh kata apa. Kita dah kahwin dah pun. Takkan benda baik nak tangguh, kan?"
"It's okay, sayang. Abang ada. Kalau ada orang cakap apa-apa pasal ni, sayang bagitahu abang cepat-cepat okey? Biar abang aje yang jawab."
Himayah perlahan-lahan mengangguk. Emosinya kini sudah semakin stabil.
"Dah, takmo sedih-sedih. Kesian baby ni, dia belum keluar lagi nak usap air mata mama dia. Sekarang, papa aje dulu yang boleh usap."
Perkataan Muadz mengundang ketawa halus Himayah. Pandai sungguh suaminya ini memainkan peranan.
Muadz turut tersenyum dalam diam saat mendengar tawa halus si isteri.
"Sayang dah solat ke belum ni?" Pipi Himayah diusap bagi menyeka sisa air mata.
"Belum..." Suaranya sangat perlahan ketika menjawab. Takut pula Muadz akan memarahinya.
"Okey, sayang solat dulu ya? Jom!" Ditarik perlahan tangan Himayah dan dipimpin ke surau kecil yang berada di dalam rumah mereka.
Baru saja hendak memakai telekung selepas mencuci wajahnya, baru dia sedar bahawa wudhunya telah pun batal.
"Eh, abang!"
"Ya, sayang?" Terus tegak tubuh Muadz yang sedang duduk membaca zikir.
"Ima mana ada wudhu. Dah batal dah tadi." Muncung sengaja diperlihatkan.
"Oh ye ke? Okey, jom ambil wudhu lagi." Seperti tadi, dia memimpin tangan Himayah seolah-olah isterinya itu seorang budak kecil.
RENUNGANNYA yang tepat pada dinding tanpa hiasan di belakang televisyen itu diperhati oleh seseorang.
"Sayang fikir pasal apa? Masih fikir pasal tadi ke?" Dua gelas berisi susu diletakkan di atas meja. Tangannya dilekapkan pada perut si isteri.
"Hm? Tak..." Selepas mengatakan itu, dia menghembus nafas kasar.
"Abang, lately ni Ima asyik rasa tak sedap hatilah. Ima takut..." Kegusarannya akhirnya dilepaskan. Sama ada Muadz mengerti atau tidak, dia tidak kisah. Apa yang penting ialah dia harus meluahkan kebimbangannya.
Usapan di perut Himayah kini berpindah pada kepala pula.
"Tak sedap hati kenapa, sayang?" Matanya jelas memancarkan keprihatinan.
"Ima... Ima tak tahu, abang." Dia menggeleng laju.
"It's okay, abang ada. Sayang banyakkan berzikir dan selawat ya?" Kepala Himayah ditarik untuk disandarkan pada dada bidangnya.
"Hmm..." Himayah berdeham menyetujui cadangan Muadz.
Tiba-tiba saja dia tersenyum. Entah kenapa rasa macam diri sendiri tak betul dah sekarang.
Telapak tangan Muadz diambil dan kembali dilekapkan pada perutnya. Terlukis senyuman manis Muadz dengan perbuatan Himayah.
"Abang, kita nak bagi nama apa kat anak kita?" Keterujaan menyelubungi dirinya sekarang ini.
"Hm? Nama?"
"Ya, nama."
"Hmm... abang belum habis research lagi nama anak." Jarinya terus mengusap-usap permukaan perut isterinya yang dilapisi baju.
"Alaaa..." Bibirnya dijuihkan.
Ubun-ubun Himayah dikucup sebentar. Memujuk secara halus."Abang minta maaf, sayang."
"Tak apalah... yang penting abang masih fikirkan pasal dia pun dah cukup." Senyuman dilempar.
"Apa sayang cakap macam tu? Abang akan sentiasa fikirkan sayang dan baby kita, tahu?"
"Hehe, tahu."
"Kalau sayang, sayang nak bagi nama apa kat anak kita?" Melihat keterujaan Himayah, dia juga ikut teruja.
"Haa kalau Ima, Ima nak bagi nama dia..." Jeda.
"Hmm?"
"Muiz!"
"Kenapa sayang nak bagi nama dia Muiz?" Membuak-buak rasa ingin tahu kenapa isterinya memilih nama itu.
"Sebab comel. Muadz dengan Muiz hehe. Cuba bayangkan, Muiz bin Muadz Hazim." Tersenyum sendiri Himayah membayangkan senario yang dibuatnya sendiri.
Muadz pula asyik menatap wajah wanita hamil di sebelahnya ini.
"Kan comel tu! Betul tak?" Himayah meminta pendapat Muadz pula.
"Betul! Comel, comel!" puji Muadz.
"Tapi macam kurang aje, sayang... Muiz dah huruf 'M', tambah lagi satu nama yang depan huruf 'H'. 'M' untuk Muadz, 'H' untuk Himayah. Kan lagi comel tu?" cadang Muadz. Bernas pula tu!
"Hmm, betul jugak! Okey, okey... nanti Ima cari." Berkali-kali dia mengangguk setuju.
"Eh! Tak, tak! Kita cari sekaranglah. Cari sama-sama. Takkan Ima cari seorang aje? Tak seronoklah."
"Okey, sayang." Sekali lagi ubun-ubun Himayah dikucupnya.
Terus Himayah mengeluarkan telefon pintarnya dan mencari nama untuk anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Malaikat tak terduga
Storie d'AmoreMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...
