BAB 38

152 19 9
                                    

Kerusi ditarik lalu Fajar duduk. Tadi setelah memberi bekal makanan kepada Encik Zuhari, dia mengambil alih tugas untuk menjaga Puan Mawar yang sepatutnya dijaga oleh Melati. Dia mahu biar Melati berehat untuk hari ini. Kesian juga dengan keadaan Melati. Saat Encik Zuhari menjaga Puan Mawar, Melati menjaga nenek dan adiknya pula di rumah. Makan pakai semua dijaga memandangkan keadaan nenek Melati tidak bagus semenjak minggu lalu.

Poket seluar diseluk, mengeluarkan telefon miliknya. Ruangan sembang Arisha dibuka. Saat tiba di rumah nenek Melati semalam, sempatlah juga dia menghantar pesanan kepada Arisha.

“Dekat hospital hm?” Soal Arisha.

Fajar angguk mengiakan. Skrin telefon dihala ke arah Puan Mawar, membiarkan Arisha melihat keadaan Puan Mawar. “Mak cik belum sedarkan diri. Ayah aku baru bertolak pergi kerja.”

“Macam mana keadaan dekat sana?”

“Hampir tak terurus. Nenek Melati jatuh sakit sejak minggu lepas. Sejak tulah Melati urus hal rumah. Ayah pula dah berapa hari tak balik rumah. Balik kerja, terus datang hospital.”

“Lepas tu sekarang macam mana? Nak saya pergi sana?”

Fajar geleng. “Sekarang dah okey. Aku suruh Melati rehat. Tengok-tengokkan adik dan nenek dia je. Ada apa-apa, Khairul ada berdekatan.”

“Em awak dah makan?”

“Dah. Arisha, bateri telefon aku dah nak habis. Aku lupa nak cas tadi. Aku tutup dulu.”

“Okey. Jaga diri dekat sana.”

Fajar angguk. Tak sempat dia tamatkan panggilan video, telefon dia terlebih dahulu mati. Nak cas, pengecas pula tak ada. Sudahnya dibiarkan sahaja tak bercas di dalam poket.

Terkalih pandangan apabila figura Encik Zuhari menghampirinya. Fajar kerut dahi. “Ayah tak pergi kerja lagi?”

“Kad kerja dengan dompet ayah tertinggal.”

“Ayah….”

Terhenti percakapan Fajar tatkala bunyi mesin kuat kedengaran. Tanpa berlengah, Fajar berlari keluar untuk memanggil doktor. Dada sudah berdetak kencang. Hilang ketenangannya seketika tadi. Hanya rasa takut dan risau menyelubung diri.

Encik Zuhari dilihat. Lelaki itu statik dengan reaksi yang sukar ditafsirkan. Fajar mendekat. Bahu ayahnya disentuh, memberi sedikit kekuatan.

“Puan Mawar dah menghembuskan nafas terakhir. Kami turut berdukacita,” tutur doktor tersebut.

Kaki melangkah perlahan. Encik Zuhari tarik tangan Puan Mawar lalu mengucupnya. Mata yang bergenang mula menurunkan titisan jernih. Tangisan tanpa suara… betapa perihnya hati.

Fajar meraup wajah. Rasa sakit kehilangan itu dia benar-benar tahu bagaimana. Air mata diseka kasar. Sisi Encik Zuhari dihampiri.

“Ayah.”

“Mak cik dah pergi. Sakit mak cik dah hilang. Dah tak ada derita.” Seolah biasa, Encik Zuhari bersuara.

Fajar hanya diam, namun mata memerhati tingkah Encik Zuhari. Dibiar ayahnya menenangkan diri buat seketika.

•••

Khairul pandang telefon dan Fajar silih berganti. Ada hal penting mahu disampaikan, tetapi Fajar sedang sibuk menggali kubur. Terpaksalah dia tunggu sehingga jasad Puan Mawar selesai dikebumikan.

Telefon dimasukkan ke dalam poket saat mereka mahu mengangkat jenazah untuk dimasukkan ke dalam liang lahad. Khairul lekas membantu.

Encik Zuhari didudukkan di atas kerusi sebaik sahaja pulang. Suram suasana rumah Mak Shima saat ini. Tiada yang bersuara, tiada juga yang bergerak. Masing-masing hanya termenung melayan perasaan sendiri.

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now