Pelukan diperkemas. Nora Maisara sudah mengalirkan air mata. Rasa macam tak nak lepas Arisha pergi sekarang. Teman berbual dia sebelum tidur. Hurm....
“Dahlah. Nanti aku balik sana juga bila cuti. Kau call aku sebelum tidur pun tak apa.”
“Manjalah kau ni. Dah... pergi masuk dalam kereta. Aku nak masuk pula.” Qhair menarik Nora Maisara. Geram dengan drama adik bongsunya itu yang seakan tiada penghujung.
“Bencilah kau Qhair!” Bentak Nora Maisara.
“I hate you too.” Qhair tayang muka mengejek.
Plak! Nora Maisara menampar belakang kepalanya sebaik sahaja dia bersandar. Buat dia geram lagi. Dia duduk dekat tempat paling belakang, bolehlah balas dendam.
“Hati-hati bawa kereta kak,” pesan Arisha.
“Hm. Jaga diri kau baik-baik,” balas Ezzati.
Tangan dilambai membalas lambaian ahli keluarganya. Melihat kereta milik Ezzati hampir hilang dari perkarangan rumah Wan Khatijah, Arisha pusingkan tubuh untuk beredar. Namun langkahnya terhenti apabila seorang lelaki tercegat memandang ke arahnya.
Lelaki dekat kedai tadi.
Senyuman Arisha memudar. Mata terkedip-kedip, melihat ke arah tidak tentu. Janggal dengan keadaan itu. Satu patah bicara pun tak ada, tapi terus-terusan memerhatikan dia. Emangnya mau apa? Seram tau nggak?
Arisha berlari anak memasuki rumah Wan Khatijah melalui pintu dapur. Orang tak nak tegur, jangan berlama. Lari terus!
•••
Mi dimasukkan ke dalam mangkuk. Kemudian, diisi kuah serta ayam kukus yang sudah dicarik-carikkan isinya. Tidak hanya ada ayam, tetapi bahkan makanan laut serta daging. Ikutkan kemahuan pelanggan mahu yang mana satu. Mahu ketiga-tiganya pun boleh.
Mangkuk berisi mi sup diletak di atas dulang. Turut dihidang makanan bergoreng yang masih hangat.
“Meja hujung sekali. Nombor lapan,” bagitahu Fajar.
Ada restoran sendiri, ada pekerja sendiri. Restoran sentiasa penuh. Jika ketiadaan meja, ada juga pelanggan yang membungkus makanan dan makan di rumah. Kesedapan makanan di restoran Fajar terbukti dengan keramaian orang di restoran tersebut serta maklum balas positif daripada pelanggan.
“Ramainya orang. Restoran ni?” Soal Arisha.
Aqila angguk. “Ada tempat duduk. Cepat lari!” Aqila menarik lengan Arisha mengikutinya ke sebuah meja di luar restoran. Ada pelanggan yang baru beredar.
“Fuh dapat! Kalau lambat, tempat ni dah kena kebas dekat orang. Tempat ni sentiasa penuh. Buka hari sabtu, ahad, rabu dan khamis je. Dia buka waktu malam.”
“Ouh. Siang tak bukalah.”
“Ada buka juga. Hari jumaat. Tapi mereka tak jual masakan panas, mereka jual minuman, roti dengan kek aje.”
Arisha terangguk-angguk mendengar kata-kata Aqila. Tapi, apa yang membuatkan tempat ini menarik? Cantik memang cantik. Nampak macam sebuah restoran mewah. Meja bahagian luar restoran disinari lampu jingga manakala di dalam restoran disinari cahaya lampu putih.
“Kau pergi pesan makanan dulu dekat dalam. Bolehlah tengok-tengok apa yang kau nak makan,” ujar Aqila.
“Kau tak ikut sekali?”
“Aku tanda tempat. Kau ingat nombor meja ni bila kau pesan makanan. Kau pesankan mi sup seafood dengan jus mangga untuk aku tau. Aku malas nak masuk nanti. Hehe.” Aqila menyengih.
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Storie d'amore[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...