BAB 01

115 12 2
                                    

“Nora Maisara! Cepatlah! Berapa jam lagi kau nak habiskan bersolek? Bersolek macam nak keluar dating.” Rungut Nora Ezzati.

Buk! Qhair menumbuk perlahan bahu Arisha. Dia memang jenis bergurau kasar sikit dengan adik-beradiknya. Maklumlah kesemua adik beradik lelakinya sudah jauh pergi berumah tangga. Tinggal dia seorang dalam rumah yang berjantina lelaki selain Encik Uzair.

“Sakitlah.” Arisha menampar lengan Qhair.

“Nanti kau dah jarang merasa kena gusti dengan aku dah. Nak duduk jauh dah kan.”

“Takut rindu, cakap rindu.” Arisha juihkan bibir.

“Tak ada masa. Hurh!” Qhair meniup wajah Arisha lalu lari menghampiri Puan Kairana.

“Busuklah Qhair!” Marah Arisha. Tak cari pasal, bukan Qhair namanya.

Tergeleng Ezzati yang melihat. Dah masak dengan perangai kesemua adiknya. Beg bagasi diangkat dan dimasukkan ke dalam bonet. Tunggu Qhair, habis mengusik baru nak buat. Masa tu semua orang dah tutup pintu kereta nak bertolak pergi.

Hari ini mereka akan ke rumah Wan Khatijah yang merupakan tok saudara mereka untuk menghantar Arisha. Arisha dipindahkan untuk mengajar di sekolah lain. Memandangkan sekolah tersebut dekat dengan rumah Wan Khatijah, Encik Uzair mahu Arisha tinggal di bawah jagaan Wan Khatijah. Jarang mereka bertemu. Ezzati sendiri pun dah tak ingat rupa tok saudara mereka.

Figura Nora Maisara yang terkocoh-kocoh keluar dari rumah menarik perhatian mereka. Kalut gadis itu mengunci pintu rumah dan mengheret bagasi besar miliknya.

“Astaghfirullah al-adzim! Cik Nora Maisara oit! Bibir tu bapak tengok dah macam bontot baboon je. Merah betul! Tak boleh ke pakai warna yang tak menjolok mata sikit?” Encik Uzair bersuara. Risau anaknya menarik perhatian ajnabi.

Qhair, Ezzati dan Arisha tertawa. Geli hati mendengar kata-kata Encik Uzair.

“Sampai hati bapak cakap bibir Nora macam bontot baboon. Bapak tahu tak bibir Nora ni diwarisi daripada bapak? Bapak cakap macam tu haa... maknanya bibir bapak pun sama.”

“Eish budak ni!” Encik Uzair menendang sisi paha Nora Maisara. “Bapak maksudkan warna bibir tu.”

Nora Maisara menyengih. Tak peduli dengan teguran Encik Uzair. Bagasi diangkat dan dimasukkan ke dalam bonet kereta.

“Jom bertolak! Nora nak naik dengan Arisha. Nak membawang!” Nora Maisara membuka pintu belakang tempat duduk di dalam kereta Arisha. Dekat depan dah penuh dengan Qhair dan Arisha yang memandu. Balik nanti baru naik dengan Encik Uzair.

“Apa nak jadilah dengan anak bongsu aku ni?” Encik Uzair menggeleng. Aktif sangat orangnya. Itu yang dia risau.

Kaca mata hitam dipakai. Qhair letak dua jarinya di bawah dagu lalu kening dijongket. “Kacak tak aku?”

“Kacak lagi bapak.”

Balasan daripada Arisha membuatkan Qhair juih bibir. Selalu sangat Arisha balas macam tu.

“Aku hasil kekacakan bapak dan kecantikan mak. Jadi, itu maknanya aku berlipat kali kacak berbanding bapak.”

“Merepek!” Nora Maisara menunjal kepala Qhair. Tertunduk seketika lelaki itu dibuatnya.

“Bakal suami aku lagi kacak nak dibandingkan kau,” tutur Nora Maisara.

“Bakal suami celah mananya? Cinta kau selalu bertepuk sebelah tangan. Aku bau-bau macam kau jadi anak dara tua dulu je baru nampak batang hidung calon.”

“Kau doakan aku macam tu eh? Jahat betul! Abang tak guna.” Dengus Nora Maisara. Kaki yang bersila di atas kerusi bergerak menendang belakang tempat duduk Qhair.

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now