Rumit

14 3 0
                                        

          Pada keesokan harinya, seperti yang aku risaukan, awal pagi lagi Dato' Bakri dan Datin Soraya sudah menyerbu Benji di biliknya. Nasib baik aku sempat lari dan menyorok di sebalik ruangan tangga yang tersembunyi itu. Aku hanya memasang telinga saja cuba mencuri dengar setiap perbualan yang berlaku di dalam bilik itu. Walaupun aku tak nampak apa yang sedang berlaku, tetapi aku boleh bayangkan betapa tegangnya suasana di dalam bilik itu.

          "What happened, Benjamin? Papa dah kata kan jangan pernah keluar daripada kediaman ni?" soal Dato' Bakri. Suaranya kedengaran sangat tegas. Tetapi aku tak dengar sebarang jawapan pun yang keluar daripada mulut Benji. Aku cuba merapatkan lagi telinga aku dengan pintu itu supaya aku boleh dengar dengan lebih jelas lagi.

          "We are just worried about you, Benjamin. Kalau jadi apa-apa dekat Benjamin nanti siapa yang susah?" ujar Datin Soraya pula dengan pelat Britishnya itu. Tetapi suaranya kedengaran lembut saja.

          "You both are worried about me? Selama ni tak pernah kesah pun pasal Benjamin. Tak pernah peduli pun Benjamin sihat ke atau dah mati ke. Sekalipun tak pernah jejakkan kaki dekat kediaman ni. Sekarang baru nak kisah pasal Benjamin?" balas Benji dengan penuh sinis. Aku yang dengar daripada jauh ni pun terasa bulu roma aku naik tegak.

          "Apa yang Benjamin cakapkan ni? Papa dan mama sangat ambil berat pasal Benjamin. Tak semestinya papa dan mama tak datang menjenguk Benjamin bermaksud kami tak ambil peduli. Kami sibuk mencari duit demi Benjamin dan Brian jugak" balas Dato' Bakri pula.

          "Oh, sibuk. Hari ni tak sibuk dah lah? Tu yang boleh datang jenguk Benjamin kan?" perli Benji. Dato' Bakri dan Datin Soraya terdiam.

          "You have nothing to worry about. I am long dead in this world. Semua orang dah tak ingat pun siapa Tuan Benjamin" sambung Benji lagi. Suaranya kedengaran sinis tetapi entah mengapa hati aku merasa sangat sedih mendengar katanya itu.

          "Kami buat semua ni untuk kebaikan Benjamin. Kami harap sangat Benjamin faham" kata Datin Soraya seperti sedang memujuk Benji. Aku tak pernah lagi jumpa orang yang suka memanipulasi ayat seperti Dato' Bakri dan Datin Soraya. Tiba-tiba aku rasa geram pula.

          Apa maksud Dato' Bakri dan Datin Soraya yang mereka berdua buat semua itu untuk kebaikan Benji? Mengurung anak sampai bertahun-tahun itu baik? Cakap anak dah mati padahal anak masih hidup dan sihat itu baik? Meninggalkan anak sendirian tanpa secebis kasih sayang seorang ayah dan mak itu baik? Aku pun tak faham dekat mana yang baiknya kelakuan mereka itu. Tetapi siapa lah aku untuk bercakap lebih. Aku hanyalah orang luar saja.

          Selepas itu, aku terdengar bunyi tapak kaki Dato' Bakri dan Datin Soraya mula berjalan keluar meninggalkan bilik Benji itu. Beberapa minit kemudian, aku pun keluar daripada ruangan tangga tersembunyi itu. Aku berjalan ke arah Benji yang sedang duduk termenung saja di sofa biliknya itu. Hati aku terasa sayu memandang raut mukanya. Dia hanya tertunduk saja memandang lantai. Aku pun mula duduk di sebelahnya.

          Aku tak reti macam mana nak pujuk orang sangat. Jadi, aku hanya duduk diam saja sambil tangan aku menggenggam kuat tangan Benji. Tiba-tiba aku rasa tangannya menggenggam semula tangan aku. Benji hanya tersenyum saja memandang aku. Lalu, aku pun tersenyum kembali padanya. Selepas itu, dia sambung termenung semula. Buat masa ini, aku tak nak tinggalkan Benji keseorangan. Aku nak temankan dia. Tak kesah lah berapa lama pun masa yang dia ambil untuk berfikir pada ketika itu, aku akan duduk saja di sampingnya.

          Bagi aku, kadang-kadang apa yang kita nak hanyalah untuk ada seseorang saja di samping kita. Yang sudi untuk menemani kita pada waktu kita bersedih. Tiada kata pun yang perlu diungkapkannya. Sudah cukup orang itu ada dengan kita, kita sudahpun berasa tenang. Kerana terkadang itu, kehadiran seseorang itu lebih menenangkan daripada kata-kata pujangga. Dan itulah apa yang sedang aku lakukan sekarang ini untuk Benji. Aku cuba untuk ada dengannya.

          Aku mula merenung ke luar tingkap bilik Benji itu. Cuaca di luar hari ini kelihatan sangat mendung. Langit pula kelihatan sangat gelap. Hari seperti nak mula hujan. Langit pun seperti faham saja dengan perasaan Benji yang kesedihan itu. Sedang aku merenung ke luar tingkap itu, tiba-tiba pintu bilik Benji terbuka daripada luar. Aku terus memandang ke arah pintu bilik itu.

