BAB 10

67 13 6
                                    

Motor diparkir di garaj rumah. Kaki dibasuh sebelum melangkah memasuki dapur. Figura Wan Usma dicari. Biasanya ada di dapur atau di anjung rumah waktu petang macam ni, namun tak terlihat pun Wan Usma di mana-mana bahkan kesemua pintu rumah tertutup.

“Opah! Opah!” Fajar ke hulu hilir mencari. Tiada sahutan, tiada juga bayang manusia.

Poket seluar diraba. Fajar statik sebentar memikir keberadaan telefonnya. Tak ada dalam poket. Tertinggal di restoran barangkali. Kaki melangkah keluar dari rumah. Motor dihidupkan untuk ke restoran.

“Bos,” Ridzuan bersuara.

“Ada nampak telefon aku tak?”

“Dengan Ukael. Bos tertinggal atas meja tadi.”

Fajar berjalan ke dapur. Figura Ukael yang sedang membasuh pinggan dihampiri.

“Telefon.” Tutur Fajar sepatah saat Ukael memandang ke arahnya. Ukael berdiri. Tangan dilap sebelum telefon milik Fajar dikeluarkan dari poket seluar.

“Terima kasih,” ucap Fajar.

“Sama-sama bos.”

Fajar beredar ke halaman tepi. Kerusi kosong diduduk seraya tangan menskrol telefon. Ada banyak panggilan telefon serta mesej daripada Fahim. Segera nombor Fahim didail.

“Ada apa?”

“Opah ada dekat hospital. Demam. Kena masuk wad sebab pernafasan tak stabil.”

Fajar telan air liur. Patutlah dia rasa tak sedap hati sejak pulang dari masjid tadi. Tetapi, pagi tadi dia tengok Wan Usma baik-baik sahaja. Dia pegang dan kucup tangan Wan Usma pun tidak terasa hangatnya. Kenapa tiba-tiba boleh demam sampai pernafasan tak stabil?

“Fajar. Sebenarnya....” Fahim hela nafas sebelum menyambung kata-katanya. “Opah selalu tak sihat kebelakangan ni. Sering sakit, tapi dia tak bagitahu kau. Jantung dia tak kuat.”

Fajar kemam bibir. “Jadi, macam mana keadaan opah sekarang?”

“Tak terlalu serius. Kalau pernafasan dia dah kembali normal dan tubuh dia tak apa-apa, dia boleh balik ke rumah semula.”

Fajar terdiam menyandarkan tubuh pada kerusi. Mata terasa hangat saja ketika ini. Rapuh hatinya mendengar perihal kesihatan Wan Usma. Wan Usma penguat dia setelah Tok Azi meninggal. Tanpa Wan Usma, bagaimana mampu dia untuk kuat sehingga saat ini menelan kata-kata Puan Rosna.

“Kau nak datang?”

“Erm. Aku pergi sekarang.”

“Kau tolong bawa tudung opah sekali. Tudung yang dia pakai sekarang dah kotor.”

“Okey.” Panggilan ditamatkan.

Fajar melangkah memasuki dapur. Diperhati seketika pelanggan-pelanggan yang mengunjungi restorannya. Masih ramai orang. Pagi dan petang memang waktu orang keluar dari rumah.

“Ridzuan.”

“Iya bos?” Semerta Ridzuan menghentikan langkah.

“Petang nanti kunci restoran. Kunci pegang dulu. Aku tak ada dekat rumah.”

“Okey bos.”

“Kunci dekat atas kabinet. Aku pergi dulu.”

Ridzuan kembali menyambung kerjanya setelah Fajar beredar. Kereta diparkir di hadapan pintu pagar. Motor ditinggal di belakang restoran miliknya. Segera barang yang dimahukan diambil. Langkahan Fajar terhenti di hadapan pintu pagar.

“Jom jumpa. Dekat padang.”

Dia buat janji untuk berjumpa dengan Arisha petang nanti. Nampaknya dia tak dapat pergi. Tudung Wan Usma diletak ke dalam kereta. Kaki dihayun ke hadapan pintu rumah Wan Khatijah. Salam diberi.

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now