Bab 3

791 24 1
                                    

Dengan wajah yang tiada mood, Adli keluar dari staff room. Dia menyelesaikan tugasnya sementara rakan-rakan yang lain membuat cleaning. Sepanjang berada di loading bay, dia asyik memikirkan tentang diskripansi yang dilakukannya. Dia benar-benar tidak berpuas hati. Dia yakin dia tidak bersalah. Sangat sangat yakin bukan dia yang melakukan diskripansi itu. Adli siap pernah tweet lagi, yang berbunyi 'BUKAN AKU YANG BUAT SHORT LA K***K!', menunjukkan yang dia memang yakin bukan dia yang buat. "Takpe, kejap lagi dia panggil aku masuk manager room, tau la apa aku nak cakap," kata Adli sejurus sebelum lori penghantar tiba. Dalam masa 10 minit, dia dan abang-abang delivery naik semula ke concourse level di mana letaknya outlet mereka. Sepanjang pagi, Adli langsung tidak pandang muka Miss Yu Yang. Rasa meluat yang terlampau terhadap perempuan Korea itu sukar dibendung. Dua tahun dia bekerja. Sudah tiga kali manager bertukar. Adli tidak pernah rasa benci bekerja di situ. Kerana Miss Yu Yang, dia berubah dari seorang yang ceria kepada seorang yang masam saja mukanya.
    "Kenapa monyok je pagi ni? Senyumlah sikit. Tak masuk rezeki nanti," tegur Aishah, antara yang rapat dengan Adli di tempat kerja. Adli sekadar mampu tersenyum paksa kerana tidak mahu Aishah terasa jika dia membalas kata-kata gadis itu dengan jelingan tajam. Dia berjalan menuju ke arah bahagian seluar seperti yang dikehendaki dalam jadual tugasannya. Sambil melipat seluar yang sudah barai dikerjakan customers, Adli memikirkan tentang masa depannya.
    "Sampai bila nak kerja lipat baju?" itu soalan yang sentiasa diajukan kepadanya baik dalam kalangan ahli keluarga mahupun rakan-rakan seperjuangan. Jika orang lain meluat dengan pertanyaan bila mahu kahwin menjelang Hari Raya, Adli lebih meluat dengan pertanyaan sampai bila nak kerja lipat baju. Baginya, dia ada hak untuk melakukan apa saja yang dia mahu. "Biarlah aku nak kerja lipat baju sampai mati pun. Kau susah apa? Aku lipat baju je, gaji aku RM2250 tau!" kadang-kadang Adli membalas itu kepada mereka yang bertanya. Dan kebiasaannya mereka akan terus terdiam. "Tau pun takut," Adli sengaja memprovok mereka semula namun mereka akan kebiasaannya terus menikuskan diri.
    Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, Adli asyik memikirkan tentang soalan yang sering diajukan kepadanya. Sampai bila nak kerja lipat baju? Ya. Sampai bila nak kerja lipat baju? Kau ada degree kot. Kau sepatutnya jadi manager, bukannya kuli batak semata-mata. Adli sedang bertarung dengan suara-suara jahat dalam kepalanya. Yang cuba meracuni fikirannya dengan perkara-perkara negatif. Sekaligus menariknya masuk ke dalam lautan depresi di mana Adli akan akhirnya menyalahkan diri sendiri atas apa yang telah berlaku. Sebelum fikirannya hanyut dibawa arus, dia pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kembali fokus menyambung kerja. Sesekali dia datang ke cashier counter membantu Bieb yang keseorangan saja pada syif pagi. Ada juga rasa takut kalau-kalau dia secara tidak sengaja mengakibatkan diskripansi. Namun Adli cuba untuk tidak melakukan kesilapan. Dia mengira wang yang diterima sebaik mungkin. Lima kali bagi memastikan jumlahnya mencukupi. Dia mengamalkan tips baca Bismillah seperti yang diajar oleh Madi sewaktu dia baru saja belajar menjadi kashier dulu. Insya-Allah tiada diskripansi akan berlaku.