         "Long time no see brother" ujar si pendatang itu memecahkan kesunyian. Benji pun tersentak daripada lamunannya dan berkerut-kerut memandang si dia.

          "How is life? Oh, lupa kau dah mati" ujar si dia sambil ketawa besar. Entah mengapa mendengar ketawanya itu menyakitkan telinga aku.

          "Kau nak apa datang sini, Brian?!" soal Benji dengan suara yang tegas. Rupanya si dia adalah Tuan Brian. Mukanya tak sama langsung dengan Benji ataupun Datin Soraya. Dengan muka Dato' Bakri pun tak sama. Sebab itu aku tak dapat menangkap mukanya daripada awal.

          "Saje. Nak tengok macam mana orang yang hidup dalam bayangan" jawab Tuan Brian masih lagi ketawa besar. Apa yang kelakar pun aku tak tahu.

          "Siapa yang hidup dalam bayangan sekarang ni? Setahu aku, kau yang hidup dalam bayangan aku. Seronok ke hidup guna nama orang?" balas Benji pula dengan penuh sinis. Tuan Brian terus terdiam dan berhenti ketawa.

         "Kalau setakat lukisan macam sampah lepastu curi nama orang, tak perlu kot kau nak melalak dekat sini" sambung Benji lagi. Aku pula yang terasa pedih mendengar kata-kata Benji yang cukup kasar itu.

          "Diamlah! Kau tak layak pun nak cakap lukisan aku macam sampah!" jerit Tuan Brian. Bergegar satu bilik Benji yang seluas alam itu. Matanya nampak merah seperti sedang menahan marah.

          "Kau tu muka cacat macam hantu, ada hati nak jadi pelukis! Semua orang jijik lah tengok muka kau!" sambung Tuan Brian lagi. Darah aku mula menyirap mendengar katanya itu. Terus aku bangun berdiri.

          "Tuan Brian merepek apa ni?! Muka tak ada kaitan pun lah dengan bakat melukis! Tuan Benjamin memang hebat pun melukis. Sebab tu semua orang suka tengok lukisan Tuan Benjamin" ujar aku tiba-tiba mencelah. Suara aku terketa-ketar. Aku sudah tak tahan lagi mendengar Tuan Brian cakap benda buruk pasal Benji. Tuan Brian terkejut memandang aku. Benji pula menarik tangan aku untuk duduk semula.

          "Tak payah layan orang gila macam ni. Buang masa je" ujar Benji kepada aku. Orang gila yang dimaksudkannya itu adalah Tuan Brian.

          "Apa kau cakap?! Siapa orang gila?!" jerit Tuan Brian. Dadanya naik turun menahan marah.

          "Sudah lah, Brian. Kau pergi balik je lah. Apa lagi kau nak dalam hidup aku? Aku dah takde apa-apa dah pun. Semuanya kau dah dapat. Apa lagi yang tak cukup?" kata Benji. Suaranya masih lagi tegas.

          Setelah mendengar kata-kata Benji itu, Tuan Brian pun berlalu pergi meninggalkan aku dan Benji. Dia berjalan sambil menghentakkan kakinya. Sakit telinga aku mendengar bunyi tapak kasutnya yang kuat itu. Apabila hilang kelibat Tuan Brian itu, barulah bilik itu kembali tenang. Suasana di luar sungguh gelap. Guruh kedengaran berdentum di langit. Hujan pun mula turun membasahi bumi. Aku dan Benji masih lagi duduk di sofa bilik Benji itu. Kami berdua hanya diam saja sambil berpegangan tangan dan tenggelam dalam fikiran masing-masing.

          Keadaan keluarga Benji sangat rumit. Aku pun tak tahu sampai bila Benji nak kena hadap semua ini. Aku yang baru pertama kali hadap ni pun sudah terasa penat. Apatah lagi Benji yang sudah hadap kerumitan ini bertahun-tahun lamanya. Aku memandang muka Benji. Mukanya nampak kosong saja. Dia masih lagi termenung. Entah apalah yang sedang difikirkannya sekarang ini.

          Walaupun muka Benji nampak kosong saja tetapi aku tahu segala perasaan sedang menjengah di hatinya. Selama aku kenal Benji, dia memang jarang sekali bercakap pasal perasaannya. Dia seorang yang suka simpan dan pendam seorang diri. Aku risau lambat laun perasaan yang dipendamnya itu akan memakan dirinya sendiri. Tak lama selepas itu, barulah Benji bagitahu aku yang dia nak mandi. Lalu, aku pun bangun daripada sofa itu dan mula menjalankan tugasan aku setiap pagi.

          Apabila aku turun saja ke dapur untuk mengambil sarapan pagi, semua pekerja kelihatan sibuk bercerita tentang Dato' Bakri, Datin Soraya dan Tuan Brian yang tiba-tiba datang menyerbu kediaman itu pagi tadi. Mesti mereka semua terkejut sebab selama ini Dato' Bakri, Datin Soraya dan Tuan Brian tak pernah jejakkan kaki sekalipun di kediaman itu. Aku mencari-cari kelibat Encik Shuib. Tak silap aku tadi semasa Dato' Bakri dan Datin Soraya menyerbu Benji di dalam bilik, Encik Shuib juga turut sama ada di dalam bilik itu walaupun dia hanya diam saja sepanjang perbualan tiga beranak itu. Sekarang Encik Shuib hilang entah ke mana. 

BenjiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang