Sedih

12 3 0
                                        

          Sejak daripada hari itu, Benji langsung tak bercakap dengan aku. Kalau aku cuba tegur nak bercakap dengan dia pun, dia buat tak layan saja aku. Kalau aku ajak dia makan pun, dia tak nak makan dengan aku. Aku pun pelik. Aku ada buat salah ke dengan dia? Kenapa dia marah sangat dengan aku? Aku berasa sedih sebab diabaikan sebegitu. Setelah sekian lamanya aku tak merasa perasaan kena abai macam itu. Entah mengapa aku rasa nak menangis pula.

          Beberapa hari selepas itu, aku terserempak dengan Encik Shuib di ruang tamu tingkat bawah. Ketika itu aku baru saja bersiap awal pagi untuk naik ke bilik Benji dan memulakan kerja aku seperti biasa. Sudah sekian lamanya aku tak nampak kelibat Encik Shuib. Aku perasan yang Encik Shuib kelihatan sangat kurus berbanding sebelum ini. Encik Shuib kelihatan seperti sangat keletihan dan tak cukup rehat. Aku pula yang risau melihat keadaan Encik Shuib itu. Encik Shuib berjalan menghampiri aku.

          "Budin, mulai hari ni kamu dah tak perlu bekerja lagi dengan Tuan Benjamin. Kamu boleh mula bekerja mengikut jadual baru kamu" kata Encik Shuib sambil menghulurkan sehelai kertas jadual kepada aku. Aku terkedu. Entah mengapa hati aku seperti berkecai apabila mendengar arahan daripada Encik Shuib itu.

          "Kenapa pulak Encik Shuib? Saya ada buat salah ke?" soal aku dengan suara yang sedih.

          "Buat sementara ni, Budin ikut je jadual kerja ni dulu ye" balas Encik Shuib seperti menghiraukan soalan aku.

          "Tuan Benjamin ke yang suruh saya berhenti bekerja dengan dia?" soal aku lagi masih tidak berputus asa untuk mendapatkan jawapan yang aku nak.

          "Saya hanya menjalankan tugas saya je" balas Encik Shuib. Lalu, dia berjalan pergi meninggalkan aku. Mata aku mula berkaca. Aku sangat faham dengan apa yang dimaksudkan Encik Shuib itu.

          Dengan hati yang berkecai, aku pun berjalan pulang semula ke bilik aku. Kalau ikutkan jadual baru itu, aku sepatutnya mula bekerja dalam masa satu jam lagi. Jadi, aku pun baring termenung di atas katil aku. Sampai hati Benji buat aku macam ni. Apa salah aku? Tiba-tiba saja dia nak membuang aku daripada hidupnya. Aku tak perasan yang air mata aku sudahpun jatuh berjurai membasahi pipi aku.

          Sebenarnya aku masih lagi keliru. Apa yang terjadi sekarang ni? Kenapa pula aku yang patut menangis? Aku tahu aku tak buat salah apa pun. Aku pun mula mengelap air mata aku dengan lengan baju aku. Benji itu yang salah sepatutnya. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja nak membuang aku daripada hidupnya. Tanpa penjelasan dan asbab pulak itu. Benji dasar pengecut! Tiba-tiba saja aku rasa sangat marah dengan Benji.

          Selepas itu, aku mulakan hari aku mengikut jadual baru aku. Aku cuba lalui saja hari aku seperti tiada apa yang berlaku. Aku menyibukkan diri aku dengan kerja mengemas dan mencuci. Pada waktu malam pula, aku menulis tanpa henti. Kadang-kadang aku sampai tak cukup tidur. Sedar tak sedar, sudah sebulan lebih berlalu. Walaupun aku cuba macam mana sekalipun, aku tetap tak boleh berhenti fikirkan pasal Benji. Aku masih lagi rasa marah dan sakit hati dengan apa yang dia buat dekat aku. Aku rasa tak adil dia buat aku macam orang bodoh sebegitu. Aku tersentak daripada lamunan aku apabila Kenit turun daripada katilnya dan duduk di sebelah aku.

         "Kau okey tak, Budin? Lately aku tengok kau asyik tidur lambat je. Kau ada masalah ke?" soal Kenit sambil memandang aku. Aku ingatkan dia sudahpun tidur tadi.

          "Aku okey je. Cuma aku penat sikit dengan kerja" jawab aku menipu. Aku tak tahu dengan siapa aku patut meluahkan perasaan sedih aku itu. Tetapi aku tahu Kenit bukanlah orang yang sesuai.

