“Bos.” Ridzuan sengih menampakkan barisan gigi hadapannya. Terasa lama betul tak nampak Fajar di kafe. Seketika atas bawah penampilan Fajar dilihat. Selekeh sikit. Misai tak bercukur, pakaian pun hanya hoodie dan seluar hitam dikenakan.
“Buatkan espresso satu.” Habis berkata, Fajar menekup mulut yang menguap. Sampai berair matanya menahan kantuk.
“Baik bos!” Ridzuan segera beredar.
“Bos tak cukup tidur ke? Nak rehat dulu?” Soal Aziz.
Fajar geleng. “Ada pelanggan nak datang bincang pasal tempahan sekejap lagi. Macam mana dengan kafe? Ada apa-apa masalah?”
“Tak ada bos. Semua berjalan lancar. Ada laa juga beberapa pelanggan datang tanya kenapa bos tak jual mi sup beberapa hari ni. Diorang dah risau bos tak buat dah mi sup.”
“Tak tahu lagi bila nak buka. Mungkin minggu depan.”
“Tak apa bos. Jangan tergesa-gesa. Bos kena rehat. Tengok tu... tak berhenti menguap,” kata Ukael. Risau akan kesihatan Fajar.
“Espresso bos.” Ridzuan hulur minuman yang dimahukan oleh Fajar bersama wajah ceria. Dialah paling ceria dan aktif dalam kalangan mereka. Ada saja tingkahnya. Kacau orang paling kuat.
“Terima kasih.”
“Sama-sama bos.”
Fajar beredar mengambil tempat duduk. Tubuh disandarkan pada dinding seraya jari-jemari menskrol telefon. Sesekali minumannya dihirup. Mata dah rabak akibat mengantuk, tapi tetap ditahankan saja.
“Assalamualaikum.” Terdengar satu suara.
“Waalaikumusalam. Duduklah,” pelawa Fajar. Buku nota dibuka untuk mencatat perkara yang dimahukan saat perbincangan.
“Wan Usma dah boleh balik ke belum?” Soal Azzah.
“Belum lagi kak. Mungkin minggu depan. Doakanlah opah sihat.”
Azzah angguk dengan bibir melorek senyuman tipis.
“Kita tetapkan bajet untuk kek ni dulu.”
Perbincangan mereka bermula. Tidak sedar waktu berlalu, jam menginjak ke pukul 10:38 minit pagi. Fajar sandarkan tubuh pada dinding setelah Azzah dan Zuraidah beredar dari situ. Telefon dibuka, melihat-lihat jika ada mesej daripada Fahim. Hari ini, Fahim menghantar Puan Rosna ke hospital. Entah sudah pulang atau belum.
“Aku perlukan benda manis hari ni. Habis tenaga lepas kerja semalaman,” kata Aqila.
“Yang kau heret aku sekali kenapa?”
“Saja ajak keluar.” Aqila sengih menjawab pertanyaan Arisha. Pelukan pada lengan Arisha masih belum dilepas.
“Masalahnya tengahari kemarin kau baru datang sini, makan kek. Kek kemarin dah habis?”
“Dah.”
“Kau pergi tengok apa yang kau nak makan. Aku nak beli air. Dahaga.”
Aqila angguk lalu melepaskan pegangan pada lengan Arisha. Dia beredar ke arah barisan kek yang tersusun. Membangkitkan selera sungguh tengok pelbagai topping yang ada.
“Saya nak latte. Satu.”
“Aziz, latte satu.” Bagitahu Ridzuan.
“Kerap cikgu datang beberapa hari ni. Cari bos ke?”“Taklah. Teman tu.” Jari dihala ke arah Aqila. “Dia stres dengan kerja katanya. Nak makan benda manis. Diheret sekalilah.”
Ridzuan tertawa kecil. “Bos ada. Tu, tertidur dah. Penat sangat tu. Baru balik dari hospital pagi tadi. Datang kafe dekat pukul 9 pagi nak jumpa dengan pelanggan yang buat tempahan.”
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...