“Aku ingat kau tak tertarik dengan kakak aku. Gambar pun tak pandang. Cuba cakap, macam mana kau boleh tertarik dekat kakak aku.” Nora Maisara menongkat siku di sisi kerusi.
“Rumit nak jelas. Yang paling jelas nak nampak, senyuman dia manis.”
“Aku dah kata, walaupun kakak aku tak cantik macam perempuan-perempuan putih melepak sekarang, dia manis orangnya.”
“Sejak bila kau pandai puji aku?” Sampuk Arisha. Kerusi kosong di sebelah Nora Maisara diduduk.
“Aku tak puji kau kak. Aku nyatakan fakta. Nak cari calon suami untuk kau, aku kena jujur.”
“Jadi sekarang, cik adik masih berniat nak cari calon suami untuk kakak ke?” Soal Fajar.
“Tak. Kan kau dah ada. Tak nak jadi abang ipar aku ke?”
“Naklah.”
“Haa layan kakak aku baik-baik. Kalau tak, semua jurus aku keluarkan nanti.”
“Dia cakap benda sama juga dekat aku dan kakak-kakak ipar dia. Setakat ni tak ada siapa lagi yang kena dengan budak kecik ni,” Fais bersuara.
Arisha ketawa seraya mengangguk. Akui perkara itu. “Nak buat macam mana, dia sayang kakak-kakak dan abang-abang dia. Awak nak brownies tak? Kak Muna yang buat, isteri Abang Qaayed.” Arisha hulur pinggan berisi brownies.
Fajar capai satu lalu digigit sedikit. “Sedap. Aku dah lama nak cuba buat matcha brownies dengan tart cheese. Sampai ke sudah tak terbuat.”
“Menu baru ke?”
“Belum fikir nak masukkan dalam menu ke tak. Buat pun belum tentu jadi.”
“Mesti jadi punya. Saya percaya dekat tangan awak.”
Fajar tersenyum, namun hanya sekejap. Laju bibir dikemam setelah itu.
“Melati datang haid. Macam mana awak tangani? Saya tak ada.” Soal Arisha separa berbisik.
“Jantung aku hampir luruh waktu tu. Aku sampai-sampai dekat sekolah, dia cakap ‘Abang, Melati berdarah.’. Aku ingat ada orang buli dia ke atau dia terjatuh dekat mana-mana. Nak bawa pergi hospital dah. Lepas tu ada cikgu cakap dia period. Legalah sekejap.” Fajar jeda.
“Masa dekat kedai. Nak beli apa tu? Barang perempuan tulah. Lama aku perhati dekat rak. Tak tahu nak beli mana satu. Melati pun tak tahu. Tak pasal-pasal kena tenung dengan mak cik yang nak beli barang tu jugak. Macam ni dia tengok aku.” Fajar tayang raut seakan mak cik tersebut.
Terburai tawa Arisha. Dengar cerita Fajar dah rasa geli hati. Tengok raut Fajar lagilah rasa nak ketawa. Fajar turut tertawa kecil.
“Aku dah rasa mak cik tu fikir yang bukan-bukan. Dah sedar dia tenung aku macam tu, aku tanyalah dia terus. Takut juga biji mata dia keluar.” Senyuman masih terserlah di bibir Fajar hingga menampakkan lesung pipitnya.
“Nampaknya aku orang ketiga dekat sini.” Nora Maisara muncungkan mulut.
“Kan kau suka bercakap. Sembanglah dengan Fajar,” kata Arisha.
“Tapi mula-mula aku jumpa dia kak, dia nampak macam tak suka orang tau. Muka sepesen je. Boleh ajak sembang ke?”
“Kau sembang dengan dia tadikan.”
“Memanglah….”
“Kau nak sembang pasal apa dengan aku? Karate? Aku tak tahu apa-apa pasal tu. Tak belajar. Jurus pertahankan diri aku, ikut tangan kaki aku sendiri je nak gerak macam mana.” Ujar Fajar.
“Pernah guna ke?”
“Aku tak cari pasal dengan orang. Tak pernahlah.”
“Habis tu macam mana tangan kau berotot?”
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...