          "Faham. Kalau penat, rehat lah tau" balas Kenit sambil tersenyum kepada aku. Aku pun turut tersenyum membalas senyumannya sambil menganggukkan kepala aku.

         "Budin.... Kita orang tinggal seminggu je lagi nak kerja dekat sini. Nanti kau kena selalu jaga diri kau tau" kata Kenit. Aku tersentak.

          Aku baru teringat yang Kenit, Abu dan Alang sudahpun menghantar surat mereka untuk berhenti kerja. Bila teringat yang mereka bertiga nak berhenti dah tak lama lagi, aku menjadi bertambah sedih. Mereka juga merupakan kawan-kawan aku. Mereka lah antara orang-orang yang sudi nak berkawan dengan aku walaupun aku dulu tak banyak sangat bercakap. Nanti tinggal aku seorang saja di bilik itu bila mereka bertiga berhenti kerja. Tiba-tiba aku rasa nak menangis pula.

          Dulu aku tak kisah pun kalau aku hanya seorang diri saja. Sebab memang daripada kecil lagi aku sudah terbiasa ditinggalkan seorang diri. Tetapi sekarang aku sudah mula terbiasa hidup dengan kawan-kawan aku. Aku berasa sangat sedih apabila kawan-kawan aku nak tinggalkan aku. Tambah lagi Benji pun dah tak nak berkawan dengan aku dah sekarang. Aku seorang diri saja sekarang ini. Mata aku mula berkaca. Tetapi sedaya upaya aku cuba menahan air mata aku daripada terjatuh.

          "Nanti kau pun jaga diri tau, Kenit. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku" balas aku dengan suara yang perlahan. Kenit hanya tersenyum memandang aku.

          "Kau pun! Terima kasih sebab menjadi kawan aku" balas Kenit pula. Aku dan Kenit bersembang panjang malam itu. Sampaikan kami berdua tidur lewat malam itu. Nasib baik esok merupakan hari cuti aku.

          Pada keesokan harinya, Pak Ali dan Pak Ajis datang melawat aku. Aku rasa sangat gembira setelah sekian lamanya tak berjumpa dengan mereka berdua. Aku memeluk Pak Ali dan Pak Ajis sekuat hati aku bagi melepaskan rindu aku. Mereka berdua hanya tersenyum sambil memeluk aku semula dengan erat. Entah mengapa aku mula menangis sekuat hati aku apabila Pak Ali tanya keadaan aku. Pak Ali dan Pak Ajis terkejut memandang aku.

          "Kenapa Budin menangis ni, nak? Siapa buat Budin?" soal Pak Ali dengan penuh risau.

          "Siapa yang berani buat Budin ni? Biar Pak Ajis pukul dia" soal Pak Ajis pula dengan nada suara seperti marah.

          "Takde siapa pun buat Budin. Budin sedih sikit je sebab dah lama tak jumpa pak cik dengan Pak Ajis" jawab aku cuba menipu. Aku mengesat air mata aku sambil menarik nafas panjang cuba menenangkan diri aku sendiri.

          "Tu lah kau, Ali. Aku dah kata dah kita kena melawat Budin setiap hari. Tengok dia dah sedih" ujar Pak Ajis cuba mengusik aku. Pak Ali mencubit lengan Pak Ajis sambil menjeling Pak Ajis.

          "Kalau Budin ada masalah, Budin kena cerita dekat kami tau, nak. Jangan pendam sorang sorang. Nanti Budin yang sakit, nak" ujar Pak Ali cuba memujuk aku. Tangannya mengusap belakang badan aku dengan lembut. Sekarang aku sudah terlalu tinggi untuk Pak Ali dan Pak Ajis mengusap kepala aku. Sebab mereka sudah tidak sampai lagi untuk mengusap kepala aku.

          Setelah dipujuk berkali-kali oleh Pak Ali dan Pak Ajis, barulah aku mula membuka cerita. Aku ceritakan segala apa yang telah berlaku di dalam kediaman itu. Selama ini pun, aku memang sering bercerita kepada mereka berdua pasal Benji. Jadi, hari itu aku ceritakan kepada Pak Ali dan Pak Ajis pasal apa yang telah berlaku selama ini. Daripada pasal perancangan aku membawa Benji keluar daripada kediaman itu sehinggalah pasal Dato' Bakri, Datin Soraya dan Tuan Brian datang menyerbu Benji di dalam kediaman itu. Aku juga memberitahu mereka berdua pasal Benji tiba-tiba tak nak berkawan dengan aku lagi. Pak Ali dan Pak Ajis hanya setia saja mendengar semua cerita aku.

BenjiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang