Bab 37

243 9 0
                                    

                 

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Adli, Hamnet dan Naeem akan pergi ke Cherating bersama-sama untuk melawat Afiq. Awal pagi lagi Adli sudah mencelikkan biji mata dan bersiap-siap untuk mengambil Naeem di stesen LRT Gombak. Kemudian, dia akan ke Bukit Antarabangsa untuk menjemput Hamnet. Sebelum mandi, Adli sudah menghubungi rakan-rakannya itu untuk bersiap. Naeem merupakan orang pertama yang membalas WhatsApp Adli. Katanya, dia memang tak boleh tidur dari malam tadi. Adli ragu-ragu dengan apa yang dikatakan Naeem. Seperti ada yang tidak kena. Adli kenal sangat dengan Naeem. Dia ni bukannya boleh percaya sangat. Takpe, Adli membiarkan saja. Tidak mahu merosakkan mood holiday mereka bertiga.

            Sebaik tiba di stesen LRT Gombak, Adli tertinjau-tinjau mencari di mana kelibat Naeem. Satu keluhan dilemparkan. Naeem tiada di situ. Adli pantas mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Naeem. "Manalah pergi si budak ni?" bebel Adli sendiri.

            "Helo?" Naeem menjawab panggilan Adli itu.

            "Oi, kau kat mana? Aku dah sampai ni ha." Adli memarahi Naeem.

            Kedengaran suara Naeem tertawa. "Kejap ya. Aku dalam toilet ni ha."

            "Kau buat apa dalam tu?" Adli tahu itu satu soalan yang bodoh, tapi dia tengah marah sekarang dan dia berhak tanya apa je yang dia mahu.

            "Perlu ke aku jawab?" Naeem turut merasakan yang Adli bertanya soalan bodoh.

            Beberapa minit selepas Adli menamatkan perbualan, Naeem muncul. Dia tersengih-sengih memandang Adli dari jauh.

            Adli sengaja tidak membuka lock kereta. Dia mahu membiarkan Naeem terkial-kial di luar cuba membuka pintu.

            Naeem mengetuk-ngetuk cermin kereta Adli. Semakin lama, semakin kuat. Rasa annoying pula dengan perangai Adli yang masih tidak berubah dari dulu.

            Adli akhirnya mengalah dan membuka lock keretanya.

            "Gedik!" kata Naeem sambil mencampak begnya di belakang.

            "Hmm..." itu saja respon yang diberi oleh Adli.

            Mereka berdua kemudian berada dalam perjalanan untuk ke Bukit Antarabangsa, menjemput Hamnet. Hamnet sudah berpesan kepada Adli dan Naeem yang ibunya mahu berjumpa dengan mereka. Jadi, mereka perlu turun dari kereta dan bersalam dengan ibu Hamnet. Lama betul tak jumpa dengan ibu Hamnet itu.

            Menurut Hamnet, bapanya sudah meninggal dunia tahun lepas. Jadi, tinggallah Hamnet dengan ibunya sendiri di rumah banglo mereka. Adli merupakan insan yang benar-benar faham perasaan Hamnet kerana dia juga telah kehilangan ayahnya satu ketika dulu. Nasib yang menimpa Hamnet membuatkan Adli semakin rapat dengannya.

            Sedang dalam perjalanan ke rumah Hamnet, Naeem tiba-tiba menyuruh Adli berhenti di McDonalds kerana dia mahu membeli set sarapan. "Adli! Adli! Berhenti! Berhenti! Aku nak beli hotcakes dekat McD."

            Mujur Adli bijak mengawal stereng kereta dari membuat mereka berdua terbabas. "Hish! Kau ni. Terkejut aku. Cakap elok-elok tak boleh ke?"

            "Hehe..." Naeem tersengih-sengih menunjukkan baris gigi putihnya.

            Adli jadi semakin tidak keruan. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Naeem. Lain macam. "Apsal kau hiperaktif sangat pagi-pagi ni?" tanya Adli sewaktu sedang memandu masuk ke drive-thru McD.

            "Entah. Excited nak bercuti kot." Naeem berbasa-basi memberi jawapan.

            Adli mendiamkan diri. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan soalan-soalan provokasi. Dia biar Naeem sober dulu. Bukan dia tak tahu yang Naeem sekarang sedang berada di bawah pengaruh ice. Ini bukan kali pertama Naeem berada dalam keadaan sebegitu. Dulu masa belajar dekat Shah Alam, Naeem selalu hiperaktif tidak menentu. Kalau bukan kerana Azim yang memberitahu Adli bahawa Naeem sedang berada di bawah pengaruh ice, Adli sendiri takkan tahu yang kawan baiknya itu mengambil dadah.

TerbangWhere stories live. Discover now