Bab 43

223 9 0
                                    

                 

Julai 2015. Aishah menjemput kawan-kawan Uniqlo datang ke openhouse-nya. Hampir semua yang bekerja di Uniqlo Suria KLCC tidak melepaskan peluang untuk menikmati BBQ di rumah Aishah. Adli tidak terkecuali. Dialah yang paling kecoh di situ. Menghiburkan kawan-kawannya sambil makan dan berbual mesra.

            "Awak ni boleh collaborate dengan abang sayalah atas pentas Maharaja Lawak," kata Aishah sambil mengurut-urut perutnya kerana sakit-sakit asyik ketawa saja dari tadi.

            Kembang hidung Adli bila Aishah cakap macam tu. Ramai yang tidak tahu Aishah sebenarnya adik kepada Nabil. Tiada siapa yang perasan. Sampailah ketika Aishah sendiri memberitahu mereka semua dia adik kepada Nabil. Barulah mereka nampak persamaan Aishah dan Nabil dari segi lawak dan cara pergaulan.

            "Mana abang awak? Kenapa dia tak ada hari ni?" tanya Adli sambil mengunyah ayam panggang yang masih panas lagi. Sesekali dia meniup-niup ayam itu kerana panas sangat.

            "Dia tak ada hari ni. Hari ni memang special untuk korang je. I tak jemput orang lain. Tonight is all for you my Uniqlo friends." Aishah membuat kawan-kawannya terharu.

            "Thanks Kak Ecah," kata Atika sebelum memberi satu pelukan kepada Aishah.

            Aishah membalas pelukan Atika itu sambil tersenyum.

            "Korang tau tak, sebelum ni dekat tempat kerja Ecah, Ecah tak bercakap dengan orang tau. Ecah takde kawan langsung. Koranglah satu-satunya kawan Ecah. That's why Ecah buat openhouse ni. Sebab nak raikan korang." Cerita Aishah panjang lebar.

            "Macam mana nak ada kawan kalau kerja dekat belakang stor kedai buku je.  Nyopppppp!" Raff berseloroh, membuatkan semua yang berada di situ termasuk Aishah sendiri tertawa.

            "Eloklah tu. Kau pun boleh join Adli dengan abang Kak Ecah masuk Maharaja Lawak," kata Atika yang hampir tersedak dengan lawak Raff tadi.

            Adli datang mendekati Aishah sambil tersenyum. "Thanks, Ecah."

            Aishah kebingungan. "For what?"

            "For treating us like your family. Uniqlo family."

            Aishah tersenyum malu. Dia hanya menganggukkan kepala. Rasa terharu pula bila Adli cakap macam tu. Memang hubungan mereka semua di Uniqlo sudah seperti satu keluarga. Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Begitulah utuhnya hubungan mereka di tempat kerja.

            "Ecah, ada lagi ke yang nak datang?" Raja tiba-tiba bertanya kerana baginya keluarga mereka masih belum lengkap lagi.

            Aishah meninggikan lehernya untuk bercakap dengan Raja yang jauh dari pandangan. "Ada. Yang kerja noon shift. Diorang dah bagitau tadi dalam group Whatsapp. Kejap lagi Adda pun datang dengan boyfriend dia."

            Adli membuntangkan mata mendengar nama Adda. "Adda datang dengan boyfriend dia?"

            Aishah menjongketkan keningnya kerana Adli kelihatan seperti terkejut mendapati Adda akan datang dengan teman lelakinya. "Kenapa?"

            Adli pantas menggeleng-gelengkan kepala. Malu rasanya kerana mempersoalkan dengan siapa Adda akan datang sekejap lagi. "Tak ada apa-apa."

            Aishah hanya menjongketkan bahunya sebelum berlalu pergi melayan kawan-kawannya yang lain. Sementara Adli masih lagi memikirkan tentang Adda. Dia sebenarnya cemburu selepas mendapati Adda akan datang ke rumah Aishah sekejap lagi dengan teman lelakinya. Dari awal lagi Adli menyimpan perasaan Adda. Siapa yang tak terpikat dengan Adda? Kulitnya putih mulus. Suaranya pun lembut saja. Manja. Tidak banyak cakap. Macam-macam lagi.

TerbangWhere stories live. Discover now