Bab 6

501 24 1
                                    

Adli duduk menghadap Ito-San yang sedang meneliti resumé-nya. Sesekali Adli mengalihkan pandangan mata ke arah setiap penjuru ofis kecil milik lelaki yang merupakan orang kuat Uniqlo di Malaysia. Begitu simple. Tidak terlalu serabut. Cukup minimalis. Adli dapat rasakan dia seperti berada di salah satu ruang pamer IKEA. Tiba-tiba dia teringin menikmati bebola daging. Dia memegang perutnya yang sejak tadi asyik berkeroncong. Sengaja dia tidak bersarapan kerana takut perutnya meragam. Kebiasaannya bila dia bersarapan, pasti proses pencernaan berlaku dengan pantas. Dia tidak mahu terkentut-kentut ketika sedang bersemuka dengan Ito-San. Adli terkenal dengan bau kentutnya yang busuk. Kalau dia kentut senyap-senyap pun, baunya pasti akan mengundang pelbagai masalah. Adli tidak mahu di-reject oleh Ito-San hanya kerana dia terkentut dalam ofis lelaki itu. Jadi, lebih baik dia menahan diri dari bersarapan. Akibatnya, dia kelaparan. Cepatlah habis interview ni, Adli berdoa di dalam hati.
    "So, Adli..." Ito-San akhirnya selesai meneliti resumé Adli.
    "Yes, sir?" Adli membetulkan posisi duduknya biar tampak profesional dan bersungguh-sungguh.
    "You want to apply for manager position in Uniqlo Malaysia?" Ito-San bertanya dalam accent bahasa ibundanya, Bahasa Jepun.
    "Yes, sir."
    Ito-San mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memikirkan sesuatu. Mungkin sedang menyusun ayat supaya tiada grammatical error dilakukan ketika berbicara dengan Adli nanti. Biarpun pada hakikatnya, orang Jepun mana peduli tentang grammar, vocabulary atau apa saja yang berkaitan. Asalkan si pendengar faham, sudah cukup bagi mereka.
    "We used to have this UMC (Uniqlo Manager Candidate) Programme..." kata Ito-San.
    Adli dapat rasakan yang dia tidak akan suka dengan apa yang bakal didengarinya selepas ini.
    "But we don't hire anymore. We have enough managers in Malaysia."
    Bagai hendak luruh jantung Adli mendengar kata-kata Ito-San itu. Dia yang memang bercita-cita ingin menjadi seorang manager di salah satu dari banyak cawangan Uniqlo di Malaysia hilang keselesaan untuk duduk seperti seorang profesional selepas mendengar kata-kata Ito-San tadi. "Why? I thought this company always looking for a manager."
    Ito-San serba-salah. Dia cuba memikirkan cara untuk memujuk Adli. Bukan dia tidak mahu mengambil Adli menjadi manager. Dia mengalu-alukan kehadiran Adli. Namun, program UMC yang telah banyak melahirkan manager Uniqlo di Malaysia sudah dimansuhkan. Baru saja dimansuhkan sebenarnya. Adli sudah terlambat. Program itu dimansuhkan kerana jumlah manager di Malaysia yang sudah mencukupi. Selepas ini, peluang untuk menjadi manager dibuka kepada semua staf Uniqlo yang bermula dari bawah.
    "How come I never heard of this news before?" tanya Adli, masih lagi tidak berpuas hati. Dia pelik kerana tiada siapa yang memaklumkan kepadanya tentang pemansuhan program UMC. Termasuk rakan-rakan sekerjanya. Adakah mereka tahu tapi buat-buat tak tahu? Atau mungkin mereka memang tak tahu?
    "We just abolished it. I don't think everyone knows about the abolishment. I am so sorry, Adli," kata Ito-San yang simpati melihat kekecewaan di wajah Adli. Sebenarnya, Ito-San dapat lihat potensi yang ada dalam diri Adli. Dia tahu Adli calon yang sesuai untuk menjadi seorang manager. Malah, Adli sendiri sudah mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat itu sebagai seorang part-timer. Tentunya dia lebih memahami persekitaran kedai serta polisi syarikat yang tidak perlu lagi diajar seperti manager yang kosong pengetahuan mereka tentang syarikat itu. Namun, apalah daya. Program UMC telah dimansuhkan.
    "I am so disappointed, Ito-San..." Adli tanpa rasa segan silu meluahkan kekecewaannya. Dia menakup mukanya kerana tidak tahan menanggung rasa sedih, marah dan kecewa yang bercampur-baur. Ingin saja dia meraung namun dia tahu itu tidak sepatutnya dilakukan. Lebih-lebih lagi di hadapan lelaki yang dihormatinya.
    "How about you start from zero?" Ito-San mencadangkan. "Apply to work as a full-timer at your store. Every three months, take an evaluation test. And then get yourself upgraded. I've seen people upgrade as UMC in a very short time. Two to three years and you can be a manager."
    Adli cuba bersikap rasional dan mempertimbangkan cadangan Ito-San itu. Betul juga kata Ito-San. Adli boleh mula dari bawah semula. Tidak ada salahnya mula dari bawah. Lagipun, banyak benda yang dia sudah tahu. Jadi, tidak susah untuk dia upgrade setiap tiga bulan. Dan dalam masa dua tahun, dia mungkin menjadi seorang manager seperti yang dikehendakinya.
    "What say you?" tanya Ito-San.
    Adli tersenyum lebar. Ito-San turut sama tersenyum. Adli tidak perlu menjawab. Ito-San sudah tahu apa jawapan yang akan Adli berikan. Mereka saling berpandangan dan terus tersenyum sehingga menampakkan baris gigi masing-masing yang putih. Dalam kepisangan itu, entah bagaimana Adli boleh terkentut di hadapan Ito-San. Bunyinya kuat. Baunya juga cukup menyeksakan. Mungkin bekas makan malam Adli semalam. Senyuman kedua-dua mereka terus mati di situ.

TerbangWhere stories live. Discover now