Bab 51

205 11 1
                                    

                 

"Aku nak pinjam beg kau boleh tak?" Raff bertanya kepada Adli ketika mereka baru saja clock out. Jam virtual pada skrin PC menunjukkan pukul 6:45 petang.

            Adli membuka tag namanya sambil berkata, "Beg aku yang mana?"

            "Backpack yang kau pernah bawak pergi Penang dulu," jawab Raff, berharap sangat agar Adli akan meminjamkannya beg itu. Cuti kedua-dua mereka sudah pun di-approve oleh Miss Yu Yang. Adli akan ke Cherating sementara Raff akan ke Indonesia.

            Adli berfikir sejenak. Sebenarnya dia mahu menggunakan beg itu untuk ke Cherating. Memang kalau bercuti mana-mana, Adli akan membawa beg itu bersama. Permintaan Raff itu seperti sukar untuk ditunaikan. "Mana pergi beg kau? Kenapa tiba-tiba nak pinjam beg aku? Selama ni kau bercuti pakai beg siapa?"

            Raff hanya tersengih, seperti tahu Adli akan bertanya padanya macam-macam. "Adik aku dah hilangkan. Sekarang ni aku dah takde beg."

            Adli dan Raff waktu itu sudah berada di lorong locker dalam staff room. Masing-masing mula mengambil barang peribadi seperti handphone dan juga wallet.

            "Aku nak pakai beg tu pergi Cherating nanti," kata Adli, serba-salah pula dibuatnya.

            "Aku tau. Tapi kau pergi Cherating je kan? Takkan nak pakai backpack besar-besar?" Raff seperti tidak mahu mengalah. Masih mahu juga Adli membenarkannya meminjam beg itu.

            Adli berfikir lagi. Berat sungguh rasa hatinya untuk melepaskan beg kesayangannya. "Kawan-kawan kau yang lain tak ada beg ke?"

            "Kawan-kawan aku semua akan ikut aku pergi Flores." Raff menjawab sambil menyarung beg Under Armour miliknya dan menghampiri Adli. "Bolehlah, Adli. Ya?"

            Adli menghela nafas panjang. Dia mencebikkan bibir. "Okey."

            Raff tersenyum girang. Tidak pernah Adli nampak Raff segembira itu. "You're my best-est friend in Uniqlo!"

            "Banyaklah kau punya best friend. Beli ole-ole untuk aku nanti." Adli sengaja meminta buah tangan biarpun dia tidaklah berharap mana kerana dia tahu Raff pergi ke sana untuk bercuti, bukannya untuk membeli-belah.

            "Beres! Bila kau nak bawak beg tu?" tanya Raff lagi. Mereka kini sedang duduk dalam staff room. Adli tidak merancang untuk pulang ke rumah lagi. Dia mahu menandatangani dokumen-dokumen penting sebagai seorang retail associate di Uniqlo.

            "Kenapa pulak aku kena bawak beg tu? Kaulah datang rumah aku, amek beg tu," marah Adli. Dah bagi betis, nak paha pula dia.

            "Ala, rumah kau jauhlah, Adli. Lagipun harini aku ada macam-macam benda nak settle. Lusa aku nak fly dah. Kau bawak esok, boleh?" pinta Raff.

            Adli mengeluh lagi. Makin lama, makin naik lemak pulak si budak ni. Getus hati Adli. "Yelah, yelah. Apa-apalah Raff. Esok aku bawak."

            "Yeay! Macam nilah member." Raff bangun dari duduknya dan bersedia untuk pulang ke rumah. Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia menoleh ke arah Adli.

            Kelihatan Adli masih tekun menandatangani dokumen-dokumen penting seperti jumlah jam dia bekerja untuk beberapa hari yang lepas dan sebagainya.

            "Adli, aku nak tanya something dekat kau, boleh?"

            "Apa lagi?" Adli menaikkan dagunya memandang Raff yang tidak jadi pulang tiba-tiba. Raff kembali duduk menghadap Adli. Seperti ada soalan serius yang ingin ditanya. Waktu itu, ramai morning shifts yang sudah pulang ke rumah. Hanya Adli dan Raff yang bekerja lebih masa.

