Naeem dan Hamnet pulang ke rumah masing-masing minggu itu. Hanya Adli dan Afiq dua orang saja di dalam bilik. Memandangkan kedua-dua mereka baru saja kenal, perasaan pishang itu sangat tebal sehingga keadaan sunyi-sepi dari awal pagi hingga ke petang. Adli sedang sibuk menyiapkan novelnya manakala Afiq pula sibuk menyanyi lagu-lagu kegemaran. Afiq memang suka menyanyi. Suaranya pun sedap. Jadi tidak hairanlah kalau dia boleh poyo bila mencapai not tinggi setiap kali menyanyi lagu Faizal Tahir. Adli hanya tersenyum mendengar Afiq tidak habis-habis memujuk hatinya yang lara dengan menyanyikan lagu-lagu cinta. Jiwang karat betul. Sampai tak masuk idea aku, bisik Adli sendiri yang masih sedang menaip.
Adam tidak tahu milik siapakah suara itu. Dia tercari-cari namun penglihatannya terbatas kerana dia kini berada di bawah sebuah kereta. Siapa pun pemilik suara itu, Adam bersyukur kerana dia tidak bersendirian seperti yang disangkakan.
"Sinilah!" suara itu seakan-akan mahu menarik perhatian harimau kumbang tadi. Seketul batu turut dicampakkan ke arah harimau itu.
Harimau itu mengaum dan pantas berlari ke arah pemilik suara tadi. Adam cuba mengintai. Pemilik suara itu berlari ke arah sebatang pokok. Dia memanjat pokok itu bagi mengelakkan dirinya dari dijadikan lauk.
Perlahan-lahan Adam keluar dari bawah kereta. Dia ternampak seorang perempuan sedang menendang-nendang kepala harimau kumbang yang turut sama cuba memanjat. Adam terpegun seketika melihat gadis itu. Rambutnya panjang mengurai dan badannya persis seorang model. Kulitnya putih dan bibirnya merah jambu. Begitu cantik biarpun dalam keadaan yang genting.
"Hoi! Tolonglah!" gadis itu menjerit ke arah Adam yang sedang terleka melihat kecantikannya.
Adam menggeleng-gelengkan kepala dan cuba mencari senjata untuk memukul harimau kumbang itu. Dia tersenyum melihat kayu yang tercampak tadi masih berada di atas jalan. Dia pantas mencapai kayu itu dan bersedia untuk menyerang.
"Cepatlah!" gadis itu mendesak.
Adam mengetuk kepala harimau kumbang tadi dari belakang. Kemudian, dia berundur apabila harimau itu menoleh. Adam dapat melihat baris gigi harimau itu yang cukup untuk merobek habis dagingnya dengan satu gigitan. Dia menggigil sambil menghayunkan-hayunkan kayu tadi agar harimau itu menjauhkan diri darinya. Malang sekali, harimau itu tidak takut. Ia semakin mendekat.
Gadis yang berada di atas pokok tadi melompat tinggi sehingga terjatuh di atas badan harimau kumbang itu. Adam terkejut melihat tindakan gadis itu yang boleh disifatkan berani serta tidak masuk akal. Gadis itu bergelut dengan harimau kumbang tadi di atas jalan. Adam bagai sedang menonton rancangan gusti di hadapan mata. Gadis itu benar-benar lasak.
Dia bangun semula dan menendang perut harimau itu. Biarpun tendangannya tidak mampu untuk membunuh namun ia cukup untuk melemahkan. Gadis itu menarik tangan Adam untuk sama-sama beredar dari situ.
"Jom cepat!" kata gadis itu, bertindak sebagai ketua. Adam hanya mengikut saja dari belakang. Kakinya terhincut-hincut berlari namun dia hanya mampu menahan kerana tidak mahu melambatkan.
Harimau kumbang tadi bangun semula. Kali ini, ia nekad untuk membunuh Adam dan juga perempuan yang bersamanya. Ia mengaum kuat.
Adam menoleh ke belakang dan memberitahu gadis di sebelahnya "Dia bangun balik!"
Harimau itu mengaum lagi. Tanpa membuang masa, ia mengejar Adam dan gadis tadi yang sudah beberapa meter di hadapan.
YOU ARE READING
Terbang
AdventureAdli menyangka selepas dia memiliki segulung ijazah, dia mampu menyara keluarganya dengan gaji yang lumayan. Namun, dia terkandas kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan. Pertemuan semula dengan sahabat lama telah membuka ruang kepada...