BAB 17

263 18 9
                                        

Atas bawah Khairul melihat penampilan Fajar. Tangan naik mencekak pinggang. “Santai betul kau hari ni berkain pelikat.”

“Tak ada seluar nak tukar.”

“Tu baju tu. Lari tema. Apa hal pakai baju putih?”

“Mak cik aku salah bawa baju. Aku duduk rumah Nek Uza petang tadi.”

Khairul terangguk-angguk perlahan. Daripada kata-kata Fajar, dia tahu Fajar tak balik ke rumah. Tak balik ke rumah maknanya ada sesuatu terjadi. Kerana itu, dia tidak akan bertanya lebih.

“Dah waktu buka kedai. Ukael, kau dah panaskan sup?”

“Dah bos.”

Fajar beri thumb up. Dia sedikit terlewat hari ini. Nasib baik ada mereka membantunya. Mata memandang Ridzuan yang membuka pintu restoran seluas mungkin.

“Marilah kita mulakan kerja.” Bersemangat Khairul berkata. Punggung dilabuh di atas kerusi. Tunggu pelanggan datang dan tinggalkan pinggan mangkuk dulu.

Ridzuan juih bibir. Mulut kata nak mulakan kerja, tapi tuan badan duduk bersantai. Dia pun dua kali lima saja sebenarnya. Selagi pesanan tak masuk, selagi tu dia duduk bertenang. Mata memerhati seorang lelaki yang memasuki restoran. Tak pernah nampak sebelum ini. Pasti pelanggan baru.

Qhair kerut dahi. Mata memerhati ke arah barisan kek dan roti, kemudian dia pandang ke arah dapur. Kaunter dihampiri.

“Dekat luar ada gambar mi sup. Ada jual ke dekat sini?” Tanya Qhair.

“Ada encik. Encik boleh tengok dalam menu ni untuk masakan panas dan minuman. Untuk kek dan roti, encik boleh jalan-jalan tengok dekat situ.” Terang Aziz.

Qhair membelek kertas menu. Jari menunjuk makanan yang dimahukan. Selesai memesan, salah satu meja diduduk. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Sesekali mata memerhati pelanggan-pelanggan yang baru masuk ke dalam.

Tubuh disandar pada kerusi. Telefon dilekap pada telinga setelah mendail nombor Arisha. Tidak lama menunggu, panggilan berjawab.

“Hello kak.”

“Hm. Nak apa?”

“Kau kenal tak restoran Fajar's CafeRest?”

“Kenal. Kenapa?”

“Terima kasih,” ucap Qhair apabila Ridzuan menghidang makanan di atas meja. “Aku datang ni. Dah lupa jalan ke rumah tok su. Kau datang sini. Sambil-sambil tu teman aku makan.”

“Tunggu sekejap. Kau datang seorang ke?”

“Ha'ah seorang.”

“Haa tunggulah sekejap. Aku pergi ambil kau.”

Panggilan ditamatkan. Qhair menghirup sedikit kuah mi. Tunggu Arisha datang, mungkin dia dah habiskan mi sup dulu.

Motor diparkir. Aqila dan Arisha berlari anak memasuki restoran. Figura Qhair dicari. Jumpa sahaja, kerusi ditarik lalu mereka duduk.

“Pergilah pesan makanan dulu.”

“Aku tak bawa dompet. Makan dekat rumah jelah.” Arisha silang kaki. Berkain batik dia keluar dari rumah tadi. Keluar pun bawa telefon sahaja.

Qhair keluarkan dompet miliknya. Sekeping wang kertas bernilai 100 ringgit  dihulur membuatkan Arisha jungkit kening.

“Ambillah. Aku belanja. Duit bapak juga.”

“Ceit!” Huluran duit diambil. Pipi Qhair dicengkam perlahan lalu dipicit beberapa kali. “Baiknya….”

“Jom beli kek,” ajak Arisha. Tangan Aqila ditarik pergi.

UNTUK MENERIMA SEADANYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang