Tubuh disandar pada sofa. Sekilas Wan Usma dipandang sebelum posisi diubah kepada berbaring. Dia dah rasa mengantuk sekarang. Nak bergerak pun malas.
“Fajar. Ayah balik dulu. Melati ayah dah hantar pergi rumah Nek Uza.” Encik Zuhari bersuara.
“Nak bertolak balik Johor ke ayah?” Soal Husna.
Encik Zuhari angguk mengiakan.
“Tapi dah malam ni yah. Ayah tak mengantuk ke?” Husna berasa tidak sedap hati mahu membiarkan Encik Zuhari bertolak pada waktu malam.
“Ayah mengantuk, ayah berhentilah dekat tepi. Jangan risau. Ayah dah terbiasa memandu waktu malam.”
“Hati-hati yah.” Husna memeluk tubuh Encik Zuhari sekejap.
“Ayah tak boleh bertolak esok ke?” Fajar pula menyoal.
Encik Zuhari geleng. “Kalau ayah tak salah ingat, lusa Mak Cik Mawar ada janji temu dekat hospital. Takut jalan sesak ke apa, baik ayah balik awal sikit.”
“Alang-alang nak balik tu, bawa balik anak abang sekali. Cukuplah beberapa hari ni Fajar yang jaga. Rosna dah malas nak mengungkit hal ni.” Ujar Puan Rosna.
“Tak habis lagi mak? Kan Fajar dah kata hal Melati tak ada kaitan dengan mak. Fajar yang jaga, tak pernah guna apa pun milik mak untuk sara Melati.”
“Memanglah tak, tapi Fajar tu anak mak. Mak tak suka Fajar ada kaitan dengan dia. Mak tak suka!” Jari dihala ke arah Encik Zuhari.
“Tak kisahlah apa pun alasan mak. Sejak Fajar berhenti sekolah, Fajar tak berada dalam tanggungan mak dah. Fajar bebas buat apa yang Fajar nak. Sama juga sekarang. Fajar nak jaga Melati dan keputusan Fajar takkan berubah sekuat mana pun mak bangkang.”
“Oh! Bukan dalam tanggungan mak. Habis tu kenapa engkau tak ikut ayah engkau pergi Johor sana tinggalkan mak? Selama ni engkau memang sengaja nak sakitkan hati mak, kan? Mak tak sangka anak mak macam ni.”
“Cukuplah Rosna. Rosna jangan nak buat andaian negatif dekat anak sendiri. Selama ni Rosna yang sakitkan dia. Bukan dia yang sakitkan Rosna. Abang buat apa dekat Rosna hah? Sampai Rosna jadi macam ni.” Encik Zuhari bercekak pinggang.
“Abang fikirlah sendiri. Apa yang abang buat selama ni? Abang tinggalkan Rosna dengan anak-anak dekat sini. Tiba-tiba datang buat-buat peduli. Apa motif abang sebenarnya?”
“Siapa kata abang tak peduli? Abang datang, apa yang Rosna buat? Satu perbincangan pun Rosna tak boleh bertenang!”
“Abang nak salahkan Rosna laa pula sekarang?”
“Cukuplah! Cukup!” Jerkahan Fajar menyentakkan mereka.
“Fahim baru kahwin. Hari pertama dia kahwin, mak dengan ayah nak bergaduh macam ni? Nak memalukan dia haa? Cukuplah…. Kenapa setiap kali nama Fajar diungkit, sentiasa ada pergaduhan? Fajar pembawa malang dalam keluarga kita ke? Fajar tak patut wujud?” Tangan dikepal di sisi menahan rasa sakit yang tak tertanggung dalam hati. Bertambah sakit hingga tiada lagi ruang untuk sembuh melihat raut tidak peduli si emak.
“Kalau mak betul-betul tak suka Fajar, mak boleh terus-terang bagitahu Fajar. Fajar takkan muncul dah depan mak. Takkan jejak kaki dah dekat rumah ni.”
Fajar jeda.
“Sejak dulu… Fajar terfikir apa yang Fajar boleh buat untuk tengok segaris senyuman dekat bibir mak untuk Fajar. Markah dekat kertas peperiksaan, kan? Fajar berusaha sampai rasa nak mati mak. Hampir dua minggu, Fajar terlelap sekejap je, makan tak tentu, tak minum sampai dehidrasi sebab terlalu fokus nak hadam semua yang Fajar belajar demi markah tu. Tapi keputusannya… tetap sama. Fajar tak mampu nak lulus pun. Mak tahu tak betapa kecewanya Fajar saat tu? Betapa sakit dan sedihnya Fajar?”
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
רומנטיקה[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...