Aiskrim digigit sedikit. Melati toleh memandang Arisha dan Fajar yang berjalan di belakang sekilas. Malas nak kacau. Biar mereka berbual. Dia hanya menemani. Ada di sekeliling pun dah memandai. Asalkan dapat aiskrim, Fajar yang belanja. Pakejlah dapat jalan-jalan.
Kaki menyentuh air pantai. Masih terasa sejuknya memandangkan waktu pagi. Melati melompat kecil. Melihat Fajar dan Arisha duduk di bawah teduhan pokok, dia pun boleh berhenti berjalan-jalan. Main airlah pula.
Awal membuat keputusan untuk menetap bersama Fajar, ingatkan kehidupan dia akan jadi membosankan. Sangkaan dia meleset jauh. Dengan sikap Fajar yang dia baru faham dan kenal, rasa bahagia berlipat kali ganda dirasakan berbanding saat di rumah sendiri. Fajar beri dia rasa selamat dikala jauh dari pandangan mata kedua orang tua.
“Kau nak pakai cincin jenis macam mana? Nanti aku nak pergi cari dengan mak.”
“Yang simple. Nanti senanglah saya nak pakai bila-bila masa.”
“Yang ada berlian besar tak nak ke?”
“Agak-agak kalau saya tumbuk muka orang waktu pakai tu, berlubang tak?”
Fajar hambur tawa. “Kau terjangkit perangai Nora Maisara ke nak tumbuk orang?”
Arisha angkat bahu sesaat. “Awak nampak macam cepat rapat dengan adik-beradik saya. Saya ingatkan awak jenis tak mudah bergaul dan rapat dengan orang baru kenal.”
“Peranan tu kena ada sebenarnya. Mereka bakal jadi keluarga aku. Aku cuba sebaik mungkin untuk jadi macam salah seorang ahli keluarga. Kena kenal dan jadi mesra. Aku tak sangka semua adik-beradik kau sporting. Mereka layan aku macam dah kenal lama. Aku rasa selesa.”
“Alhamdulillah. Erm Fajar. Saya nampak sikap mak awak dekat awak semalam memang baik sangat. Opah awak cakap, mak awak jaga awak tanpa pejam mata pun sepanjang pagi kemarin. Setiap jam lap badan awak sebab nak turunkan suhu. Kembar awaklah bagitahu opah awak. Awak dah berbaik dengan mak awak eh?”
“Aku pun tak tahu. Lepas aku bagitahu pasal kahwin tu, mak aku berubah jadi macam tu. Aku ingatkan mak aku tertukar aku dengan Fahim. Yalah, nada percakapan mak aku tu rasa lain. Mak aku tak marah aku atau cakap benda-benda yang buat aku terasa. Tapi mak aku cakap, dia tak tertukar aku dengan Fahim. Sampai sekarang aku hairan kenapa.”
“Perkara dah lama sangat. Mungkin mak awak nak berbaik dengan awak. Awak anak dia. Ikatan ibu dan anak tu kuat walau bagaimana pun teruk hubungan korang. Ambil peluang ni untuk jernihkan hubungan awak dengan mak awak.”
“Aku tak berani nak ambil apa-apa langkah Arisha. Aku takut aku tersilap langkah sampai keadaan berbalik jadi macam dulu. Jadi, sekarang aku cuma mampu berlagak macam biasa je.”
“Tak apalah. Kalau awak tak ambil insiatif pun, hubungan mak awak dengan awak tetap akan jernih perlahan-lahan. InsyaAllah. Asalkan mana-mana pihak tak ada yang tabur bara.”
“Aku harap macam tu. Sejak dulu aku harap mak aku berbaik dengan aku. Tunjuk sikap baik, anggap aku sama rata dengan Fahim. Cakap pun guna nada lembut. Sekarang doa tu seakan terkabul, tapi aku pula takut.” Fajar tertawa kecil seraya menunduk di akhir kata.
Arisha terdiam. Dia faham apa yang Fajar sampaikan. Fikiran lelaki itu sarat, hati lelaki itu was-was memikir keadaan sehingga rasa takut timbul. Diri tidak terbiasa dengan sikap Puan Rosna.
“Aku tak nak fikir sangat pasal perubahan sikap mak aku sekarang. Tak nak bagi diri harapan yang aku mungkin takkan dapat.”
“Saya faham. Baguslah kalau awak tak nak fikir sangat. Sekurang-kurangnya awak tak saratkan fikiran dengan bermacam andaian. Kalau tak, stres nanti. Biar perkara yang terjadi jadi dengan sendirinya perlahan-lahan.”
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...