    Usai membantu Bieb, Adli berjalan lemah menuju ke arah fitting room. Disebabkan foot flow pagi itu tidak sesibuk hujung minggu, ramai yang sekadar berjalan menjaga kaset masing-masing dalam keadaan yang relaks. Tidak perlu mempercepatkan gerak langkah sehingga menyemputkan diri sendiri. Pagi itu, Aishah menjaga fitting room dengan Mijie. Adli masuk ke dalam fitting room untuk berbual-bual dengan Aishah sementara mengambil seluar yang sudah dicuba oleh customers tapi tak jadi beli. Aishah yang sejak pagi tadi concern melihat wajah monyok Adli datang mendekati.
    "You okey tak ni?" tanya Aishah, tahu yang Adli sebenarnya tak okey.
    "Okey," seperti yang sudah dapat diagak, Adli menipu.
    "Betul ni?" tanya Aishah.
    "Ya. Korang dua orang je pagi ni? Petang siapa jaga?" Adli sengaja menukar topik. Aishah mencebik bibirnya kerana Adli cuba menyembunyikan sesuatu. Bukanlah dia terasa hati Adli tidak mahu berkongsi masalah dengannya cuma dia tidak mahu masalah yang melanda Adli memberi efek kepada orang-orang di sekeliling. Menjadikan keadaan sedikit tegang. Aishah mahukan Adli yang ceria seperti selalu. Yang sering menghiburkan hatinya ketika dalam kebosanan mahupun ketika dihimpit kesedihan. Namun, nampak gayanya Adli bukanlah seperti Adli yang dikenalinya pada hari itu.
    "Khalili dengan Nura," Mijie menjawab kerana dia terperasan Aishah seperti tidak mahu memberi respons. Adli sekadar menganggukkan saja kepalanya. Dia tahu Aishah terasa hati dengannya yang tidak berperangai seperti biasa. Namun, dia enggan memanjangkan sengketa mereka dan menambahkan lagi ketegangan. Dia yang merancang untuk berbual dengan Aishah tadi sekadar datang mengambil seluar yang sudah dilipat semula oleh Mijie. Sewaktu dalam perjalanan keluar, Adli sempat mendengar Mijie bercerita dengan Aishah tentang teman lelakinya. "Laki aku kena transfer dekat UK, nok."
    Adli tersenyum seorang diri mendengar cerita Mijie itu. Dia tidak dapat mendengar habis. Mukadimahnya saja sudah cukup menghiburkan hati. Tiba-tiba Adli teringat tentang sahabat lamanya, Naeem. Lembut-lembut juga seperti Mijie namun tidaklah sampai ber-nok-nok dengan orang. Naeem merupakan insan pertama yang ditemuinya ketika hari orientasi di UiTM Melaka. Mereka ditakdirkan untuk tinggal sebilik selama dua semester setengah. Ketika berada di semester ketiga, Naeem tinggal dengan rakan-rakan lembutnya yang lain kerana mahukan keselesaan. Semenjak itu, hubungan Adli dan Naeem sudah tidak rapat. Mereka semakin renggang sehingga sudah tidak sependapat lagi. Adli merasakan Naeem semakin terbawa-bawa dengan gejala tidak bermoral sungguh pun Adli sendiri melakukan perbuatan terkutuk tanpa pengetahuan sesiapa (tetapi yang penting bukan dengan lelaki). Mereka berdua bergaduh ketika berada di semester keempat. Mereka langsung tidak pernah cuba untuk memulihkan persahabatan masing-masing sehinggalah tamatnya pengajian mereka di peringkat diploma. Bila masuk degree di UiTM Shah Alam, Adli terkejut mendapat tahu dia dan Naeem adalah rakan sekelas. Pada mulanya, keadaan sedikit awkward. Naeem langsung tidak mahu memandang muka Adli. Adli cuba untuk menegurnya namun Naeem seperti endah tak endah. Hubungan mereka kembali okey ketika Adli sedang bercuti di Georgetown. Naeem yang kebetulan berada di situ tiba-tiba menghubungi Adli.

TerbangWhere stories live. Discover now