Adli menunggu kemunculan Hamnet di hadapan pintu masuk Uniqlo Suria KLCC. Dia merengus kencang kerana sudah menunggu lebih dari 10 minit. Sedangkan dia sudah memaklumkan kepada Hamnet bahawa dia sudah pun habis kerja. "Celaka punya Hamnet. Mana kau pergi?" tanya Adli sambil mengerling ke arah jam tangannya sekali lagi.
"Tak balik lagi?" tanya Raja yang baru keluar dari kedai tu.
Adli menggelengkan kepalanya. "Aku tunggu member aku."
"Okey. Chow!" kata Raja sebelum menyarungkan topi kaledarnya dan berlalu pergi.
Adli mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mahu menghubungi Hamnet sekali lagi. Tak boleh jadi ni. Aku malas nak tunggu lama-lama. Kalau lambat sangat, aku balik dulu. Itu rancangan Adli.
"Adli!" tiba-tiba kedengaran suara Hamnet dari Typo.
Adli pantas menoleh. Dia terkejut melihat Hamnet sedang melambai-lambai ke arahnya dengan seseorang yang sangat dikenali-Naeem!Naeem, Adli dan Hamnet duduk mengadap muka masing-masing di Starbucks Coffee Avenue K. Siapa sangka tiga orang yang bermusuhan satu ketika dulu dapat duduk bersama dalam keadaam santai? Naeem memberitahu Adli bahawa dia terserempak dengan Hamnet ketika sedang membeli cookies di Famous Amos tadi. Hamnet yang mula-mula menegurnya. Naeem tidak menyangka Hamnet benar-benar sudah berubah. Memang betul apa yang Adli katakan. Hamnet yang dulu bukan Hamnet yang sekarang. Mereka terus duduk melepak bersama dan menyorot memori ketika berada di Lendu. Naeem telah meminta maaf kepada Hamnet kerana membencinya dulu. Hamnet juga turut melakukan perkara sama. Adli gembira kerana mereka bertiga dapat duduk bersama dan berdamai seperti yang sepatutnya.
"Kalau Afiq ada ni, mesti lagi best!" kata Hamnet yang ada kalanya mendesis kepedihan ekoran dari luka kemalangannya dengan Adli semalam.
Bercakap tentang Afiq, Adli terus teringat tentang mesej yang dihantar kepada sahabatnya itu di Facebook. "Semalam aku ada hantar Facebook IM dekat Afiq," kata Adli sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Adli kecewa kerana Afiq masih belum membalas mesejnya itu.
Naeem dan Hamnet faham maksud di sebalik reaksi wajah Adli.
"Dia tak online kot. Nanti kalau dia online, dia balaslah tu." Naeem memujuk.
Adli menganggukkan kepala tanda setuju.
"Apa kata kalau kita pergi rumah dia nak? Dia tinggal kat Pahang kan?" Hamnet memberi cadangan.
Cadangan yang agak menarik. Mereka boleh sama-sama roadtrip ke Pahang. Tentu menyeronokkan! Memang Adli ada terfikir untuk mencari Afiq namun dia tidak bersungguh kerana malas hendak ke sana seorang diri. Disebabkan Hamnet sudah mencadangkan idea itu, Adli setuju 100%.
"Tapi aku susah nak mintak cuti," kata Naeem, mencebikkan bibir.
"Aku pun..." Adli baru teringat yang bukan senang untuk dia minta cuti. Lebih-lebih lagi dia sendiri mempunyai attendance problem.
"Ala takpelah, apply dulu. Kita pergi masa korang boleh pergi." Hamnet menenangkan kawan-kawannya.
Adli dan Naeem bersetuju. Mereka janji akan sama-sama apply cuti esok. Lepas ataupun tidak, itu belakang cerita. Yang penting sekarang mereka memang dah setuju untuk ke Pahang supaya dapat berjumpa semula dengan Afiq. Rasa tidak sabar pula rasanya kerana mereka bertiga masing-masing dambakan adventure. Selain dapat melarikan diri dari kesibukan kota, mereka boleh mengeratkan lagi silaturrahim. Dengan Hamnet yang sudah tidak lagi annoying seperti dulu, Adli dan Naeem yakin mereka tidak akan menyesali roadtrip terancang itu.
"Kita buat group WhatsApp nak?" Naeem mencadang.
"Boleh jugak. Aku create sekarang." Adli terus menjadi admin group itu.
LKR 2105 is created.
"Nanti kalau Afiq dah balas IM kau, kau mintak nombor dia. Masukkan dia sekali dalam group tu." Hamnet memberi cadangan.
