Seraut wajah Fajar dilihat. Anaknya itu masih belum menyedarkan diri. Tuala basah dicapai dan diperah. Setelah itu, tuala tersebut dibawa mengelap muka serta dada Fajar. Setiap 15 minit dia lakukan perkara tersebut, berharap agar suhu tubuh Fajar menurun kepada normal.
Rasa tak tenang dia sepanjang pagi ini. Fajar mempunyai sejarah demam sehingga hampir tak bernafas saat kecil. Kerana itulah dia berasa takut dan tak tenang.
“Macam mana mak? Suhu dia dah turun?” Tanya Fahim.
Puan Rosna geleng.
Getaran telefon di dalam poket seluar terasa. Fahim lekap telefon di telinga setelah melihat nama gerangan yang menelefon.
“Fahim. Fajar tidur ke? Dia tak angkat telefon.”
“Kawan kau pengsan. Ada dekat hospital ni.”
“Ha? Sakit apa?”
“Demam. Mak kata dia balik semalam memang dah demam. Subuh tadi tak sedarkan diri sampai sekarang. Doktor kata dia penat. Itu yang tak sedar sampai sekarang.”
“Hm mendapat dah. Aku duk bagitahu dia jangan kerja kuat sangat, tapi dia tak dengar. Aku nampak dia terganggu beberapa hari ni. Apa pasal tak tahu. Dia tak bagitahu.”
“Tak apalah. Nanti aku tanya dia.”
“Boleh melawat tak dia tu? Siapa yang jaga?”
“Petang nanti boleh rasanya. Sekarang mak aku yang jaga.”
“Rajin pula mak kau jaga dia. Ikhlas ke tak hah?”
“Kau nak tanya mak aku terus ke?”
Khairul mendecit. “Tak kuasa aku. Kau tak kerja ke?”
“Tak tahu lagi.”
“Hm apa-apa telefon aku. Kalau tak ada orang nak jaga Fajar, biar aku pergi sana.”
Fahim berdehem mengiakan. Panggilan ditamatkan setelah itu. Puan Rosna yang masih mengelap tubuh Fajar dilihat. Terbit senyuman di bibir. Gembira melihat Puan Rosna memperlakukan kembarnya seperti itu. Fajar layak mendapat kasih sayang daripada Puan Rosna.
“Mak. Nak balik tak?” Tanya Fahim.
“Mak nak tengokkan Fajar. Nanti mak telefon bos bagitahu mak tak datang kerja. Pergilah balik mandi dulu. Nanti nak masuk kerja pula.”
“Okey. Apa-apa nanti mak telefon Fahim eh.”
Puan Rosna angguk. Kerusi ditarik lalu dia duduk. Tangan menyentuh tangan Fajar untuk merasa haba. Masih terasa kuat panasnya.
•••
Mata dicelik, kemudian dipejam semula. Terasa sakit dan berat kepalanya saat ini. Mata dicelik kembali lalu dia memandang sekeliling. Tiada sesiapa di sekelilingnya melainkan pesakit-pesakit yang terlantar tanpa penjaga di sisi. Mungkin penjaga ke suatu tempat untuk seketika.
Fajar terbatuk beberapa kali. Sebotol air di atas laci kecil bersebelahan katil dipandang. Fajar gagahkan diri untuk mengubah posisi kepada duduk. Separuh jalan dia mengah dek kerana sakit yang menyerang kepala. Terasa satu tangan memegang bahu dan belakang tubuh, Fajar menoleh.
“Sekejap mak naikkan kepala katil.” Puan Rosna bergegas ke hujung katil. Bahagian kepala katil dinaikkan. Bantal diletak di belakang Fajar seraya membantu Fajar duduk bersandar.
“Nak air?” Tanya Puan Rosna.
Fajar angguk. Diteguk sedikit air dengan bantuan Puan Rosna. Mata tidak lepas memandang seraut wajah Puan Rosna. Dia tengah mimpi atau apa sekarang? Makin pelik akan sikap Puan Rosna.
![](https://img.wattpad.com/cover/373124936-288-k644425.jpg)
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[COMPLETE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kal...