BAB 19

94 12 10
                                    

“Mandian dah ada?” Tanya Fajar.

“Dah hampir habis. Melati nak beli terus. Nanti tak susahkan abang dah bawa Melati ke pasaraya lagi.”

“Jangan fikir macam tu. Selagi abang ada waktu lapang, kalau Melati nak pergi beli barang keperluan, abang bawa Melati pergi. Cakap terus dekat abang.”

“Um.” Melati angguk. “Suatu hari nanti Melati akan terbiasa dengan selok-belok jalan dekat sini. Saat tu, Melati pergi kedai runcit sendiri untuk beli barang-barang. Melati tahu ada kedai runcit terdekat dengan rumah. Nenek pun bagi Melati guna basikal nenek.”

“Nak keluar, bagitahu abang dulu. Melati perempuan. Bahaya budak perempuan keluar seorang diri. Nak ke mana-mana, abang hantar dan ambil ajelah. Okey?”

“Okey.”

“Jangan ingat abang nak sekat kebebasan Melati pula. Abang cuma risau.”

“Melati tahu. Abang sendiri cakap, nak ke mana-mana, abang akan ambil dan hantar Melati. Maknanya, bukan abang tak benarkan Melati keluar, kan? Abang tetap bawa Melati keluar.”

Fajar angguk.

“Melati faham niat abang. Sekarang Melati di bawah tanggungjawab abang. Melati akan jaga sikap Melati. Tapi abang... maafkan Melati kalau Melati nakal eh?” Melati menyengih.

Sisi kepala Melati dijentik. Termengaduh dia seketika.

“Tu faedahnya bila kau nakal.”

Melati buat muka.

“Nanti duduk dekat restoran abang dulu. Nek Uza pergi masjid, dengar tazkirah. Mungkin dekat pukul 10 baru balik.”

“Okey. Bolehlah Melati tengok abang buat kerja. Oh ya! Bila Melati boleh kerja?”

“Macam mana dengan esok? Nak?”

Laju Melati angguk. Teruja sungguh rautnya.

“Okey. Em siang esok abang bawa kau pergi kenduri. Sekalian dengan Nek Uza laa.”

“Okies! Abang pergilah cari barang yang abang nak dulu. Melati tengok-tengok sekejap dekat sini. Janji tak merayau tempat lain.”

Fajar angguk.

Barang-barang diletak di atas kaunter sehabis memilih. Seketika dia menunggu juruwang mengira barangannya. Dompet dikeluarkan saat resit diberi. Lantas sejumlah wang dikira secukupnya. Satu tolakan tangan membuatkan Melati toleh ke tepi. Terkebil-kebil dia memerhati Fajar yang menghalang dia daripada membuat pembayaran.

“Biar abang bayar. Simpan duit tu untuk sekolah.”

“Tapi ayah bagi banyak. Cukup untuk bayar barang-barang ni.”

“Simpan ajelah.”

Melati berganjak ke tepi, memberi laluan kepada Fajar.

Kereta diparkir. Fajar dan Melati berjalan menghampiri pintu restoran. Lampu sudah terbuka, pasti ada orang di dalamnya. Buka sahaja pintu, pandangan mata dijamah dengan figura beberapa orang lelaki.

“Nah. Pergi duduk mana-mana tempat kau nak. Jangan merayap keluar,” pesan Fajar. Manalah tahu dia terlepas pandang sebab sibuk sangat.

“Baik bos!” Melati menyengih. Plastik berisi beberapa jenis snek yang dihulur oleh Fajar diambil. Fajar memang memanjakan dia. Snek pun belanja. Ingatkan nak beli barang keperluan saja tadi.

“Fuyo bos! Siapa tu?” Soal Ridzuan.

“Adik. Nama dia Melati. Esok dia tolong kau hantar pesanan pelanggan.”

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now