BAB 40

249 6 0
                                        

"Kenapa kau orang bawak kita orang pergi ni?" pelik Damia sambil bertanya.

"Sebab kita orang tau yang kau orang berdua ni masih malu kan dengna dorang" balas Aisar.

Dan semua itu membuatkan Damia dan Zulaikha tersenyum.

"Supporting nye lah sepupu aku ni" serentak Damia dan Zulaikha berkata.

"Mestilah untuk sepupu aku apa je tak boleh.. Tapi aku ada satu permintaan dekat kau" ujar Aisar.

"Apa tu? asal kau jangan melebih-lebih eh!" pesan Damia terlebih dahulu.

"Ehm.. Aku-"

Belum habis ayat nya terus di potong oleh Fadlan.

"Dia nak minta tolong kau tanya dekat Imani apa yang dia suka!" kata Fadlan tanpa mengira yang Aisar sudah pun geram kerananya.

"Eh.. Kau ni memandai je!" ucap Aisar tidak puas hati.

Walhal memang itu yang ingin di tanya oleh nya.

"Okey.. Boleh je no problem kan Zuu" ujar Damia dia sudahpun mempunyai rancangan yang sesuai.

"Betul tu.. "

Laju sahaja Zulaikha menyahut seruan itu.

"Kalau macam tu kita orang pun nak minta tolong" kata Fadlan dan Rafael tiba-tiba.

"Apa pula kau orang nak minta?" tanya Zulaikha.

"Hm.. Minta tolong korang selesai kan cepat kes Farris!" tegas sahaja kata-kata Fadlan.

"Baik kita orang akan cuba rungkaikan siapa dalang sebenar" masing-masing mula memasuki mod serius mereka menuju ke pangkalan dan terpaksa menghantar Rafael balik ke rumah terlebih dahulu.

Tadi mereka mendapat panggilan bahawa Farris sudah dapat dijejak oleh pasukan IT.

Setiba nya di pangkalan Aisar terus turun untuk memasuki kawasan bangunan yang sememangnya khas untuk bahagian IT.

"Macam mana? Dekat mana terakhir dia berada?" tanya Aisar tanpa berkata apa-apa lagi selain keberadaan Farris.

"Last kami jejak dia berada di Hulu Langat tuan" balas anggota IT itu sambil menarik hormat Aisar serta kami bertiga.

"Baik.. Lapor sentiasa perkembangan aku akan bergerak ke Hulu Langat dengna Fadlan dulu..
Damia, Zulaikha maaf korang tak boleh ikut sebab korang aku tugaskan untuk berada di sini pantau pergerakan dia dan jaga keselamatan kesemua kawan-kawan kita!" arah Aisar arahan adalah arahan maka mereka perlu tunaikan.

"Baik tuan!" ujar Zulaikha dan Damia serentak sambil menarik Aisar sebagai ketua pasukan mereka.

Serentak dengan itu Aisar dan Fadlan terus menghilang dari pandangan mata.

Damia dan Zulaikha memutuskan untuk kembali ke rumah dan berehat lagi pun sudah pasti nya esok mereka akan kembali sibuk.

Di sisi Amni dan Adip mereka berdua memilih untuk pulang kerana majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada petang dan malam ini.

Pada petang hari akan diadakan akad nikah manakala malam diadakan persandingan mereka jadi mungkin malam itu mereka tidur lambat la jawabnya.

"Kita terus gerak rumah saya ke?" tanya Amni.

"Haah.. Kita gerak terus kenapa nak singgah mana-mana dulu ke?" tanya Adip kembali selepas menjawap soalan daripada Amni.

"Hmm.. Tak ada kita balik terus la" balas Amni perjalanan itu hanya senyap tanpa percakapan lagi.

The First Loves Zafran Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang