Kerusi ditarik. Qhair mempelawa Wan Khatijah duduk terlebih dahulu. Kemudian, barulah dia duduk. Buku menu dibelek.
“Tok su nak makan apa?” Soal Qhair seraya menunjuk buku menu.
“Yang ni.” Jari menunjuk gambar makanan.
“Minum?”
“Tok su nak teh panas.”
“Okay noted. Dah tak ada? Kek tak nak?”
“Tak nak. Kenyang tok su nak makan banyak-banyak.”
Qhair tertawa kecil.
“Tak nakal kau hari ni. Dah dewasa hm?” Soal Arisha.
“Siapa cakap? Aku tengah lapar, itu yang normal sekejap.”
“Oh! Selama ni tak normal eh?”
“Menyampahlah kau ni kak.” Qhair mendecit.
“Hai kakak!” Tegur Melati, ceria.
“Hai. Kerja eh?”
Melati angguk. “Melati nak ambil pesanan.”
“Qhair. Kau pesankan untuk aku sekali. Aku nak jawab telefon.” Arisha berdiri lalu beredar.
“Hello kak.”
“Hello Arisha. Qhair pergi mana? Akak telefon, dia tak jawab.” Ujar Ezzati bernada risau.
“Ada ni. Kitorang keluar makan dekat restoran. Tadi dia kata telefon dia tertinggal dekat rumah tok su. Tu yang tak berangkat tu.”
“Ouh, tak apalah. Qhair balik esok ke?”
“Ha'ah. Kenapa kak?”
“Tak ada apa, bapak suruh tanya. Bapak kata, hujan kat sini tak berhenti lagi. Bapak risau nak biar Qhair bawa kereta tengah-tengah hujan. Kalau cuaca kat sana pun hujan, bapak suruh Qhair jangan balik lagi.”
“Tak hujan dekat sini kak. Panas. Rasanya dekat sana aje hujan.”
“Haa tak apalah kalau macam tu. Suruh Qhair bawa kereta perlahan-lahan nanti.”
“Okey. Kak, macam mana pindah? Akak okey ke?”
“Okey aje. Akak tengok mood Fais baik sangat-sangat. Dia ketawa bebas. Kerja nak menyakat akak aje.”
“Kan Arisha dah kata. Fais nak privasi aje tu. Dia pemalu, mesti dia rasa tak selesa nak buat-buat bebas dalam rumah bapak, kan?”
“Hm. Sekarang akak nampak betapa dia nakkan privasi tu. Seronok juga rupanya pindah.”
“Bermanja kasihlah korang puas-puas tanpa gangguan. Cepat sikit bagi anak saudara tu.”
“Sabarlah. Anak saudara kau yang sulung tu dah rindu kau. Sampai-sampai rumah bapak, serbu bilik kau. Dia tanya mak andak mana. Menangis dia bila bapak cakap mak andak dah pindah.”
Arisha hambur tawa. “Kesian. Nantilah Arisha video call dengan along.”
“Em. Akak tutup dulu. Tak jadi nak membawang lebih, rasa nak membuang sekarang.”
“Yalah kak.” Tertawa Arisha.
Panggilan ditamatkan. Kaki melangkah menghampiri sinki halaman belakang untuk membasuh tangan. Terhenti langkah kaki yang mahu beredar saat bertembung dengan Fajar yang baru keluar dari tandas. Senyuman dilorek.
“Ops! Kebetulan ke?”
“Boleh dikatakan kebetulan ke? Ni kawasan aku.” Fajar jungkit kening.
Arisha hambur tawa. “Saya datang makan. Adik saya nak datang sebelum bertolak balik esok. Dia kata mi sup dekat sini sedap. Sayanglah kalau dah tak merasa nanti.”
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romans[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...