PROLOG

300 20 1
                                    

BOOK :
• UNTUK MENERIMA SEADANYA

Dilahirkan kembar tidak bermakna menerima nasib yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dilahirkan kembar tidak bermakna menerima nasib yang sama. Wajah mereka seiras, namun tidak dengan tahap kecerdikan. Dek kerana itu, timbul rasa pilih kasih menyebabkan ada hati yang terluka. Ranapnya hati ditutup dengan kesenyapan. Disisihkan oleh ibu kandung sendiri, anak mana tidak terluka? Tambahan pula dengan alasan yang tidak munasabah.

Fajar Nuzhan tidak pernah lulus peperiksaan walau satu kertas sahaja. Dapat membaca dengan sedikit lancar pun saat di usia dia sudah memasuki sekolah menengah. Disleksia, tetapi tidak diakui oleh ibu kandung sendiri.

Fahim, kembar kepada Fajar ialah seorang yang bijak pandai sehingga seringkali mendapat skor bagus dalam peperiksaan dan telah menjadi murid contoh yang sering disebutkan oleh para guru. Kenapa Fajar tidak bijak seperti Fahim pula? Sukar untuk Puan Rosna akui keadaan Fajar begitu. Bagi Puan Rosna, Fajar hanya malas belajar. Kerana itulah Fajar tidak seperti Fahim.

Satu demi satu markah pada kertas soalan dilihat. Fajar tertawa sakit melihat markah yang tertera pada kertas soalan terakhir. Tiada satu pun yang melepasi 30 markah. Kertas soalan direnyuk dan dilempar sekuat hati ke dalam tong sampah. Kecewa dengan diri sendiri. Sekuat mana pun dia berusaha, nilainya tetap sama. Mengapa dia tidak boleh menjadi secerdik Fahim walaupun dia berusaha kuat seakan mahu putus nyawa?

Tong sampah ditendang beberapa kali, melepas rasa geram dan kecewa. Tindakannya terhenti tatkala ditarik oleh Khairul dan Asfan.

"Tenang Fajar. Tenang. Tu cuma markah. Kau gagal kali ni, masih ada peperiksaan akhir tahun. Tahun depan pun ada peperiksaan lagi." Ujar Asfan cuba menenangkan sahabatnya itu.

"Tak ada guna! Macam mana pun aku berusaha, aku tetap bodoh! Tak sebijak Fahim!" Fajar hela nafas kasar. Berombak kuat dadanya menahan amarah. Sempat kaki menendang kerusi berdekatan.

"Kenapa ni?" Hakimie yang baru tiba bersama Iwan terpinga-pinga. Melihat gelengan daripada Khairul, dia dapat faham perkara yang telah terjadi. Sebotol air dihulur kepada Fajar.

"Apa pun markah kau, kami akan tetap ada untuk kau. Pedulikan apa yang orang cakap. Kau tak perlu memaksa diri kau untuk gembirakan hati mak kau. Kalau kau terus-terusan macam ni, macam mana dengan hati kau sendiri?" Ujar Hakimie.

"Habis tu kau nak hubungan aku dengan mak aku terus-terusan jadi macam ni? Sakit Hakimie untuk bertahan seumur hidup." Ditekan sedikit kata sakit. Fajar telan air liur menahan rasa di dada. Balik nanti entah apa yang dia akan hadap. Bebelan Puan Rosna itu sudah pasti.

"Kau rasa... apa yang kau mampu buat? Yang kau tertarik dan kau rasa pandai?" Soal Iwan.

Fajar terdiam memikirkan. Selama ini dia selalu memfokuskan diri untuk belajar walau keadaannya tetap sama. Tidak pernah pula memikirkan diri sendiri tentang apa yang dia pandai lakukan.

"Aku tak tahu."

"Kau cubalah fikir atau cuba cari nanti. Mungkin perkara tu akan buat kau berjaya dan dapat raih perhatian mak kau."

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now