Bab 30

273 12 0
                                    

                 

Seperti yang sudah dapat diagak, Diyana membebel panjang tentang perbuatan Adli semalam yang tidak datang ke tempat kerja tanpa memberi sebab serta tidak menjawab panggilan telefon yang berkali-kali diberi. Adli hanya menadah telinganya mendengar bebelan Diyana itu yang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Rasa tidak mahu kerja semakin membuak-buak. Adli benar-benar sudah berubah. Tidak lagi seperti dulu yang rajin serta bersikap positif dalam apa jua teguran yang diberi. Diyana sendiri menyaksikannya. Dia faham. Setelah sekian lama tidak dinaikkan pangkat, siapa yang mampu tahan? Semangat Adli semakin hilang. Jika dia tidak dimotivasikan, mungkin keadaan akan menjadi semakin teruk. Mungkin Adli akan mengambil keputusan untuk berhenti terus. Kalau berhenti secara sukarela tak apalah. Dibuatnya kalau dibuang nanti, macam mana? Perbuatan Adli itu boleh dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan. Jika dia buat lagi, amaran lisan akan diberi. Sekali lagi, amaran lisan kedua pula. Sekali lagi, surat amaran pertama. Sekali lagi, amaran lisan terakhir. Sekali lagi, surat amaran terakhir dan begitulah bagaimana proses seorang pekerja itu dibuang dari organisasi.

            "Jangan buat lagi. Please?" Diyana terpaksa merayu kerana tidak mahu Adli dilanda masalah.

            Dengan perasaan yang berbelah bahagi, Adli menganggukkan kepalanya. Dia dapat melihat senyuman pada wajah Diyana. Senyuman yang sukar untuk dilihat kerana terlalu stress bekerja dengan Miss Yu Yang. Mujur Miss Yu Yang cuti semalam. Kalau dia ada, mesti Adli akan kena teruk hari ini.

            "I need your incident report before you clock out, okay?" kata Diyana mengakhiri perbualan mereka.

            Sekali lagi Adli menganggukkan kepalanya sebelum masuk ke sales floor. Disebabkan kaset yang dijaganya sedang di-cover oleh Khalili, Adli diarahkan untuk ke stock room bagi menyediakan barang-barang yang bakal dibawa keluar sales floor sebelum tamat operasi nanti.

Di dalam stock room, Adli membuat hal sendiri. Sementara Raff dan Raja sedang berbual mengenai Atika. Nampak gayanya bukan Adli seorang saja yang tidak puas hati dengan kenaikan pangkat Atika. Raja juga turut menyimpan rasa tidak senang melihat kejayaan yang diperolehi oleh Atika itu. Adli memasang telinga mendengar bebelan panjang Raja.

            "Aku bukan nak cakap apalah kan, Raff. Tapi aku memang rasa si Atika tu tak layak untuk di-upgrade-kan. Aku rasa ramai lagi yang layak," kata Raja.

            "Siapa yang kau rasa layak sangat tu?" Raff mencelah.

            "Ni ha si Adli ni. Dah lama kerja. Layak apa. Betul tak Adli?" Raja menoleh ke arah Adli yang sedang memasang sensor tag pada beberapa bundle legging pants.

            Adli tidak menjawab. Lebih selesa mendiamkan diri walaupun pada hakikatnya dia bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Raja tadi.

            "Miss Yu Yang betul-betul tak adil!" marah Raja.

            Keadaan jadi sepi seketika. Raff seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian, dia memandang ke arah Raja sebelum bertanya, "Kau tak nak upgrade?"

            "Mestilah nak! Aku pun layak, okey." Rupanya Raja juga turut mahu dinaikkan pangkat. Dia sengaja menggunakan nama Adli tadi sedangkan sebenarnya dia yang beria-ia. Adli tersengih sendiri di satu sudut dalam stock room itu.

            "Apa yang buat kau rasa layak?" Raff seperti mahu memprovok Raja.

            Adli tidak menyangka Raff akan bertanya soalan itu kepada Raja. Perbualan mereka berdua jadi semakin panas.

