Bab 54

227 12 0
                                    

                 

Adli kembali semula bekerja setelah beberapa hari bercuti. Entah kenapa, kakinya terasa berat untuk ke tempat kerja. Mungkin kerana ini merupakan hari pertama dia ke tempat kerja selepas Raff tiada. Tentu persekitaran tidak sama seperti selalu. Tentu keadaan di sekeliling suram. Tentu mereka masih lagi berkabung atas apa yang telah berlaku.

            "Welcome back, bro!" Raja menepuk-nepuk bahu Adli sewaktu mereka berada di staff room.

            Adli hanya mampu tersengeh tanpa berkata apa-apa. Dia memerhatikan satu per satu wajah kawannya di situ. Mereka cuba untuk mempamerkan senyuman palsu. Kerja mereka memerlukan mereka untuk senyum sepanjang masa. Adli juga terpaksa melakukan perkara yang sama.

            Sebelum melangkah keluar dari staff room, Adli terperasan gambar Raff di carta organisasi sudah tiada lagi. Mereka sudah turunkan gambar Raff. Adli jadi pilu mengenangkan kenyataan bahawa Raff sudah tiada lagi di situ. Dia menarik nafas panjang sebelum bersedia untuk memulakan kerja setelah beberapa hari bercuti.

            Sepanjang berada di sales floor, masa berlalu dengan begitu perlahan. Adli rasa macam tak boleh nak buat kerja. Semua serba tak kena. Dengan bebelan Miss Yu Yang yang tidak henti-henti seperti kebiasaannya sebelum kedai mereka beroperasi pada pukul 10 pagi. Adli sumpah tak tahan! Dia mengambil keputusan untuk ke tandas seketika.

            Di dalam tandas, Adli tidak membuang air. Dia hanya duduk berteleku tanpa membuat apa-apa. Dia mengeluh panjang. Ketiadaan Raff mematahkan semangatnya. Namun, dia teringat tentang kata-kata Raff sebelum dia pergi bercuti. Dia tidak boleh mengaku kalah. Dia perlu menunjukkan kepada Miss Yu Yang bahawa dia layak untuk dijadikan sebagai calon manager Uniqlo.

            Dengan penuh bersemangat, Adli kembali semula ke store-nya dan melakukan kerja sehabis baik. Dia langsung tidak mempedulikan orang lain. Yang dia tahu, kerjanya siap. Dalam sekelip mata saja, keadaan jadi semakin baik. Masa berlalu dengan pantas dan tanpa Adli sedari, kedai sudah pun mula beroperasi.

            Ketika melaungkan kalimah 'Welcome to Uniqlo!', Adli membisikkan sesuatu kepada dirinya. Ini semua adalah untuk Raff. Semangat Raff perlu diteruskan. Dan Adli tidak akan membiarkan semangat Raff terpadam. Tentu Raff tidak mahu semua orang bersedih. Dia tentu mahukan yang terbaik buat semua rakannnya. Adli yakin. Raff tentu tidak mahu mereka terus-terusan bermurung.

            "Adli, Miss Yu Yang panggil." Diyana mengejutkan Adli yang sedang galak melaungkan kalimah 'Welcome to Uniqlo' di hadapan kedai.

            Adli mengerutkan keningnya. Kenapa dia nak jumpa aku? Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku? Adli mula fikir yang bukan-bukan. Orang nak semangat-semangat kerja ni, ada je yang cuba nak spoil mood.

            Dengan lemah, Adli berjalan menuju ke manager room. Diyana hanya memerhatikan dengan sayu. Dia tahu Adli sedang menyembunyikan kesedihan. Sama juga seperti mereka yang terpaksa meneruskan kehidupan dan bekerja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan dalam hati mereka terasa kosong. Terasa kehilangan. Yang tak mungkin akan hilang dalam tempoh masa yang sekejap.

            Melihat Adli sudah hilang dari pandangan, Diyana meneruskan kerjanya meronda setiap pelusuk kedai, memastikan operasi mereka pada hari itu berjalan dengan lancar.