Adli menganggukkan kepala. Hatinya semakin tidak sabar untuk bertemu dengan Afiq yang memang paling lama tidak berjumpa. Hilang khabar terus. Apa agaknya yang Afiq tengah buat sekarang? Sambung belajarkah? Ataupun sudah bekerja? Setahu Adli, keluarga Afiq ada perniagaan sendiri. Mereka ada sebuah restoran di Cherating. Mungkin Afiq sedang sibuk menguruskan bisnes keluarganya itu. Maklum sajalah, Afiq pun anak sulung. Jadi tentu sekali tanggungjawab harus dipikul demi menyara keluarga. Tiba-tiba Adli teringat tentang keluarganya pula. Tidak lama lagi ibunya akan berpindah ke Setia Alam untuk tinggal dengan adiknya. Namun itu tidak akan mematahkan semangat Adli untuk terus memasukkan sedikit wang dalam akaun Tabung Haji Analiza. Apa pun yang terjadi, dia akan tetap menghantar ibunya mengerjakan haji satu hari nanti. Dia tidak akan berputus asa. Dan bercakap tentang putus asa, Adli teringat tentang kerja yang Hamnet beritahu semalam.
"Net, apa cerita bisnes pak cik kau? Kau dah tanya dia?"
"Bisnes apa ni?" Naeem mencelah.
"Adalah. Sibuk je." Adli enggan memberitahu.
"Ala cakap jelah. Dengan aku pun nak berahsia," marah Naeem.
"Pak cik aku ada buat bisnes." Hamnet yang menjawab.
Naeem jadi berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
"Dia macam jual produk kecantikan. Untuk lelaki dan perempuan. Untuk kulit, tenaga batin, semua tu. Dia nak kembangkan bisnes. Buat masa ni, dia guna sosial media je. Tapi aku cadangkan yang dia kena guna direct selling jugak supaya lagi banyak untung boleh buat. So dia plan nak bukak kiosk kat mana-mana tempat yang murah sewa dia. Tengah cari orang untuk jaga kiosk tu." Hamnet bercerita panjang lebar.
Soalan pertama yang bermain dalam fikiran Naeem, "Besar ke gaji dia?"
Adli menjeling. "Kenapa kau tanya macam tu?"
"Kau nak kerja dengan pak cik Hamnet kan?" tanya Naeem, untuk kepastian.
"A'ah. Kenapa?" Adli dapat rasakan Naeem tidak bersetuju dengan keputusan Adli itu. Pergi mampuslah. Hidup aku, bukan hidup dia.
"Berapa gaji dia, Hamnet?" Naeem tahu Adli akan terus menjadi defensive. Jadi lebih baik dia tanya Hamnet terus.
"Dalam RM1800 sebulan. Tapi boleh dapat lebih kalau banyak buat sale," jawab Hamnet, tenang biarpun seperti diprovok oleh Naeem.
"RM1800 je? Biar betul kau ni Adli? Gaji kau kat Uniqlo sekarang pun lagi mahal tau!" Naeem membebel.
"Biarlah. Kau sibuk kenapa? Aku yang nak kerja, bukan kau!" marah Adli.
"Eh, relakslah. Kita nak chill chill je. Tak yah la serius sangat." Hamnet bertindak untuk menenangkan.
Adli dan Naeem terus mendiamkan diri. Ada jugak yang bergaduh lagi ni agaknya. Mujur ada Hamnet. Berkali-kali Hamnet cuba menjernihkan suasana. Soal bisnes, dia dan Adli akan berbincang sendiri nanti bila mereka berdua saja.
Keadaan jadi pishang seketika buat mereka bertiga. Setelah berfikir secara rasional, Naeem meminta maaf kepada Adli kerana cuba menyibuk urusan hidupnya. "Aku bukannya apa, Adli. Aku kesian dekat kau. Aku tau kau tengah desperate sekarang. Dan mungkin jugak kau sebenarnya emosi dengan bos kau. Sebab tu kau amek keputusan terburu-buru ni," kata Naeem.
Surprisingly, Hamnet turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Naeem itu. "Aku pun rasa kau kena fikir dalam-dalam pasal benda ni. Aku tak nak nanti kau menyesal, Adli. Kau fikir masak-masak dulu, ya? Offer still stands by the way." Hamnet gave Adli his assurance.
Anak mata Adli teralih pada satu susuk tubuh yang baru masuk ke dalam Starbucks itu. Pantas dia menundukkan muka dan menikuskan diri. Naeem dan Hamnet terkejut bila Adli seperti mahu menyembunyikan diri dari seseorang. Mereka menyorot pandangan Adli. Kelihatan seorang wanita Korea sedang membuat pesanan di kaunter.
"Itu ke manager kau?" tanya Naeem.
Adli mengangguk-anggukkan kepalanya sebelum menutup kepala dengan hoodie sweater-nya.
Naeem dan Hamnet hanya mampu tersenyum. Mereka faham. Adli mesti tidak mahu bertemu dengan manager-nya itu. Kalau dia nampak Adli nanti, mereka terpaksa berpura-pura untuk berbual dan tersenyum-senyum sedangkan dalam hati masing-masing penuh perasaan benci. Jadi lebih baik Adli menyembunyikan saja dirinya dari pandangan Miss Yu Yang.
"Aku paling tak nak jumpa dengan dia buat masa sekarang..." kata Adli sebelum terus menikuskan diri sambil diperhatikan oleh Hamnet dan Naeem.
YOU ARE READING
Terbang
AdventureAdli menyangka selepas dia memiliki segulung ijazah, dia mampu menyara keluarganya dengan gaji yang lumayan. Namun, dia terkandas kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan. Pertemuan semula dengan sahabat lama telah membuka ruang kepada...