            "Aku layak sebab aku kerja lagi lama dari Atika," jawab Raja yang pada mulanya teragak-agak.

            Raff memandang Raja dengan satu jelingan sinis. "Itu je?"

            "Ha la. Apa lagi?" Raja semakin panas dengan provokasi yang diberikan Raff.

            Raff tersengih. Bukan dia mahu backup Atika tapi tentu sekali ada sebab kenapa dia yang dipilih oleh Miss Yu Yang untuk dinaikkan pangkat.

            "Kau ada masalah attendance tak?" soalan Raff itu ternyata membuat Raja terkedu seketika. Adli juga turut menikuskan diri kerana tidak  mahu ditarik masuk lagi dalam perbualan mereka.

            Raff menyambung, "Aku rasa kau kena fix dulu attendance kau. Lepas tu, baru kau boleh buktikan yang memang kau layak untuk di-upgrade-kan. Setahu aku, dari dulu sampai sekarang Atika memang tak ada attendance problem. Sebab tu Miss Yu Yang suka dia."

            Raja terdiam. Tidak mahu membantah kata-kata Raff itu. Sebab memang betul pun apa yang dikatakan. Atika memang tidak ada attendance problem selama ini. Mungkin dari segi kerja, Raja lebih hebat dari Atika tapi Miss Yu Yang pandang attendance dulu. Attendance melambangkan peribadi seseorang itu. Bagaimana seseorang itu menghargai pekerjaannya. Jika seseorang itu menyayangi pekerjaannya, tentu dia tidak akan absent sesuka hati seperti yang dilakukan oleh Adli semalam.

            "Hmm, yelah Raff. Kau backup la Atika tu. Oops lupa, korang kan dah sama-sama jadi team leader sekarang, nyoppppp!" Raja sempat berseloroh membuatkan Adli tergelak besar sambil memasang sensor tag pada legging pants tadi.

            Raff hanya mampu menggelengkan kepalanya. Orang tengah serius, boleh pulak kau main-main ya? Dia kembali menyambung kerjanya melekat sticker markdown pada barang-barang yang sudah diturunkan harga.

            "Cashier support!" kedengaran suara Diyana dalam walkie-talkie.

            Raff, Raja dan Adli saling berpandangan. Anak mata mereka seolah-olah saling bertanya, 'Siapa yang patut pergi support cashier? Kau ke aku?'

            "Biar akulah yang pergi." Adli menawarkan diri. Dia bosan sebenarnya duduk dalam stock room itu kerana tidak dapat melihat gelagat manusia seperti berada di sales floor.

            Raff dan Raja bersyukur kerana Adli telah menawarkan diri. Tidak perlulah mereka yang pergi. Dapatlah mereka menyambung kerja mereka itu tanpa sebarang gangguan.

            Adli berlari anak menuju ke cashier counter. Sewaktu sedang melewati staff entrance, Adli ternampak Adda sedang bercakap dalam keadaan serius dengan seorang perempuan. Pada mulanya Adli tidak perasan siapa perempuan itu. Namun, setelah mengamati dengan lebih dalam, Adli membuntangkan matanya. Rania Sufiyya! Perempuan yang telah menghancurkan rumah tangga ibu dan ayahnya. Apa Adda buat dengan Rania Sufiyya? Adli tertanya-tanya. Mahu saja dia menyerang si Rania Sufiyya itu namun dia terpaksa support cashier.

            Dalam meniti perjalanan menuju ke cashier counter, Adli tidak habis-habis memikirkan tentang Rania Sufiyya. Apa hubungannya dengan Adda? Kenapa perbualan mereka kelihatan seperti serius? Adli benar-benar mahu tahu. Dia berhasrat untuk bertanya pada Adda sendiri nanti.

            "Next customer please!" Adli memanggil pelanggan seterusnya sambil memasukkan ID-nya.

            Sewaktu sedang menghabiskan transaksi itu, fikirannya asyik terarah pada Rania Sufiyya.

TerbangWhere stories live. Discover now