Adli masuk ke dalam store ketika rakan-rakannya yang lain sedang beratur untuk clock-in. Dia memberi ucapan selamat tengah hari kepada semua yang berada di situ. Mereka membalasnya dengan teruja. Sewaktu sedang menyimpan begnya di dalam locker, Adli didatangi oleh Raja. Serta-merta Adli tersengih. Dia tahu dia berhutang penjelasan dengan Raja. Untuk tidak memanjangkan lagi sengketa, Adli memberitahu Raja perkara sebenar.
"Sorry-lah mat pasal semalam. Kakak kau buat hal la."
"Aku tak marah pun sebenarnya. Aku just nak kau luahkan perasaan kau. Jangan simpan. Apa guna? Aku kan ada?" terang Raja, membuatkan Adli rasa tersentuh.
Adli menepuk-nepuk bahu Raja. "Aku mintak maaf okey?"
Dan mereka pun berdamai. Raja turut meluahkan rasa tidak puasnya hati terhadap Miss Yu Yang. Raja sendiri tidak tahu sejak bila Uniqlo ada peraturan baru. Tak masuk akal langsung! "Dia saje je tu nak kenakan kau," Raja menjadi batu api.
"Aku tau. Dia bukannya suka aku. Dari dulu lagi dia dah aim aku," kata Adli sambil memuncungkan bibir.
Adli dan Raja kemudian sama-sama clock-in dan bersedia untuk team talk yang bakal dikelola oleh Diyana. Sekejap tadi Adli terperasan Atika dipanggil oleh Miss Yu Yang untuk masuk ke dalam manager room. Kenapa? Atika ada buat diskrepansi ke? Adli membiarkan dirinya terus berteka-teki.
"Okey, stand straight. Smile."
Semua mula berdiri tegak. Senyuman diukir biarpun secara terpaksa. Kedua-dua tangan diletakkan pada perut. Team talk akan bermula.
"Good afternoon, everyone!" Diyana mengetuai ucapan selamat tengah hari.
"GOOD AFTERNOON!!!!" semua mengikut.
"HELLO, WELCOME TO UNIQLO!"
Staf-staf noon shift keluar dari team talk dalam keadaan bersedia untuk memberi layanan terbaik kepada para pelanggan yang datang ke kedai mereka. Masing-masing berjalan menuju ke arah kaset yang telah ditetapkan. Six points error dibetulkan. Bakul di-offer kepada pelanggan yang memegang barang Uniqlo. Staf-staf morning shift keluar dari sales floor untuk berehat selama satu jam. Begitulah setiap kali pertukaran syif antara pagi dan juga petang.
Adli menjaga Women's 3 pada hari itu. Dia bersyukur kerana ditempatkan di kaset yang paling susah untuk dijaga bersama Emma. Emma seorang yang rajin dan tidak mudah hilang dari kaset yang sudah ditetapkan. Emma akan sentiasa ada di situ memastikan kasetnya berada dalam keadaan yang baik. Adli tersenyum kerana Women's 3 tidak barai. Emma menjalankan tugasnya dengan sempurna.
"Adli, aku code one tau!" kata Emma sebelum masuk ke dalam staff room.
Adli membiarkan Emma pergi. Dia menyambung semula kerjanya. Sambil melipat baju, dia berteriak "Welcome to Uniqlo" kepada pelanggan-pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai.
Sedang asyik menyusun semula barang-barang markdown dalam wagon, Adli ternampak Atika keluar dari staff room dengan satu senyuman yang jarang dapat dilihat pada wajah gadis itu. Hairan. Buat diskripansi pun boleh tersenyum lagi? Adli pelik. Takkanlah sebab diskripansi? Mesti ada sebab lain ni. Adli meninggalkan wagon tadi dan berjalan menuju ke arah Atika.
"Oi!" Adli menepuk bahu Atika. "Asal weh?"
Senyuman Atika yang terkuntum sejak tadi semakin kembang mekar. Adli jadi semakin tidak keruan. Atika tidak pernah senyum sebegitu. Pasti ada sesuatu yang terjadi dalam manager room tadi. Tidak lain dan tidak bukan.
YOU ARE READING
Terbang
AdventureAdli menyangka selepas dia memiliki segulung ijazah, dia mampu menyara keluarganya dengan gaji yang lumayan. Namun, dia terkandas kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan. Pertemuan semula dengan sahabat lama telah membuka ruang kepada...