Habis sahaja sesi bergambar pelbagai hadiah yang keluarga Zafran dan Aina berikan.
Belum lagi masuk kawan-kawan mereka.
Damia, Ayu, Zulaikha dan rakan-rakan mereka yang lain menuju ke arah Aina dan Zafran dengan senyuman.
"Congrats my friend! Semoga hubungan kau orang kekal sehingga ke jannah" ujar Zulaikha sambil menghulurkan hadiah nya.
"Terima kasih Zuu" kata Aina pula.
"Nah ini hadiah untuk kau by the way nanti kalau ada apa-apa masalah waktu si Zaf ni tak ada call je" ucap Damia pula.
Satu per satu rakan-rakan Aina memberikan hadiah begitu juga dengan Zafran kawan-kawan turut hadir pada hari ini.
"Zafran, Aina nanti kamu berdua tidur dekat hotel tau dengan kawan-kawan kamu sebab rumah dah penuh" ujar abah memberitahu.
Majlis persandingan mereka telah tamat sekarang mereka semua akan ke hotel untuk menunggu majlis Amni pula pada hari esok.
"Baik bah" kata Zafran mereka berdua terus bergerak ke hotel yang berdekatan dengan rumah nya.
"Ehm.. Wey kita kena ikut dia orang berdua ke?" tanya Amni.
"Haah.. Sebab dia aku pun tak tahu yang aku tahu abah dengan mama Zaf dah pesan dekat kita" balas Damia pula yang datang dari arah selatan kami.
Tiga buah kereta yang kami naiki jika bilik pula dibahagikan kepada 5 bilik 3 bilik perempuan manakala 2 sahaja bilik lelaki.
Damia, Zulaikha dan Ayu memilih untuk satu bilik manakala Danisha, Dania dan Mursyidah pula satu bilik Aini, Imani dan Amni juga satu bilik.
Para lelaki seperti Afifitri, Ikmal, Aisar dan Heykal satu bilik dan 4 orang yang lain satu bilik.
"Wey Zuu jom order Foodpanda aku lapar ni" ujar Damia kepada Zulaikha.
"Boleh jugak tu.. Kita order sekarang aku pun nak pergi tanya terus lah tanya Amni, Dania, Danisha dengan kawan-kawan kita yang lain" kata Zulaikha pula dia keluar dari bilik untuk ke bilik sebelah.
"Eh.. Mana Damia mana Zuu?" tanya Ayu yang baru sahaja keluar dari bilik air itu.
"Dia pergi tanya jiran sebelah nak makan apa dia nak order" balas Damia abis berjalan masuk ke arah bilik air untuk mandi.
Ayu mengangguk sementara itu Zulaikha juga sudah kembali ke bilik.
"Dah siap dah?" tanya Ayu apabila melihat Zulaikha yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.
"Sudah nanti dia hantar dekat depan bilik kita" balas Zulaikha pula sambil tersenyum.
Damia yang baru sahaja keluar dari bilik air itu terus membaringkan badan nya dia sudah pun kepenatan.
"Berapa lama lagi makanan nak sampai aku dah lapar ni" kata Damia sambil mengulingkan badan nya ke kiri dan ke kanan.
"Sabar ye dia kata dah sampai dah tinggal tunggu nak hantar dekat bilik je" ujar Zulaikha pula.
Ayu dan Damia mengangguk kami merasa pelik kerana penghantar makanan itu kata makanan sudah pun sampai tetapi tiada pada kami bertiga.
Akhirnya Zulaikha memutuskan untuk bertanya.
"Assalamualaikum bang saya nak tanya kenapa makanan kami tak sampai lagi?" tanya Zulaikha dari dalam panggilan.
"Waalaikumsalam.. Sorry dik saya tersalah hantar pula dekat bilik 234 padahal bilik tu sepatut nya 224 maaf ye" serba salah penghantar makanan itu dibuatnya.
"Eh.. Tak pe bang lagi pun itu bilik kawan saya nanti saya pergi lah ambil" kata Zulaikha sambil mengakhiri panggilan itu.
