BAB 27

67 16 5
                                    

Encik Uzair mencekak pinggang. Mata memerhati ayam yang sedang dipotong oleh Arisha. Dia tak boleh duduk diam sebenarnya. Otak penuh dengan soalan berkaitan lelaki yang menelefon Arisha semalam.

“Bapak asyik ikut Arisha. Kenapa?” Arisha hentikan kerjanya.

“Bapak nak tanya ni. Dia kerja apa? Boleh jamin ke dia boleh tanggung Arisha nanti?”

“Dia ada restoran sendiri. Dia buat macam-macam dessert, buat mi sup.”

“Dia selalu bergaduh dengan keluarga dia ke?”

“Yang tu Arisha tak tahu. Hubungan dia dengan mak dia aje tak baik. Dengan adik-beradik dan belah ayah dia baik aje.”

“Haa tak boleh bertenang dah Uzair? Dah hadap berapa orang menantu? Buat-buat panik macan menantu pertama pula.” Ujar Wan Khatijah.

“Bukan masalah gemuruh nak jumpa menantu, mak su. Rasa gemuruh nak buat pilihan betul. Uzair kena fikir baik-baik pasal ni. Hal ni penting. Uzair tak nak benda buruk jadi dekat anak Uzair.”

“Hm. Dia budak baik. Percaya cakap mak su. Bertenang sikit. Dah, pergi duduk sana. Jangan duk mengekor Arisha nak memasak tu. Tak senang dia nak bergerak.”

Encik Uzair tayang muka tak puas hati. Kena halau!

“Siapa dia kak? Buat bapak tak boleh bertenang hari ni,” kata Damia.

“Diam-diam engkau eh? Bapak bagitahu aku tadi yang kau dah ada calon.” Ezzati letak plastik barangan basah di atas meja. Tangan naik mencekak pinggang setelah itu.

“Bakal abang ipar ke? Dengan siapa akak berkenan? Ada gambar tak?” Soal Damia teruja.

Arisha keluarkan telefon di dalam poket seluar. Lantas, gambar Fajar yang diambil saat sedang makan biskut ditunjuk. Damia mencapai telefon tersebut. Seketika dia memerhati bersama Ezzati.

“Boleh tahan taste akak. Tampan.” Tersengih Damia.

“Hari khamis dia datang jumpa bapak.”

“Uish! Tak lama dah. Bolehlah tengok betul-betul depan mata.” Ezzati menyenggol lengan Damia.

“Dia sekacak abang ke?” Sampuk Qaayed. Menyelit dia di antara Ezzati dan Damia untuk melihat gambar tersebut. “Abang lagi kacak.”

“Perasan!” Serentak Ezzati dan Damia berkata.

Qaayed buat muka tak kisah. Kedua belah tangan naik menggosok sedikit kasar kepala Ezzati dan Damia. Dia terus lari dari situ sebelum dua singa mula mengaum.

“Abang! Habis rosak tudung Damia!” Berkerut marah muka Damia. Geram! Dahlah dia pakai bawal. Rosak awning.

Arisha hanya mendengar. Tangan sejak tadi sudah menyambung kerjanya yang tergendala akibat Encik Uzair. Banyak nak dimasak memandangkan adik-beradiknya pulang.

“Abang!” Rengekan Nora Maisara kedengaran. Dah mula dah pekerjaan tak bertauliah si abang. Mengusik si bongsu memang kepakaran nombor satu. Jangan cakap si bongsu paling nakal, masih ada yang lain di atas. Qaayed!

“Aaa! Aa sakit! Sakit! Abang! Bapak tengok abang! Adoi!” Terjerit-jerit Nora Maisara apabila pipinya dicubit oleh Qaayed. Tak cukup dengan itu, digoyang pula pipinya.

“Adoi!” Giliran Qaayed menjerit. Nora Maisara berjaya capai rambut dia dan menariknya.

“Bergegar dah rumah bapak. Korang ingat rumah bapak ni gelanggang gusti ke hah? Perangai mengalahkan cucu bapak.” Encik Uzair mencekak pinggang.

“Abang yang mula dulu.”

“Lepas rambut abang. Sakitlah!” Tangan Nora Maisara ditampar.

“Tahu pun sakit. Abang ingat abang cubit pipi Nora, Nora tak rasa sakit ke hah? Eee! Rasakan!” Tangan Nora Maisara beralih mencubit pipi Qaayed pula. Biar dia rasa sikit macam mana sakitnya.

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now