            Sementara Adli masih lagi dalam perjalanan menuju ke manager room untuk berjumpa dengan Miss Yu Yang. Sewaktu dia datang kerja tadi pun, dia bukannya menegur wanita itu. Rasa macam malas pula. Sebab emosinya masih tidak lagi stabil. Dan dia yakin Miss Yu Yang turut merasakan perkara yang sama. Raff adalah staff kesayangan Miss Yu Yang. Tentu Miss Yu Yang terasa kehilangan Raff. Tiada lagi insan yang boleh diharapkan dalam kedai itu dengannya.

            Tok! Tok! Tok!

            "You wanna see me, Miss Yu Yang?" Adli bertanya.

            Miss Yu Yang menoleh sambil tersenyum. Jarang dia memberikan senyuman kepada Adli. Apa mimpinya?

            "Please sit down, Adli." Miss Yu Yang mempelawa.

            Adli pun duduk takut-takut. Masih lagi tidak faham agenda di sebalik kebaikan yang cuba ditunjukkan oleh Miss Yu Yang itu.

            "I have good news for you." Miss Yu Yang memulakan bicara.

            Adli tidak tahu apa yang perlu dijawab. Dia kebingungan.

            Miss Yu Yang kelihatan seperti teruja mahu memberitahu Adli tentang good news itu.

            "Do you know that UMC Programme is back?" tanya Miss Yu Yang.

            Adli menggeleng-gelengkan kepalanya. Setahunya, program UMC telah dimansuhkan. Sebab itu Adli bekerja dari bawah. Kalau tidak, sekarang juga dia dah boleh jadi manager.

            "I am pleased to announce that UMC Programme is back. The programme is back, Adli! You can apply now!" kata Miss Yu Yang dalam keadaan yang sangat teruja.

            Adli sendiri tidak pernah melihat Miss Yu Yang seteruja begitu. Dia turut sama berasa teruja. Akhirnya, program UMC telah kembali. Bolehlah dia apply nanti. Dah lama Adli nantikan saat-saat ini. Sangkaannya, dia tidak akan berpeluang untuk menjadi seorang manager.

            "Alhamdulillah," bisik Adli, benar-benar bersyukur dengan berita yang telah disampaikan oleh Miss Yu Yang itu.

            "I really believe that you can get it. Please apply."

            Adli memandang wajah Miss Yu Yang dengan seribu satu pertanyaan.

            Miss Yu Yang terkejut apabila Adli memandangnya begitu.

            "I thought you hate me?"

            Selama ini memang Adli ingat Miss Yu Yang membencinya. Melihat cara Miss Yu Yang melayannya, Adli rasa macam hina sangat. Langsung tak diberi peluang. Sedangkan dia berkemampuan. Tiba-tiba dia cakap dia percaya yang aku boleh dapat? Biar betik dia ni?

            Miss Yu Yang tersenyum. "Honestly, I don't really like your attitude."

            Nah! Aku dah agak kau memang benci aku, kata hati Adli.

            "But if there's one thing the late Raff taught me..."

            Adli kembali fokus memandang Miss Yu Yang apabila nama Raff disebut.

            "...is that you have to always be positive. No matter what. And I am being positive that you can be the UMC."

            Entah kenapa, Adli rasa macam nak peluk Miss Yu Yang. Tapi dia tahan dirinya dari berbuat sedemikian. Kang kena tuduh gangguan seksual pulak. Mati aku! UMC ke mana, apa pun ke mana.

            Adli tersenyum mendengar kenyataan dari Miss Yu Yang. Sekali lagi, Raff berjaya mengubah persepsi seseorang. Miss Yu Yang mengingati kata-kata Raff. Mengangkat semangat Raff biarpun dia sudah tiada lagi. Adli benar-benar terharu.

            "Thank you..." itu saja yang mampu diucapkan kepada Miss Yu Yang.

            Miss Yu Yang tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya tersenyum. Dan Adli faham maksud senyuman Miss Yu Yang itu. Sama-sama.

            Dan Adli pun keluar dari situ dalam keadaan yang benar-benar puas hati. Dia akan pulang ke rumah dan apply untuk menjadi UMC. Ya. Dia akan berbuat sedemikian balik nanti. Dia akan menjadi manager Uniqlo seperti mana yang diharapkan selama ini. Ya! Dia akan!

TerbangWhere stories live. Discover now