            "Kenapa lately kau macam nampak down, ya?"

            Adli mengerutkan dahinya mendengar pertanyaan Raff itu.

            "Kau jangan salah faham. Aku cuma concern. Kau nampak lain sekarang, Adli. Kau nampak tak happy kerja dekat sini. Kenapa, ya?"

            Adli tidak menyangka Raff akan bertanya padanya tentang emosinya bila di tempat kerja. Nampak sangat ke dia dah lain? Ah, mungkin ya. Dia dah jarang senyum sekarang. Adli akui semua itu. Memang dirinya kini sudah berbeza dengan dirinya yang dulu. Dia sudah kehilangan semangat untuk bekerja di tempat itu. Malah dia sendiri merancang untuk berhenti kerja kerana terlalu penat. Sebagai seorang graduan yang memiliki segulung ijazah, Adli rasa dia seperti merendahkan diri sendiri bekerja di sebuah pusat membeli-belah pakaian. Dia mahu juga jadi eksekutif seperti kawan-kawannya yang lain. Tapi...

            "Entahlah, Raff. Kau pun tau dari dulu sampai sekarang, aku nak jadi manager Uniqlo, kan? Aku sanggup jadi full-timer ni pun atas cadangan Ito-San dulu. Dia kata, dalam masa yang singkat, Insya-Allah aku boleh naik jadi manager. Tapi sekarang, dah berapa bulan aku convert, nak di-upgrade jadi team leader pun susah." Adli mengadu nasibnya.

            Raff setia mendengar.

            "Aku bukannya apa weh. Penat-penat aku habiskan masa aku belajar lima tahun, takkan macam ni nasib aku? Aku malu dengan kawan-kawan aku yang lain. Gaji diorang semua banyak. Gaji aku ni, nak beli kereta pun terketar-ketar tangan nak keluar duit. Mungkin orang boleh cakap duit bukan penjamin kebahagiaan tapi apa yang diorang faham dengan erti kebahagiaan? Setiap orang ada kehendak dan keperluan masing-masing. Semuanya perlukan duit. Dan aku tak tahan tengok nasib aku yang macam ni. Haih."

            Buat seketika, kedua-dua mereka langsung tidak bersuara. Adli tidak menyangka dia akan meluahkan segala-galanya kepada Raff. Padahal boleh saja dia sembunyikan perkara sebenar. Buat apa orang lain nak tahu? Namun mungkin disebabkan dia sudah tidak tertanggung lagi menahan rasa sakit, akhirnya Adli meluahkan juga. Dengan sahabat yang tidaklah seberapa rapat dengannya jika hendak dibandingkan dengan Naeem.

            "Adli..." Raff bersuara.

            Adli memandang redup wajah Raff.

            "Kau tau tak kau ada potensi untuk naik sebenarnya?"

            Adli tersenyum mengejek. Potensi? Pfft! Potensi yang tak ada orang nampak.

            "Aku serius ni. Kalau betul kau nak jadi manager, work hard for it. Janganlah give up hanya kerana dia tak upgrade-kan kau. Kau buktikan dekat dia yang kau boleh. Prove to her that you're a worthy manager candidate. Ni tidak. Kau selalu datang lambat, haritu ada absent. Tak dapat upgrade, terus morale down. Padahal semua tu ujian untuk kau. Dia nak tengok sejauh mana kau betul-betul nak jadi manager. Itu je."

            Adli terdiam. Dia menundukkan wajahnya.

            "Kalau kau tanya aku, aku sumpah rasa kau memang ada potensi untuk pergi lagi jauh. Cuma kau sorang je boleh buktikan. Come on, Adli. If this is really what you want, to be a manager, then prove it. Only you can prove it." Raff mengakhiri kata-katanya sebelum bangun dari tempat duduknya tadi.

            "Aku harap, kau tak terasa dengan nasihat aku ni. Manalah tau, kot-kot aku tak sempat nak bagi nasihat ni dekat kau," kata Raff sebelum berlalu keluar dari staff room itu.

            Adli masih lagi di situ menyerap masuk segala yang diperkatakan Raff tadi. "Thanks, Raff."

TerbangWhere stories live. Discover now