____
Sedangkan di sisi Zafran dan Aina mereka berdua sedang bergilir-gilir mandi sambil membuka hadiah yang diberikan oleh kawan-kawan mereka.
"Ehm.. Awak buka lah dulu hadiah tu saya pergi mandi sekejap" ucap Aina sementara Zafran dia menoleh lalu mengangguk.
Satu per satu hadiah yang dia buka tetapi hadiah yang didapatkan oleh Amni dan Zulaikha agak lain.
Baju yang tidak cukup kain itu dikeluarkan bersama sebuah cadar.
'Haih.. Zuu nasib kau lain bilik kalau tak memang aku dah ucapkan terima kasih sebab faham aku' bisik hati Zafran dia tidak ingin berkata dengan, nada berbisik takut kantoi.
"Carino dah siap ke mandi tu?" tanya Zafran sambil tersenyum nakal.
"Sudah kejap saya keluar" balas Aina dari dalam bilik air.
Zafran pula dia terus masuk ke dalam bilik air apabila Aina selesai mandi.
Selesai pakai baju Aina melihat baju yang diberikan oleh Zulaikha membuatkan dia ingin melarikan diri sekarang.
"Apa yang awak tenung baju tu hm?" soal Zafran.
"Ehm.. Kenapa tak pakai seluar lagi ni pergi pakai seluar sekarang" arah Aina walaupun dalam hati dia sudah gugup.
Zafran menurut dia hanya memakai seluar tanpa memakai baju terlihatlah sixpack yang terbentuk di bahagian perut Zafran.
Seketika dunia seperti berhenti berputar.
"Kenapa tak pakai baju" ujar Aina.
"Tak pakai sebab nanti panas" balas Zafran dengan selamba nya sambil menyuruh Aina berbaring di sebelah nya.
Zafran dia hanya baring di atas katil dan berpura-pura tidur sedang kan Aina yang tidak tahu apa-apa hanya tidur dengan aman.
Sebelum Aina memejam kan mata nya pengikat rambut dibuka oleh nya terlebih dahulu.
Manakala Zafran yang melihat itu terus bangun dari baring nya dan memeluk Aina dari belakang sehingga mereka berdua baring bersama-sama.
Damia, Zulaikha dan Ayu berjalan ke arah bilik Afifitri, Ikmal Aisar dan Heykal.
Tiba di sana kami bertiga terus mengetuk pintu dan memberi salam manakala orang yang membuka pintu tanpa rasa malu keluar tanpa berbaju hanya memakai seluar sahaja.
"Astaghfirullah" beristighfar kami bertiga disitu.
Ambil sahaja makanan tanpa menoleh kami pergi dari situ.
"Asal seriau doh lalu sini tadi dah bala dah" kata Ayu sedang dua orang di sebelah nya muka mereka sudah merah seperti ketam akibat kejadian tadi.
"Woi!" jerkah Ayu melihat kawan-kawan nya mengabaikan nya.
"Ayu nanti kau lah pergi hantar makanan aku dengan Damia rasa macam nak demam pula" ujar Zulaikha sambil berlari ke bilik.
Ayu mengangguk pasrah padahal dia tahu sebenarnya apa yang membuatkan kawan-kawan nya begini.
"Haih.. Naya lah aku sorang-sorang dari aku sorang-sorang kenapa tak pergi bilik Amni nanti eh boleh aku cerita pasal tadi hehehe" ujar Ayu sambil berjalan ke bilik Danisha, Dania dan Mursyidah.
"Assalamualaikum saya ditugaskan sebagai penghantar makanan" ucap Ayu yang berada di depan bilik.
"Waalaikumsalam okay terima kasih Ayuyu" kata Dania yang mengambil makanan itu.
"Bye saya nak pergi bilik sebelah yee" ujar Ayu lagi sambil berjalan ke bilik sebelah.
"Assalamualaikum!" ucap Ayu dengan agak kuat.
"Waalaikumsalam kau hantar makanan kan terima kasih aku memang tengah lapar ni" ujar Amni pula yang tengah membuka pintu.
"Aku nak masuk boleh nak bercerita" kata Ayu dengan semangat.
"Boleh je jom" ajak Amni pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomansaDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...
