BAB 26

256 19 9
                                        

Arisha jengulkan kepala di muka pintu. Luas betul terbuka menanti kepulangan dia walau waktu sudah menginjak ke pukul 11 malam. Pintu diketuk beberapa kali disertakan salam. Mendengar salamnya dijawab, barulah dia masuk ke dalam bersama Wan Khatijah.

“Kak!” Nora Maisara melompat kecil ke dalam dakapan Arisha. Betapa gembiranya dia melihat figura Arisha berada di hadapan mata.

“Mak su pun datang. Tak cakap dekat bapak Arisha ni.” Sebelah tangan Encik Uzair naik mencekak pinggang sementara sebelah lagi memeluk tubuh Wan Khatijah.

“Kejutan untuk bapak.”

Encik Uzair tertawa senang. Mata tertala ke bawah memerhati kaki Wan Khatijah yang berbalut. Arisha ada bagitahu tentang itu. Segera Wan Khatijah dipapah ke sofa.

“Arisha nak pergi tandas sekejap. Dari tadi lagi tahan.” Beg diletak di atas meja. Kemudian, dia berlari ke tandas.

“Tepi sikit.” Nora Maisara tolak kaki Qhair menggunakan kakinya. Setelah Qhair bergerak ke tepi sikit, tempat di sebelah lelaki itu diduduk. Selamba dia labuhkan kepala di bahu Qhair. Mata dipejam sehabis menguap. Tak tertahan rasa mengantuk. Tunggu Arisha punya pasal dia tahan mata dia daripada tidur.

Telefon Arisha yang berdering di atas meja dilihat. Encik Uzair kerut dahi. Siapa pula yang telefon anak dia lewat malam macam ni? Belum sempat Qhair mencapai telefon tersebut, Encik Uzair sudah mencapainya terlebih dahulu.

“Fajar? Siapa pula ni? Video call tengah malam buta,” kata Encik Uzair.

Qhair teguk air liur. Ha! Kantoi ke? Tengok Encik Uzair jawab panggilan, lagilah dia rasa gemuruh. Dalam hati dah berdoa untuk keselamatan kakaknya.

“Eh? Pak cik siapa? Mana Kak Arisha?” Terkebil-kebil Melati melihat wajah yang tidak dikenali.

“Dia pergi tandas. Pak cik ni bapak dia.”

“Oh. Saya Melati, pak cik.” Melati lorek sengihan.

“Melati…. Jadi siapa Fajar?”

“Fajar abang saya.”

“Oh… abang. Kenapa telefon?”

“Abang suruh telefon tanya kalau-kalau Kak Arisha dah sampai. Sekarang dah tengah malam. Takut Kak Arisha tak sampai lagi.”

Encik Uzair pandang Qhair. Melihat isyarat Encik Uzair, Qhair juih bibir dan mengangkat bahu tanda tidak tahu. Telefon dipandang kembali setelah itu.

“Arisha baru sampai. Mana abang? Dia suruh telefon, tapi pak cik tak nampak dia.”

“Abang tengah buat kek. Sana.” Melati hala telefon ke arah Fajar.

“Tengah malam pun buat kek eh?”

“Customer tu kawan abang. Dia bagitahu last minute nak kek untuk birthday anak dia. Itu yang abang tengah buat sekarang.”

“Ouh. Hubungan abang dengan Kak Arisha nampak dekat. Tengah malam buta pun telefon lagi. Abang suka Kak Arisha eh?” Encik Uzair kalih mata ke arah Qhair kembali. Macam tak boleh percaya dengan jawapan anaknya itu. Tengok tingkah sekarang pun makin tak boleh percaya. Duk tutup muka dengan telefon sambil pura-pura main game.

“Mestilah suka. Melati pun suka Kak Arisha.”

Raut Encik Uzair berubah. Bukan jawapan yang dia mahu dengar. Budak ni nampak saja dah besar, tapi jawapan polos yang diberi. Pandangan dikalih ke arah Arisha. Anaknya itu sudah memperlahankan langkah.

Qhair segera beri gerak bibir menyebut nama Fajar. Ibu jari diseret di bawah leher sendiri, memberi amaran kepada Arisha.

Arisha telan air liur. Senyuman teragak-agak dilorek. Huluran telefon daripada Encik Uzair diambil. Skrin yang belum dimatikan panggilan dilihat. Masih muka Melati.

UNTUK MENERIMA SEADANYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang