Adli mengetuk pintu bilik Miss Yu Yang sebelum masuk dalam keadaan terbongkok-bongkok. Dia baru selesai menulis incident report. Sepatutnya dia menghantar incident report sebelum dia pergi rehat. Namun, disebabkan leka berada di sales floor, Adli terlupa. Mujur Miss Yu Yang tiada dalam bilik. Yang ada hanyalah Jannah. Dia sedang memeriksa rakaman CCTV di premis itu.
"Ha awak! Mari sini," Jannah memanggil Adli.
Adli seperti dapat mengagak apa yang akan berlaku. Pasti Jannah mahu menjelaskan kepadanya kenapa dia yang dituduh melakukan diskripansi. Dengan perasaan meluat, Adli berdiri memerhatikan rakaman CCTV. Dia dapat lihat dirinya sedang melakukan satu transaksi. Dia masih ingat lagi transaksi itu. Dan dia pernah melihat rakaman itu sebelum ini. Dia juga telah cuba membela dirinya. Namun, setelah dikaji, memang dia yang telah melakukan diskripansi. Jannah sendiri menghabiskan masa selama berjam-jam melihat semula rakaman CCTV itu.
"Awak sepatutnya bagi dia RM50 je. Tapi awak bagi RM100," terang Jannah, penuh diplomatik.
Adli sekadar mampu mengerutkan dahi. Masih tidak percaya dia yang telah mengakibatkan diskripansi RM50.
"Awak nak tengok balik?" tanya Jannah.
Adli mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian, dia mengambil resit dari tangan Jannah. Dia melihat angka yang tertulis pada resit itu. Jumlah transaksi, RM750. Jumlah wang yang diberi, RM850. Betullah baki yang diberi oleh Adli kepada pelanggan itu. RM100. Di mana salahnya?
"Mainkan lagi sekali," pinta Adli yang masih lagi tidak berpuas hati biarpun sudah dua kali Jannah mainkan semula rakaman itu. Dalam masa yang sama, Miss Yu Yang masuk dengan Diyana. Mungkin mereka baru saja selesai berbincang mengenai pertukaran layout untuk malam nanti. Miss Yu Yang yang tahu apa yang sedang Jannah dan Adli lakukan, berdiri di belakang mereka dengan wajah yang serius. Diyana meminta diri kerana tugasnya sudah selesai.
"Nampak tak?" tanya Jannah kepada Adli.
Adli menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memerhatikan resit yang berada dalam tangan. Di mana silapnya?
"Do you want me to explain to you?" Miss Yu Yang bertanya.
Adli tidak mahu menunjukkan muka bencinya kepada wanita Korea itu. Dia menganggukkan kepalanya lemah.
"Play the footage back, please," arah Miss Yu Yang kepada Jannah.
Jannah yang tentunya sudah penat menghadap rakaman itu menurut perintah.
"Now, count with me the RM50 notes she gave you," kata Miss Yu Yang kepada Adli.
Mereka sama-sama mengira jumlah RM50 yang diberikan oleh pelanggan itu kepada Adli. Kelihatan Adli di dalam rakaman itu sedang melakukan perkara yang sama. "One...two...three...four...five...six...seven...eight...nine...ten...eleven...twelve."
"How much did you received if she gave you twelve RM50 notes?" tanya Miss Yu Yang.
"Err..." Adli yang lemah dalam Matematik menggaru-garu kepalanya.
Miss Yu Yang pantas mencapai kalkulator yang terletak di atas mejanya. Kemudian dia menekan-nekan pad kalkulator itu di hadapan Adli. 50 x 12 = 600.
"RM600?" Miss Yu Yang mahu mendengar jawapan dari Adli.
"Ya," jawab Adli, lemah. Jannah hanya mampu memerhati.
"Now count with me how many RM100 notes you received?"
Adli memerhatikan semula rakaman tadi. Jannah menekan butang play. Satu...dua...kira Adli dalam hati.
"Two," jawab Adli, takut-takut.
"Two?"
"Ya."
"Now, how many have you received?"
"RM800"
Miss Yu Yang menganggukkan kepalanya. "Yes, RM800. Now, how much the total transaction that you keyed in?"
Di sinilah Adli melakukan kesilapan. Dia baru sedar. Dia tertunduk malu. Dia telah tersalah tekan. Sepatutnya dia menekan RM800 tetapi dia tertekan RM850, membuatkan dia memulangkan duit kepada pelanggan sebanyak RM100 sedangkan baki yang sepatutnya diberi adalah RM50. Di sinilah diskripansi itu terjadi. "Shit...take mushroom," Adli yang mahu mencarut mengubah fikiran selepas menyedari Miss Yu Yang berada di sebelahnya.
"Adli, how long have you been working with this company?" tanya Miss Yu Yang sambil menyentuh bahu Adli.
Adli berfikir sejenak. Dia mengira jumlah masa dia bekerja di situ termasuk ketika dia masih lagi bekerja sebagai seorang part-timer. "Two years."
"Two years? How long have you been at the cashier?"
"One year."
Miss Yu Yang mengangguk-anggukkan kepalanya. "Recently, we have been getting a lot of discripancies made by the senior staffs. I don't want this to happen again. It's so hard for us to keep on checking the CCTV everytime someone caused a discrepancy. I feel sorry for Jannah who has to check the CCTV everyday."
Adli hanya diam. Dia menundukkan mukanya. Malu dengan kesilapan yang telah dilakukan. Padahal dia yakin bukan dia yang telah mengakibatkan diskripansi itu. "I don't even know why I did that stupid mistake. I thought I count it right."
Miss Yu Yang menggelengkan kepalanya. "You can't be so sure. Don't trust yourself when you're at the cashier. Even I don't trust myself when I'm at the cashier."
Adli tidak tahu apa lagi yang harus diperkatakan. Nampak gayanya memang dia kena tulis incident report seperti yang dikehendaki Miss Yu Yang.
"I know that when you caused a discrepancy, the company won't ask you to pay back like any other company. But you need to take responsibility of your action. I really really really don't want this thing to happen again. Do you understand?" tanya Miss Yu Yang sambil menelengkan kepalanya ke arah Adli.
Adli hanya mampu menganggukkan kepalanya. Dia terpaksa akur. Dia harus bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukannya.
"I need another incident report from you before you clock out. Okay?"
"Okay."
Miss Yu Yang mengambil tempat duduknya di hadapan komputer untuk menyambung kerja. Adli memandang muka Jannah yang turut bersimpati dengan nasib yang melanda dirinya. Adli tersenyum kelat melihat Jannah. Kemudian, dia berjalan ke arah laci yang menyimpan kertas-kertas seperti incident report dan sebagainya. Dia mengambil sehelai kertas incident report sebelum keluar dari bilik itu dengan perasaan hampa. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa lega hatinya dapat keluar dari bilik itu. Hatinya yang berat tadi terasa ringan semula. Entah bagaimanalah Jannah boleh terus bertahan berada dalam bilik itu. Kalau Adli jadi Jannah, mahu berbuih mulut menahan rasa seksa.
YOU ARE READING
Terbang
AdventureAdli menyangka selepas dia memiliki segulung ijazah, dia mampu menyara keluarganya dengan gaji yang lumayan. Namun, dia terkandas kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan. Pertemuan semula dengan sahabat lama telah membuka ruang kepada...