Kerusi ditarik lalu Fajar duduk. Memandangkan semua orang berada di dapur, bagitahu di dapur sajalah. Raut tenang, namun dia sebenarnya sedang gemuruh. Gemuruh menanti reaksi daripada Puan Rosna.
“Nak bagitahu apa hm? Macam serius je.” Ayu memulakan bicara. Sebelah tangan naik memaut bahu Fajar.
“Nek Uza tak datang?” Tanya Fajar. Dalam ramai-ramai orang, tidak terlihat figura nenek saudaranya itu.
“Ada ni. Nenek baru sampai. Terlewat sikit.” Ujar Nek Uza seraya melangkah masuk ke dalam. Tubuhnya masih lengkap memakai telekung solat. Di sisi, Melati turut berjalan bersama.
“Haa nak cakap apa? Semua orang dah ada dekat sini,” kata Ayu. Pandangan dikalih ke arah Fajar semula.
“Fajar nak tunang bulan depan.”
“Dengan siapa?” Fahim kerut dahi, tetapi bibir menguntum senyuman tak percaya. Tak ada bunyi apa-apa, dah ada calon. Terkejut juga dia.
“Dengan Arisha, cucu saudara Wan Khatijah.”
“Cikgu tu eh? Mak cik tak salah buat andaian ni. Tapi cepatnya nak tunang bulan depan,” ujar Ayu.
“Fajar dah pergi jumpa keluarga dia tiga hari yang lepas. Semua okey. Cuma… Fajar nak keluarga Fajar jumpa keluarga dia untuk kenal.”
“Dah bincang tarikh tunang baru bagitahu mak. Fajar selalu buat keputusan sendiri. Apa gunanya bagitahu mak sekarang?” Bicara Puan Rosna berjauh hati.
“Mak tahu keadaan Fajar macam mana. Fajar tak habis sekolah, susah membaca. Fajar tak nak kecewakan mak kalau Fajar tak dapat persetujuan daripada keluarga Arisha. Sebab tulah, Fajar pergi jumpa mereka dulu. Hal pertunangan ni nampak sedikit mendadak. Fajar dan Arisha tak pernah bercinta. Sekadar kenal mengenal untuk tahu keperibadian dan isi hati masing-masing.”
“Mereka setuju, mereka tahu keadaan Fajar?” Soal Puan Rosna. Kali ini dia menarik kerusi dan duduk. Lagaknya seperti tenang sahaja mendengar. Tiada lagi wajah galak, tak suka bahkan tak puas hati atau sedang marah.
“Tahu. Fajar dah terangkan semua pasal diri Fajar. Bapak Arisha cakap, kalau semuanya berjalan lancar termasuk hal pertunangan kami, siap rumah Fajar, kami boleh kahwin.”
“Bila rumah siap?”
“Agak-agak dalam dua bulan setengah lagi.”
“Dah tak lama. Nanti bawa mak pergi cari cincin. Ke dah cari?”
Fajar geleng. Dinding pipi digigit. Gembira mendengar nada Puan Rosna. Kedengaran lembut seakan mengambil berat. Setelah berbelas tahun, ini pertama kalinya.
“Arisha baik orangnya. Tak salah calon buat Fajar. Baguslah perkara ni dah sampai tahap ni. Nek Uza doakan yang baik-baik untuk Fajar. Moga dipermudahkan segala urusan. Bagitahu nenek kalau ada apa-apa Fajar perlukan,” ujar Nek Uza.
“Em.” Fajar angguk.
“Minggu depan aku bawa mak pergi jumpa keluarga Arisha. Bagi alamat dia dekat aku,” kata Fahim.
“Kalau mak nak pergi, nanti aku bagi alamat.”
“Bagilah alamat dekat Fahim. Tengok kalau-kalau boleh cuti, mak pergi.”
“Haa nanti opah pun pergi sekali. Arisha tak ada dekat rumah Wan Khatijah ke? Senyap je rumah Wan Khatijah beberapa hari ni. Pintu tak terbuka.” Ujar Wan Usma.
“Tak ada opah. Wan dengan Arisha balik kampung.”
“Oh! Patutlah.”
“Tunang bulan depan, kahwin dalam dua bulan lagi. Kita siapkan barang-barang hantaran sama-sama nanti kak.”
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...