BAB 07

78 13 4
                                    

“Banyak lagi ke?” Tanya Khairul. Mata memerhati bahan-bahan yang sedang disediakan oleh Fajar.

“Hampir siap. Hakimie tak sampai lagi ke?”

“Asfan dah telefon tadi. Dia on the way.”

Fajar pandang ke luar tingkap dapur. Kesemua rakan-rakannya sudah tiba kecuali Hakimie. Namun, tak terlihat pula figura Arisha di situ.

“Mana Arisha?”

Soalan Fajar membuatkan Khairul tarik sengihan penuh makna. “Tandas. Awal tadi, kau terdengar macam dah kenal Arisha. Kau senyap-senyap usya Instagram si Nora Maisara tu ke?”

“Tak ada masa.”

“Yalah tu. Kau berkenan dekat dia?”

“Pergi ambil dulang sana. Jangan harapkan pekerja aku je buat kerja. Pemalas! Gentayangan dekat dapur ni macam hantu.”

Khairul juihkan bibir. Dulang diambil dan dibawa kepada Fajar. Lantas mangkuk-mangkuk berisi mi yang belum diletak kuahnya disusun di atas dulang.

“Ridzuan, bawa kek keluar dengan Aziz. Awasi kek tu supaya budak-budak tak rosakkan,” ujar Fajar.

“Tutup dulu semua. Bawa keluar lepas Hakimie datang nanti. Kita keluar dulu,” tutur Fajar lagi.

Khairul hanya menurut. Setiap mangkuk mi ditutup menggunakan dulang lain. Kemudian, dia keluar diikuti Fajar.

“Korang patut sediakan tisu sekali. Aku agak Hakimie keluarkan hingus nanti,” kata Azam.

“Tisu tak penting. Yang penting, telefon. Aku kena rakam detik-detik dia keluarkan hingus. Biar isteri dia tengok puas-puas.” Khairul hambur tawa.

“Bukan isteri dia tengok puas-puas, tapi kau yang buat membahan puas-puas.” Kata Fajar.

“Yang tu aku yakin seratus peratus,” kata Asfan sambil mengangguk dan mengangkat ibu jari.

“Ada jugak budak kecik tu.” Azam perhati Jasmin yang berlari anak menghampiri Aqil. Namun, melihat figura Arisha menghampiri mereka, dia pandang kawan-kawannya dengan raut tertanya-tanya.

“Siapa tu?” Asfan terlebih dahulu mengaju soalan sebelum dia membuka mulut.

“Arisha, cikgu baru dekat sekolah rendah. Dia turut serta jamuan ni. Datang dengan budak-budak tadi,” jelas Khairul.

“Adik aku asyik sebut pasal dia dekat rumah. Boleh tahan cantik orangnya. Nampak muda lagi,” kata Asfan.

Fajar toleh memandang Arisha. Gadis itu lorek senyuman, namun terlihat segan. Mungkin kerana kehadiran Asfan, Azam dan para pekerjanya. Pula tu tiada perempuan dewasa di sekeliling mereka.

“Hai cikgu.” Azam lambaikan tangan.

“Panggil Arisha je. Saya tak mengajar awak.”

Azam hambur tawa. “Aku Azam. Kau menetap dekat kampung ni, mungkin nanti kita semua terserempak lagi. Eloklah berkawan.”

Arisha angguk mengiakan.

“Aku Asfan.”

“Selamat berkenalan,” tutur Arisha.

“Kau tak ajak Fahim datang?” Soal Asfan seraya memandang Fajar.

“Dah ajak. Dia pergi cari hadiah. Dalam perjalanan agaknya.”

“Ouh.” Asfan toleh ke arah lain. Meriah jamuan kali ini dengan kehadiran budak-budak. Ada suara, ada gelak tawa yang tak henti.

“Kau ada alahan?” Tanya Fajar. Mata melirik ke arah Arisha.

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now